Sabtu, Oktober 06, 2012

ATLET DAN ARTIS

Petang tadi saya bersama 132 atlet muda negara di Carlton Holiday Hotel and Suites di Shah Alam, Selangor.

Ceramah saya sampaikan kepada atlet kini menuntut di pusat pengajian tinggi itu bertajuk 'Atlet dan media sosial'.

Intipati ceramah itu mudah. Status atlet berjaya lebih kurang sama seperti status artis terkenal di negara kita. Ringkasnya, populariti dikecapi oleh mereka mempunyai harga tersendiri. Justeru mereka harus berwaspada sebelum mengeluarkan kenyataan di media sosial seperti Facebook dan Twitter.


Sesi dipenuhi hilai tawa ...


Mereka tanpa segan mengambil bahagian dalam ceramah ...


Atlet menembak ini saya jemput kehadapan untuk menjadi saksi kepada acara silap mata.


... dan kembali ke kerusi dengan senyuman.


Dua atlet lelaki juga senang membantu saya di hadapan audien.


Saya bersyukur kerana tidak membuatkan mereka tertidur.



Terima kasih kepada semua peserta dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana sudi mengundang saya dengan  kerjasama rakan dari Unit Sukan TV3. 


5 ulasan:

  1. style penceramah yg bijak membuatkan pendengar sentiasa ikhlas mendengar. Tahniah Bro Mazidul.

    BalasPadam
  2. pandalela rinong ada tak? saya setuju orang2 yg berstatus selebriti ni samada pemimpin, ahli politik, artis, atlet, semua kena berhati2 bila keluarkan kenyataan di media sosial...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. xsangka bro mazidul bleh jadi penceramah...

    BalasPadam
  4. Tahniah, semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua

    BalasPadam
  5. tahniah bro..lepas ni bolehlah buat full time

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.