Rabu, Mei 28, 2008

Berlagak Gengster


Pix : Dari kiri Fetri, Mazidul, Adam Salleh dan Kamal Affendi Hashim

“Apa khabar?,” saya menyapa Adam Salleh.

“Baik”

Balas Adam ketika kami bertemu pada jam 7.45 pagi selepas sesi temubual beliau bersama Azura dan Hairuddin dalam rancangan Malaysia Hari Ini, 28 Mei.

Ketika itu penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim masuk ke set bakal berbicara berhubung kes jual bayi.

Sewaktu tiba di pejabat pagi itu, saya terdengar imbauan Adam berkaitan tindak-tanduk artis apabila berhadapan wakil media.

“Ada satu hari kawan minta tolong interview artis ni. Dia masuk ke bilik saya di pejabat, masa jumpa tu dia berkacamata hitam dan tengah minum teh tarik dalam plastik. Jadi saya cakap pada dia kalau tak breakfast lagi, keluar dulu, habiskan minuman dan kemudian datang balik,” ujar Adam, kini Pengarang Hiburan Harian Metro.

“Lepas tu apa jadi?,” soal saya.

“Rupanya dia terus balik. Kawan saya yang rekomen dia tu kemudian bagi tahu, artis tu cakap kalau ikut rasa dia nak belasah saya. Kira dia ni macam gengster la,” jawab Adam.

Saya kerap melahirkan pandangan, kerjaya saya bahaya kerana acapkali terpaksa berhadapan golongan tidak berpuashati. Tidak pernah saya jangka rupanya kerjaya sebagai wartawan hiburan juga mempunyai risiko tersendiri.

“Hish! Ada juga orang nak pukul Adam Salleh. Mesti hebat sungguh artis tu. Umur dia berapa?”

“Dalam lingkungan 20 an,” jelas Adam.

Selepas ditemubual, Kamal kemudian bersama kami ke kafe di TV3. Saya pesankan teh tarik untuk beliau dan kopi ‘O’ panas untuk Adam seperti diminta.

“Macam tu lah kalau artis tak cukup PR, gagal dari aspek penampilan, komunikasi dan bermentaliti rendah,” ulas Kamal.

Berkebetulan bertemu Adam, saya tanyakan soalan menarik perhatian umum kebelakangan ini.

“Pelakon gambar dada terdedah di Port Dickson tersebar di internet tu macamana?”

“Mungkin kawan dia niaya la kut. Macamana pun artis kena bijak jaga personaliti dan tingkah-laku sebab dia orang ni sentiasa jadi perhatian orang,” komen Adam ringkas.

“Kamal dapat gambar tu?”

“Tak,” pantas jawab penganalisis jenayah, segak mengenakan kot pagi itu.

Saya renung wajah Adam.

“Bro umur 43?,” saya ikut desakan naluri melahirkan telahan itu.

“43, tapi hati masih 23,” jawab anak pelakon terkenal Allahyarham Salleh Kamil itu.

Barangkali ramai tidak mengetahui Adam, kini dikenali dengan kolum 'Jarum Emas' setiap ahad itu pada tahun 1986 pernah menjadi wartawan Mingguan Wanita dan Kamal jurugambar Mingguan Famili.

“Padanlah hebat dia orang ni, otai,” bisik hati saya.

Perbincangan kemudian menjurus ke arah isu beberapa artis berstatus janda menjadi buruan orang kenamaan.

“Oooo .. artis ni J2 la?,” soal saya.

“Saya tak panggil J2 bro, saya panggil IT, ibu tunggal,” sampuk Kamal.

Adam terpinga-pinga, mungkin keliru dengan istilah kami gunakan.

“Apa, J?,” soalnya.

“J tu janda, 2 tu anak dua. Jadi bersopan sikit la bila kita bercerita pasal janda,” jelas saya.

Saya dan Kamal tersenyum, diikuti Adam.

7 ulasan:

  1. td bru lps tgk 360.... bila nk abis.....bro umum blog ni...trus naik atas bukak internet...hmmmmmmm...td "teruja" sangat(first time perkataan nie :) ).... my comment....bog nie kena tuch-up skit bg menarik....tak pon mintak tlg bdk2 yang suka berblog tolong bg ceria skit....biar la ader back groung skit.....satu lagi...nak sangat kalau boleh cerita pengalaman2 pelik dan sedih sepanjang menjadi wartawan...... mungkin semua tak penah dicerita pada org..... maklum lah.....pelik dan sedih tu soal perasaan yang bermain diminda kita....n jarang diluahkan......

    sekian....tima kasih..... p/s...kekadang kengkawan panggil bro....kekadang bo aje .... sebab i botak :) sama ngan bro .... sakit ati ..... tp terima hakikat!

    BalasPadam
  2. as'kom.... topic J2 tak tau nk komen aper.....tp terlintas difikiran.....bila kluar bandar hilir.... dah jd mcm negara indon....punyer la ramai rakyat dia orang.....tp bila pikir dlm2.... depa tu bangsa serumpun .... sawo matang gak ...... bahasa masih bole difahami ..... apa kata kita terima jer hakikat yg mereka nie penghuni tetap negara yg permai dan indah nie macam ler kita dah dapat terima kaum india dan cina yang sbelum nie (zaman tok nenek kita ) sentiasa hantar duit balik kat kg dia orang menjadi rakyat kita..... tak guna kita bising n risau.... baik kita blajar terima mreka..... krn mreka, kerja yg kita x mampu buat dia org sanggup..... utk survival.

    P/s....mamat bangla pun kita kena trima kot.... cuba pikir...apa beza mamat bangla ngan bangsa india yg dh jd warga Malaya????? .... pikir2kan! ... :)

    terima kasih .... harap dikoman-komenkan.

    BalasPadam
  3. teruja jugak bila mazidul bagitau ada blog sendiri...
    tahniah, kalau buleh buat la artikel tentang pengalaman sejak 1995 sampai sekarang...

    mungkin ramai yang nak tau apa kisah suka duka mazidul, Jatuh Bangun, Mati Hidup Semula, macam topik 360 malam tadi...
    apa2 pun tahniah...!! selamat Maju jaya...

    ametburagas,
    PDT Seberang Perai Tengah,
    Penang.

    BalasPadam
  4. wah...ni baru ok. dapat baca blog abang mazidul. saya susah lah nak cakap tentang topik ni. sebab memang semua org dah nak jadi hero. masing2 nak tunjuk kuat. apa2 pun keep it up!

    p/s;-saya pun ada blog gak. blog ni sa buat lepas tengok 360. time tu cerita pasal jin. saya pun nak ikut jadi macam abang mazidul. harap dapat tunjuk ajar.(cpeanutberfikir.blogspot.com)

    bolehkah abang kupas isu kat sabah ni? isu sultan sulu nak ambik sabah balik. saya rasa isu ni patut diketengahkan. supaya ada jalan penyelesaian. takut jadi macam isu batu putih tu.

    BalasPadam
  5. Terima kasih kepada pembaca di atas. Blog ini sekadar melahirkan landasan perkongsian ilmu

    BalasPadam
  6. kecewa dengan sikap sebahagian artis kita..sepatutnya jadi contoh teladan kepada umum..
    lagi2 sebagai org timur yang penuh dengan adat kesopanan dan tatasusila yang baik..itu yang sepatutnya ditonjolkan..

    BalasPadam
  7. Adam Salleh anak pengarah Allahyarham Salleh Ghani.. bukan pelakon Salleh Kamil

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.