Hampir jam 11 pagi tadi, saya dan kru 666, Razali, Farid serta Suhaimi tiba di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Hujan turun lebat pada awal pagi reda.
Sabil dan 8 kakitangan MMP Communications kelihatan ceria menunggu berhampiran kenderaan syarikat mereka.
Dua kenderaan berwarna-warni tidak ubah seperti warna bola sepak dikutip oleh mereka.
Bola terbabit kemudian diserahkan kepaa kru 666, Razali oleh Sabil.
Dengan senyuman diukirkan, gadis di bawah kelihatan layak menjadi model Projek Free Balls.
Selesai acara penyerahan bola, kami bergerak ke Padang Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk mengagihkan 50 bola sepak dibeli menggunakan wang sumbangan orang ramai.
Jet menunggu kami di lokasi dan terus memeluk bola terbabit sebaik dikeluarkan dari kenderaan.
Ternyata individu dewasa juga gembira di samping bola, selain anak kecil.
Seperti dijanjikan oleh Projek Free Balls, bola sepak dikumpul kemudian diagihkan kepada kanak-kanak hadir di lokasi bersama keluarga mereka.
Sabil mengagihkan majalah terbitan syarikat dia berkerja kepada orang ramai.
"Bola ini kita tandatangan, lepas itu kita lelong di E-Bay," Farid bergurau.
Kami menandatangani bola sepak berwarna merah dipilih oleh Razali itu.
Berikut antara gambar reaksi kanak-kanak bermain bola sepak diagihkan di padang berhampiran.
Untuk menyumbang kepada Projek Free Balls, sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812. Kami percaya, bola dihulur mencetuskan keceriaan di wajah ramai anak kecil.
HEBAHKAN