Petang semalam, sewaktu jurukamera Majalah 3, Rohaizat Roslan merakamkan visual di bandar Mafraq, dia dihampiri oleh beberapa anggota polis Jordan.
Mereka mempersoalkan tindakannya merakamkan visual tanpa permit.
Saya kemudian memperkenalkan diri sebagai wartawan.
"What are guys doing in the street?," soal pegawai mereka kepada saya.
"To see the town and the people of Mafraq," balas saya.
Penjelasan turut dibantu beberapa pelajar Malaysia menuntut di universiti di bumi ambia itu.
Doktor Mohd Kasim Abdul Aziz kemudian mendekati polis terbabit dan menjelaskan misi 56 rakyat Malaysia menghulurkan bantuan keperluan asas dan perubatan kepada lebih 37,000 pelarian Syria di Kem Za'atari berhampiran bandar Mafraq.
Mereka berpuas hati dengan penjelasan kami dan bersurai.
Di Malaysia, pelancong asing bebas merakamkan gambar atau visual samada di kampung, bandar dan bandaraya. Mereka juga tiada halangan untuk bergerak ke lokasi ingin mereka lawati dan pihak berkuasa negara kita tidak bertindak menahan atau menyoal siasat pelancong selagi mereka tidak terbabit di kancah jenayah.
Di bumi Jordan, sedikit berbeza.
Apapun mereka sebenarnya menjalankan tugas diamanahkan.
Berikut antara gambar saya rakamkan di bandar sama.
Hakikatnya, kehidupan pelarian Syria di kem pelarian berada di bawah tekanan.
Mereka hanya tinggal di dalam khemah bersama keluarga dan tentunya tidak selesa. Kira-kira jam 6 petang semalam, berlaku rusuhan berikutan ketidakpuasan hati sebilangan pelarian kerana tidak berpeluang menunaikan ibadah haji seperti dijanjikan oleh kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Semua sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia kemudian diarahkan keluar dari kem termasuk 13 kakitangan perubatan sedang merawat pelarian.
Ketika kejadian, ketua misi, Datuk Abdul Azez Abdul Rahim dan Duta Besar Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz berada di lokasi kejadian sebelum beredar dengan selamat.
Esok, InsyaAllah, kami semaua akan berada di kem sama untuk mengagihkan barangan antaranya selimut, peralatan membersihkan diri, makanan dan air minuman bersih.
Doakan kami selamat untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan ini.
semoga selamat pergi dan selamat balik ya..=)
BalasPadamnak rakam gambar pun kena permit ya kat jordan... ingatkan jordan macam sebuah negara yg maju dan hebat juga, tapi masih ada kawasan yg tidak berapa membangun.
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
Kadang2 saya pelik. Dalam seribu kesukaran dan seribu kepayahan untuk menjalani kehidupan tetapi mereka masih mengadakan rusuhan. Bukankah lebih baik berdiplomasi. Mungkin juga ini adalah cara hidup mereka.
BalasPadamitulah kita kena bersyukur......negara kita aman.....
BalasPadamnasib baik ada jurubahasa, kalau tidak alamat kena selesai dengan 'bakshish' lah.. :)
BalasPadamSmti.... Rakyat M'sia wajib bersyukur atas segala nikmat keamanan yg dikurniakan.... Sepanjang 2 tahun berada di bumi Jordan dahulu byk berikan iktibar berapa sukarnya rakyat Syria n Palestin yg menjadi pelarian di Jordan.... Moga Allah berkati usaha murni krew bantuan kita di bumi Jordan....
BalasPadamSudah menjadi budaya dalam kehidupan orang2 arab sejak zaman-berzaman peperangan perkara biasa bagi mereka, perwatakan pun kasar..negara kita yang asyik meribut menyumbang bantuan, negara islam sekitar takkan tidak menyumbang...
BalasPadamwah...siap kena tahan ye...
BalasPadamRisau CIA rakam area strategic :P
BalasPadamMafraq...tempat jatuh lagi dikenang. Kalau ada simpan lagi gambar, sila lah upload bang. Kotor dan buruk macamana sekalipun Mafraq, itulah tempat yang menjadikan saya seorang manusia seperti hari ini...dan tempat bertemu dengan isteri saya. Upload lagi bang, please.
BalasPadam