Khamis, Oktober 04, 2012

ROBOH

Awal pagi tadi, saya merakamkan gambar operasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ merobohkan binaan haram di belakang 7 premis perniagaan di Sunway Damansara.


Operasi diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir Unit Komunikasi dan Inovasi MBPJ, Zey Iskandar Mohd Jalil. 

Beliau dilahirkan di Ulu Bernam, Selangor.


Zey, graduan Politeknik Ungku Omar dalam bidang perakaunan, berusia 42 tahun.

"Saya dahulu pemain takraw Malaysia, posisi tekong dan memang meminati sukan," ujar beliau.

Beliau mula berkhidmat di MBPJ sejak tahun 1992.

"Sebelum ini saya bekerja di Jabatan Perancang Bandar, menjadi akauntan, pernah juga bekerja di Unit Aduan, menjaga pengurusan kaunter dan kini di Unit Korporat dan Innovasi, menjaga Zon Bersih," tambah Zey. 

Lama saya memerhatikan gerak-geri beliau sepanjang berurusan dengan wakil media cetak dan elektronik membuat liputan di lokasi.


Anak kelahiran Selangor itu, bukan sahaja berurusan dengan wartawan dan jurugambar malah mendepani ramai lagi kumpulan dari unit berbeza.

Mari bersama kita lihat lagi antara aksi Zey saya rakamkan tanpa disedarinya. Perhatikan posisi tangannya ketika melayan wakil media.


Sesekali Zey menyeluk poket seluarnya.


"Mungkin awak sedar atau tidak, bercakap dengan tapak tangan terbuka menunjukkan orang itu tidak membina dinding di antara dia dan audien sekaligus kejujurannya terpancar," jelas saya.

"Itulah, saya tidak sabar untuk menunggu hari Ahad minggu ini," balas beliau spontan.


Zey ternyata petah berkata-kata dan tidak bermasalah mengawal pergerakan tangan, gestures sewaktu bercakap di hadapan audien. 

"Zey, wartawan semua haus," usik Penolong Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, Ismathinoon Abdul Rahman.


"Keluarkan air mineral itu, bagi dua botol kepada setiap wakil media," balasnya spontan sambil tersenyum.


Mungkin kerana kemahiran perhubungan awam sebegitu, setiap kali beliau berada di lokasi operasi, ramai wartawan, jurugambar dan jurukamera berasa selesa berada di sekitarnya.  

Ahad ini, tepat jam 9 pagi, Zey akan menyertai sesi CakapDotCom di Kondominium Casa Indah 2, Kota Damansara, selama 3 jam.

Klik di sini untuk perincian sesi terbabit.

Dua gambar berikut kelihatan hampir sama.


Biarpun terbukti mahir berucap dan bercakap di khalayak ramai, Zey ingin menggilap ilmu pengucapan awamnya.

Masih ada 3 tempat kosong lagi untuk menyertai sesi berkongsian pengalaman berhubung pengucapan awam bersama saya, Omar Abdullah, Zakiah Anas dan Kamal Affandi Hashim pada 7 Oktober ini.

Jangan lepaskan peluang keemasan bersama fasilitator ELIT CakapDotCom.

Segera hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73.

Bayaran dengan kadar diskaun ditawarkan kepada mereka berminat.

... hanya 2 hari lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.