Petang semalam, saya berpeluang memasuki kem Za'tari di Marfaq, Jordan. Lebih 38,000 pelarian Syria ditempatkan di kem terbabit dan kini tinggal di dalam khemah serba kekurangan.
Melalui pengamatan saya, kehidupan di kem terbabit tidak begitu selesa dengan keadaan di sekeliling berdebu dan sesak. Namun majoriti daripada kanak-kanak menetap bersama keluarga mereka di khemah amat suka gambar mereka dirakamkan.
Berikutan kekangan bahasa, saya cuba mengacah dan mengusik mereka.
Bagaimanapun mereka tidak langsung kelihatan takut malah mentertawakan saya secara berkumpulan. Barangkali krisis di negara asal menjadikan mereka manusia lebih berani.
Sebilangan ibu bapa mereka mengadu, ramai ahli keluarga terbunuh, tercedera dan dilaporkan hilang di kampung halaman.
Kisah mereka, berita duka dan tidak mampu dijangka bila bakal berakhir.
Saya sempat menjengah ke lokasi pasukan perubatan dari Malaysia akan menjalankan operasi merawat pesakit.
"Purata lima ratus pesakit dirawat di klinik ini setiap hari. Doktor kita akan mula merawat pesakit esok dan mereka akan ditempatkan berhampiran klinik pasukan perubatan Jordan," ujar Datuk Abdul Azez Abdul Rahim selaku ketua misi kemanusiaan Syria.
Sebaik melihat saya dan jurukamera, Rohaizat Roslan, berada di lokasi terbabit, beberapa keluarga pantas mengerumuni kami.
"Kami cuba mendapatkan rawatan di sini tetapi kebanyakkan doktor bertugas hanya meminta kami mengangakan mulut sahaja. Seperkara lagi, bekalan bahan mentah diagihkan kepada kami tetapi sukar untuk dimasak. Setiap lima puluh keluarga menetap di kem ini terpaksa berkongsi satu dapur. Bagaimanakah anak-anak saya hendak makan?," soal wanita berbaju hitam.
Pastinya saya tidak mampu menjawab soalan itu.
"Musim sejuk akan tiba kira-kira sebulan sahaja lagi. Suhu pada waktu siang di antara lima dan lapan darjah Celcius manakala pada waktu malam, jatuh mencecah kosong darjah Celcius. Kami hanya tinggal di bawah khemah, bekalan selimut tidak mencukupi, bantulah kami," rayu wanita sama.
Saya berasa simpati mendengar luahan mereka dan pihak UNHCR sebagai pengendali khemah pelarian terbabit, setakat ini kelihatan tidak melaksanakan tugas secara sempurna.
Sebelum melawat dan merakamkan gambar di kem pelarian, saya berpeluang melawat mangsa kekejaman peperangan di Syria.
"Kereta kebal menembak ke arah saya dan beberapa rakan di kampung kami. Peluru terbabit terkena besi dan serpihan besi itu menusuk tubuh saya di bahagian belakang dan merosakkan tulang belakang, mengakibatkan saya menjadi lumpuh," ujar Abdul Illah.
Luka berlubang di bahagian atas punggang Illah seperti tidak dirawat sehingga menampakkan tulang dan dagingnya.
Saya perhatikan tiga anak perempuan ayah berusia 32 tahun itu.
Anaknya paling kecil, barangkali tidak memahami penderitaan ayahnya.
Jika ayah pergi meninggalkannya ...
sedih. sendu. hiba...
BalasPadamSMTI...
BalasPadamSMTI...
BalasPadamDia belum kenal hidup dan mati, tidak pasti bagaimana masa depan dia dan yang lainnya. Syukurlah kita disini masih boleh bergembira sedangkan orang lain diluar sana dalam kebimbangan, kesedihan dan tidak tahu masa depan.
BalasPadamrasa nak mengalir air mata... bila baca - Jika ayah pergi meninggalkannya ...
BalasPadamSalam, sedih melihat keadaannya.. terutama anak-anak kecil.. masih jauh perjalanan hidup mereka ..
BalasPadamtidak mampu menahan kesedihan melihat penderitaan seperti ini.. anak-anak yang masih kecil..
BalasPadambagus perkongsian ini. dalam dunia yg serba tak sempurna ni. harus bersyukur dgn nikmat yg ada. btw gambar baby tu sangat comel. harap dia dpt membesar dgn kasih sayang seorang ayah
BalasPadamYa Allah sungguh bertuahnya aku di bumi Malaysia.
BalasPadamYa Allah sungguh bertuahya aku di bumi Malaysia.
BalasPadamsedihnya tengok anak kecil yang tak memahami apa2 tu... semoga kehidupan mereka diberkati dunia akhirat
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
Bersyukur lah kita sebagai rakyat malaysia..setakat ni suasana perang tidak berlaku..Moga2 tidak akan berlaku di tanah air kita..
BalasPadamSesuatu yang menyentuh perasaan bila lihat wajah anaknya.
BalasPadamYa Allah...berilah perlindungan kepada mereka semua..berilah perlindungan kepada saudara2 kami disana..amin...
BalasPadamSedihnye tengok. Semoga mereka terbela dan mendapat keberkatan di Aidiladha ini. Amin......
BalasPadamSMTI: 'speechless'mengenangkan penderitaan saudara kita di sana.. Moga Allah terus melindungi mereka semua.. dan saya doakan agar ketabahan akan terus berada dalam jiwa mereka..Amin...
BalasPadamsemoga mereka tabah amin...
BalasPadam