Selasa, Mei 19, 2009

Suami Hidup Tersepit

“Kekadang bukan mudah menjadi suami,” keluh rakan sepejabat.

Katanya, jika kerap keluar bertemu rakan biarpun di kawasan berhampiran rumah, isteri membebel.

“Awak ni tak ada kerja lain. Asyik keluar, penting sangat ke kawan-kawan tu?,” kata isteri.

Jika suami duduk di rumah, sebilangan isteri tetap tidak berpuas hati.

“Awak ni tak ada kerja lain, duduk di sofa depan TV tu daripada pagi sampai petang”

Tanya rakan itu …

“Habis, nak buat apa lagi? Kalau kita cuti, berehatlah. Kerja rumah, maid ada, biarlah dia buat. Isteri tak puas hati, asyik membebel ni rasanya boleh buat nyawa suami pendek”

Tersepitnya hidup suami.

16 ulasan:

  1. tak susah sebenarnya jadi suami.. isteri tu takderlah kerek mana asalkan dua2 saling paham memahami dan bertolak ansur. Tapi suami lak janganlah suka suki amik kesempatan menipu dan tidak jujur bila isteri dah terlalu baik.

    Bro.. hargai sementaro masih ado. Dah tak ado sok tak guno dikenang2 laei.

    BalasPadam
  2. Kepada si suami yang dok mengeluh tu buatlah sesautu yang berfaedah.. so isteri pun senang hati... simple as that..

    BalasPadam
  3. pe lagi dok kat pintu umah la..memikirkan nasib kamu mendapat isteri yg sentiasa memberi respon atas setiap yg anda lakukan..

    tp bersyukur la..ade isteri tue xkisah sgt pe yg suami wat..asalkan ade duit dihulur tiap2 bulan n ape yg die nk boleh dapat...

    BalasPadam
  4. kecian isteri kerjanya membebel je dah HOBI agaknya...kalau kena isteri yang pendiam macmmana?

    BalasPadam
  5. alah.. bebelan isteri tu bebelan sayang... saje nak meriahkan suasana... kang senyap tak de benda nak borak...

    aik dah macam fenomena sendiri pulak entry nih... he he he...

    BalasPadam
  6. membebel mesti de sebabnye....yg penting dua2 pihak saling bertolak-ansur & memahami.....

    BalasPadam
  7. isteri xkan membebel kalo suami membantu menjaga anak sementara dia membuat kerja rumah...isteri xkan membebel kalo kuar jumpa kwn pun balik awal xderlah balik pukul 3-4 pagi...hahahaha

    BalasPadam
  8. Orang kata isteri yang kuat membebel disebabkan nafsu seks yg tidak puas..bukan saya kata tapi orang tua2 yg cakap begitu..

    BalasPadam
  9. Salam MAZ,

    Hmm....ada sebab sebab kenapa suami tak lekat kat rumah....
    ada 4C yang kalau boleh dielakkan...;)

    C1. COMOT

    Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

    C2. CEMBURU

    Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

    C3. CELUPAR

    Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri celupar tak bertempat. Contohnya kalau suami tegur isteri....dengan celuparnya menjawap sesedap rasa. Perkataan yg paling kerap "SUKA SAYA LAH BANG...APA SAYA NAK BUAT"

    C4. CINCAI

    Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. "..ALAAAA.....AYANG PENAT LAH BANNGGG"

    Renung renungkan....dan selamat beramal....

    BalasPadam
  10. buat itu salah,
    buat ini salah..

    coming soon,
    father's day...

    Sang Isteri, buatlah kejutan untuk suami, pasti gembira si dia..

    BalasPadam
  11. isteri a.k.a perempuan... mmg lumrahnya xpenah yang puas hati. sentiasa ada perasaan cemburu, iri hati, syak wasangka terhadap sang suami memandangkan si suami yg mencari nafkah. bagaimana pula dengan isteri yang bekerja? adakah mereka juga merungut? peratusannya pasti kata tidak kerana mereka juga merasai tekanan di pejabat dsb.

    pada si suami pula, kalau ambil cuti tu maknanya bawalah pergi jalan-jalan luar dari kawasan rumah. bukannya menjadi pemerhati kerja-kerja isteri di rumah. hargailah jasa-jasa mereka menjaga rumah tatkala si suami pergi mencari rezeki.

    BalasPadam
  12. ..pendapat saya, the moral of the story:
    1. nak keluar tu, jangan keluar sorang.. bawa bini/isteri jugak

    2. kalau duduk rumah, walaupun ada maid, cari2 lah kerja yang boleh ditolong. Kalau dah tak de sangat, tengok buku-buku anak pastikan anak buat latihan/corrections etc..

    So sang suami faham-fahamlah.. isteri tak suka cakap banyak. Tapi kalau tak berkenan kat mata, mesti dia cakap...

    BalasPadam
  13. suami mesti fleksibel..baru isteri tak bebel/bising.. :)

    en mazidul..jgn kasi ruang utk isteri membebel,insyaALLAH rumah tangga akan aman.

    ........................

    *ade suami yg merungut sbb isteri dia langsung tak 'berbunyi' (no respon)jenis yg sgt pendiam atau berat mulut..so ape pendapat en mazidul?

    kita tak pernah berpuas hati dgn DIRI SENDIRI apatah lagi dgn pasangan atau org lain.


    P E A C E

    BalasPadam
  14. Bro Maz

    'Aku gelak besar dengan tajuk ni

    'Suami hidup tersepit'

    ha ha ha ha ha ha

    BalasPadam
  15. Orang pompuan ni bile ini tak kene, itu tak kene, maknanya dia nak dimanjakan tu. Cuba belai2 dan manjakan dia, mesti reda punya. Tak pun pegi tgk wayang berdua tinggal anak2 kat rumah biar maid jaga. Ye lah sebelum kawin seminggu 2 kali tgk wayang berdua. Lepas kawin 2 tahun sekali pun lum tentu..haha

    -nasri,damansara

    BalasPadam
  16. Kalau yang ada maid. Yang tak ada maid? Isteri bertungkus lumus mengemas, masak, cuci baju.. anak menangis pun tak boleh nak pujukkan, tengok tv macam tungul kayu.. camner tu?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.