Rabu, Mei 14, 2008

Gambar Apa?


Saya kongsikan sebahagian daripada gambar dirakam pada 9 Mei lalu di Cheras, Kuala Lumpur untuk tatapan anda semua.
Barangkali anda pernah merakamkan imej sama sebelum ini tanpa disedari.





Sekiranya anda mempunyai sebarang komen, sila hantarkan ke mazidul@tv3.com.my.

Terima kasih.

26 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam sdr Mazidul,

    Selepas menonton 360 saya terus ke sini. Blog yang menarik utk di kongsi.

    Kebetulan rancangan 360 ni sama dgn nombor bilik saya semasa dirawat di Tawakal dahulu.

    Saya pernah dirasuk jin ketika dirawat dahulu. Banyak cerita2 saya di bawah link ni. Jika sudi jenguklah blog saya.

    Salam.

    http://kassim8888.blogspot.com/2006/11/ceritakubercakap-dengan-jin.html

    BalasPadam
  3. Sdr. Mazidul,

    Tahniah dan syabas kerana mengambil inisiatif membuat blog ini. Setidak-tidaknya saudara telah membuka ruang untuk penonton memberi maklum balas kepada saudara dan rancangan saudara di TV3.

    Selain itu, blog ini juga bolehmenjadi ruang untuk saudara menerima pandangan umum dan juga idea-idea untuk menyuburkan lagi rancangankendalian saudara.

    Muhammad Nizam Shaari
    http://nizammatsaari.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Salam bro,

    Tahniah dengan terbinanya laman blog yang dinanti-nantikan ini serta paparan yang menarik. Semoga 360 mampu menjentik minda umat dalam menghargai hidup dan kehidupan.

    al-Misri
    www.al-misri.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Ball lightning? Maybe you can Google this..

    BalasPadam
  6. salam..

    saya pernah alami....5 tahun lepas, di Salor, Kota Bharu, Kelantan, sebelah rumah saya dahulu, seorang bomoh meninggal dunia. isterinya menanggung hidup 'hantu raya'.

    usianya setaraf Nenek panggilannya MAK DE. Dia selalu membeli banyak nasi setiap hari sedangkan dia tinggal seorang sahaja. Dia memelihara kura-kura di dalam baldi kecil.

    Semasa dia sakit tenat, dia dikatakan telah meninggal dunia berbau busuk. saudara maranya menjaganya. tapi dia tidak boleh mati selagi tidak mencari pewaris. anak lelakinya yang tinggal di KL menjadi 'pesanggup' supaya ibundanya selamat dikebumikan.

    Dia pernah kata, kalau dia mandi, mesti ada orang menadi bersama-samanya dan selalu dikacau ketika tidur. beberapa cucunya melihat makhluk aneh itu sebelum meinggal dunia.

    kata orang itu adalah 'hantu raya'... saya pun tak pasti tapi perkara ini saya sendiri terserempak dengan MAK DE semasa dia nazak dan pada ketika itu saya terlantar sakit di rumah, Kelantan akibat kemalangan.

    http://malaysialoni.blogspot.com

    BalasPadam
  7. salam utk semua..
    tahniah dan t.ksh buat sdr mazidul krn tlh 'mengadakan'blog nie.
    saya tertarik dgn gmbr jin td,cuma persoalannya..ada kemungkinan tak yg titik2 tu adalah titik2 air(embun)?sbb time gmbr tu diambil pun dh pkl 12 t.mlm..tp klu itu mmg btl gmbr jin...masya-Allah banyaknyaa....

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Saudara,saya ada beberapa persoalan, antaranya:
    1. Adakah sememangnya jin berbentuk bulat?
    2. kalau saya yg ambik gambar dapat ke saya 'tangkap' gambar jin ni.
    3. Kenapa tak dipaparkan gambar pocong dan gambar jin kat konsert dan restoran tu kat sini..

    sorry la kalau banyak tanya, macam wartawan la pulak...

    BalasPadam
  9. Salam.. Sdr,

    Alangkah baiknya jika dapat disiarkan gambar yang dirakam di pentas Dataran Merdeka tersebut. Mudah-mudahan dapat memberi pengajaran kepada kita dan anak- anak kita.

    Teringat masa zaman rock kapak dulu pantang dengar konsert (Rock uuu..). Tak cukup dengan tu pada awal 90an kita disajikan pulak dengan Konsert Carta Dataran setiap bulan. Masa tu belum insaf lagi kut. Nyaris perangai tak ikut macam jin kapiak.

    Baru-baru ini seorang rakan saya dapat merakamkan imej pontianak yang terawang-awang dan kemudian terbang seperti roket di Danga Bay, tapi tak sempat nak download dia dah delete. Apa tidak nya... kawan-kawan lain dok pakat usik yang pontianak tu akan sentiasa ikut kemana dia bawa telefon bimbitnya. Haru..

    BalasPadam
  10. Sdr Nizam, sebenarnya dah lama nak bukak blog ni. Tetapi tertangguh sebab banyak kerja nak dilangsaikan. Terima kasih atas sokongan anda

    BalasPadam
  11. Abe Mie (Superman?), seram jugak saya membaca cerita tu ..

    BalasPadam
  12. Leftoverrice,
    Yeah! Might be yes, might be not

    BalasPadam
  13. Sdr Nuqman, dulu semasa tinggal di kampung masa kecik, orang tua pesan "Jangan menyanyi, dah malam ni". Dulu mana ada konsert .. Tapi hairan, imej tu banyak sangat kalau kat tempat bising atau di rumah atau bangunan tinggal tidak berpenghuni. Cubalah ambil gambar waktu malam kalau ada tempat macam tu.

    BalasPadam
  14. salam sdr mazidul

    gambar yang mempunyai tanda bulat itu dikenali sebagai "orbs" dan sekiranya dicari melalui yahoo terdapat penjelasan saintifik bahawa "orbs" terbentuk apabila terdapat pantulan cahaya dari kamera keatas butiran air hujan atau habuk atau debunga dsb oleh itu apabila pantulan terjadi maka objek "obs" terbentuk.

    saya mempunyai banyak gambar gambar yang dirakam melalui kamera digital memberi bentuk "orbs"

    salah satu pembuat camera dunia dalam webpage telah menjawab sebab orbs terjadi. ia buka disebabkan terdapat mahkluk asing mahupun hantu atau jin.

    sekian. terima kasih.

    BalasPadam
  15. gambar orbs bukan disebabkan oleh hantu atau jin atau mahkluk halus tetapi disebabkan oleh digital camera semasa merakam gambar. flash dari camera bertembung dengan air hujan atau habuk atau debunga dsbgi menyebabkan pantulan cahaya berlaku dan seterusnya dirakam dalam gambar sebagai orbs.

    sekian

    BalasPadam
  16. http://www.theorbzone.com/explanationorbzone6.htm

    penerangan dan penjelasan orbs

    BalasPadam
  17. Salam bro Mazidul.. teruskan usaha memaparkan mengenai misteri..

    http://mtb-xtreme.blogspot.com
    rgds
    MAT KEDAH

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum,

    Sdr Mazidul Bagus paparan 360 info yang di sampaikan tetapi kurang temubual dengan pihak yang mendakwa gambar tersebut adalah mahluk halus/jin. Apa pun ilmu yang di kongsi tetap berguna.

    Ahmad
    http://ebaysellingtools.blogspot.com

    Ini sekadar hebahan kepada sahabat
    PERCUMA WEBHOSTING
    KHABAR/HEBAH KEPADA SEMUA YANG BARU BERJINAK ATAU ADA ANGAN UNTUK BUAT WEBSITE SENDIRI “BERITA BAIK”

    Daftar sekarang: http://www.000webhost.com/?id=25190

    We offer completely ad-free cPanel web hosting. No ads will ever be forced onto our users webpages. There are no catches, no setup fees, no forced advertising, no banners, no popups and no hidden charges. Only totally free hosting service.

    Register now, here is what waiting for you:
    * 250 MB Disk Space
    * 100 GB Data Transfer
    * cPanel Control Panel
    * 5 MySQL Databases
    * Unrestricted PHP5 support
    * Instant Setup!

    This service is perfect for starting a new online community, blog or personal website!
    More info at http://www.000webhost.com/?id=25190

    BalasPadam
  19. Saya tertarik dengan beberapa kenyataan mendakwa imej itu terhasil akibat tindak balas antara cahaya dan embun, habuk atau debunga.

    Tetapi gambar direkod pada 14 Mei lalu dirakamkan di dalam bilik tertutup sepertimana saya catatkan dalam blog ini.

    Tiada embun, tiada debunga pastinya dan bilik itu di vakum setiap minggu.

    Imej pula kelihatan amat terang berhampiran kerusi dan hanya ada satu. Jika habuk, bilangannyapasti lebih banyak daripada itu.

    Untuk pengetahuan pembaca, saya juga melayari laman web khusus ditulis pengkaji barat. Sebahagian daripada artikel secara jelas menyatakan ketidakpastian berhubung penghasilan imej itu.

    Saya berharap mendapat respon daripada pengkaji sains beragama Islam berhubung 'orbs', jika ada.

    BalasPadam
  20. Saudara Mazidul

    ingin saya ucapkan tahniah atas pembukaan blog ini. ia amat menarik kerana dibuat dengan gaya penceritaan yang santai. dulu saya tak suka tengok mazidul sebab agak straight dan keras bila berkata tapi saya tidak negatif terus saya tengok juga rancangan 360 n MHI dari situ saya tengok mazidul pun boleh bergurau jugak orangnya... dan saya suka blog ni. teruskan jangan berhenti. banyak pengetahuan ni dalam blog ni...
    nanti boleh wat dalam bentuk journal bercetak pulak

    ikhlas
    maylique

    BalasPadam
  21. Saudara Mazidul

    Satu tindakan yang bijak apabila saudara mengambil keputusan mewujudkan laman blog ini.Setidak-tidaknya saudara akan tahu persepsi masyarakat Malaysia terhadap rancangan 360 yang saudara hoskan.Dari situ nanti bolehlah saudara mahupun TV3 menaik tarafkan rancangan 360 supaya lebih menarik pada masa akan datang.
    Satu tindakan bijak.Terima kasih.

    BalasPadam
  22. eee tak kan la antu bentok bulat & manyak giler lak tu...

    BalasPadam
  23. Nak percaya payah, nak nafi pun susah. Dalam gambar pun saya pernah tengok. Mungkin betul jika di katakan ia nya di sebabkan oleh air atau habuk. Tapi macamana pulak kalau saya katakan pernah beberapakali dpt lihat pergerakan objek bulat ni di CCTV. Pergerakan spt sesuatu yg hidup, dari tgh malam hingga ke azan suboh dan ada juga yg berpasangan.
    Any komen....

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum,

    Mazidul dan rakan-rakan sekian. Cerita tentang orbs dan jin ini telah disampaikan oleh seorang sahabat saya yang menjalankan rawatan Islam. Dia menceritakan bahawa hanya kamera digital 7 megapixel ke atas sahaja yang mampu menangkapnya. Dia juga telah tunjukkan gambar berbentuk orbs yang cukup banyak dalam botol yang telah diisi dengan jin-jin yang ditangkap gambarnya menggunakan kamera makmal yang berkuasa tinggi.

    Setelah ditunjukkan gambar-gambar yang sama seperti apa yang Mazidul paparkan di sini maka saya mengambi inisiatif mengambil gambar menggunakan 2 kamera digital yang berbeza di luar halaman rumah.

    Menakjubkan, kedua2 kamera yang saya ambil itu dapat menangkap orbs yang sama dan agar besar. Ini bukan lagi kebetulan tetapi memang jin.

    BalasPadam
  25. bukan sbb lighting effect ke?
    mcm ni kat majlis forum perdana kat tg.bidara. guna flash. tp bila off flash, xde pun bulat2 tu..
    [IMG]http://i118.photobucket.com/albums/o113/cik_andak/forum.gif[/IMG]

    BalasPadam
  26. anonymous, kat gbr tu mmg ada jin la...tapi "jin" la bukan JIN. Hehehe...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.