Ahad, Oktober 07, 2012

MASYARAKAT MASIH INGIN KAMAL AFFANDI HASHIM TERUS BERCAKAP (NOMBOR AKAUN DI SINI)

Alhamdulillah, sesi perintis CakapDotCom disempurnakan secara lancar di antara jam 9.30 pagi dan 1.30 tengahari tadi.

Biarpun tidak berapa sihat, fasilitator ELIT, Kamal Affandi Hashim tetap hadir dan berkongsi pengalaman beliau di pentas pengucapan awam.

Klik di sini untuk membaca masalah didepani oleh penganalisis jenayah itu. 


Tajuk dihuraikannya, 'Menangani gemuruh menggapai keyakinan'.

Seperti dijanjikan 2 lagi fasilitator ELIT CakapDotCom, Omar Abdullah dan Zakiah Anas turut bersama peserta sudi datang dari jauh dan dekat.


... begitu juga audien lain.


Omar merungkaikan asas pengucapan berkesan dan ternyata menggeletek hati Amelia Shafer, sudi hadir dari Pulau Pinang bersama suami.

Sememangnya sesi terbabit dilaksanakan di ruang terbuka. Gangguan bunyi kenderaan sesekali kedengaran, cabaran untuk ditangani bersama. Hakikatnya, pengucap awam juga kekadang terganggu dek pelbagai elemen tidak dijangka di pentas berbeza.

Kira-kira jam 10.30 pagi, Zakiah Anas kemudian mengambil alih sesi, menghuraikan topik 'Keterampilan dan keselesaan' kepada 13 peserta.


Fasilitator ketiga, Kamal.

Sejak berita penyakit dideritainya disiarkan di blog ini, ramai menghubungi penggerak CakapDotCom, Azmil Abdul Aziz.


"Bro, sudah ada peminat awak membuka page untuk Kamal Affandi Hashim. Ramai ingin membantu melangsaikan bayaran kos pembedahan lebih RM40,000 terpaksa ditangguhkan itu. Mewakili masyarakat, bolehkah saya siarkan nombor akaun bank awak di blog?," pinta saya.

Kamal memberikan kebenaran.

"Bro, macamana respon peserta sesi kita tadi secara keseluruhannya?," soal Kamal selepas sesi tamat.

"Alhamdulillah, majoriti memberikan markah penuh lima per lima. Semua komen mereka lontarkan bakal diteliti untuk penambahbaikan sesi kedua. Daripada maklumat dicatatkan di borang maklum balas, mereka semua berminat untuk menghadirkan diri sekiranya dianjurkan sesi berikutnya di masa akan datang," jelas saya.


Persembahan Kamal biarpun dalam kesakitan tetap memberangsangkan.



Visual sesi CakapDotCom juga dirakamkan untuk menjadi arkib bahan bersejarah.


Mereka semua kemudian menerima sijil CakapDotCom disampaikan oleh Pengarah Urusan, Azmil.


Sekalung penghargaan untuk sabahat saya, Razali Harun sudi membantu.


Ikram Al-Banjari dan Ustaz Aznil Zulkifli, terima kasih di atas sokongan. 


Gambar di bawah di abadikan sebagai kenangan indah, hanya berlaku sekali.


Banyak lagi gambar behind the scene sesi sama bakal dimuatnaik di halaman CakapDotCom, klik di sini.

Terima kasih kepada semua peserta, fasilitator, ahli keluarga dan sahabat membantu menjayakan  CakapDotCom sesi perintis.

InsyaAllah, sesi kedua bakal berlangsung pada 21 Oktober 2012. Jika berminat menyertai sesi terbabit, sila hubungi Azmil di talian 013 63 666 73.

Sila klik di sini untuk maklumat terperinci bakal kami kongsikan kelak.

Kami juga berdoa semoga Kamal sihat dan sudi bersama kami menjayakan lebih banyak lagi sesi CakapDotCom. 


Dari respon diterima, masyarakat ternyata masih ingin Kamal terus bercakap dan berkongsi ilmu.

Berikut nombor akaun bank Kamal Affandi Hashim sekiranya tergerak hati ingin membantu menghulurkan sumbangan ikhlas untuk meringankan tuntutan ditanggung oleh beliau.

Public Bank 4007 85 2927.


SILA HEBAHKAN

11 ulasan:

  1. kenapa tidak Tuan Kamal Affandi Hashim mencuba rawatan syifa? saya rasa kos nya lagi murah.

    BalasPadam
  2. Saya kagum dengan semua penyampaian Encik Kamal dalam hal menangani jenayah. Saya berdoa semoga penyakit Encik Kamal cepat sembuh dengan ikhtiar. InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. Harap Encik Kamal Affandi Hashim pergi ke cawangan akaun bank beliau terlebih dahulu membuat pemberitahuan tentang kemungkinan pemberian derma dari orang yang bermurah hati membantu pembedahannya. Tidaklah nanti akaun akan dibekukan oleh pihak bank. Faham-faham sajalah sekarang ini macam-macam kisah telah terjadi. Saya doakan semoga Encik Kamal selamat menjalankan pembedahan, kesihatan bertambah baik serta dipanjangkan umur oleh ALLAH SWT. Amen.

    BalasPadam
  4. SMTI.. harap terima derma saya yg tak seberapa ini... semoga en kamal selamat menjalani pembedahan dan dipermudahkan Allah SWT didalam segala urusan... ...

    BalasPadam
  5. wah zakiah anas comelnya. semoga program2 ni dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, dan semoga encik kamal affandi akan terus sihat.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. semoga abg kamal sembuh dan diberikan kekuatan untuk mengharunggi dugaan tuhan... trima kasih juga pada abg mazidul sbb keperihatinan ini..semoga success... =)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum semua.... Alhamdulillah... akhirnya saya (kita) berjaya untuk menghadiri kelas 'Yakin' yang julung-julung kalinya diadakan pada 7 Oktober 2012 anjuran CakapDotCom. Secara peribadi saya amat (amat-amat) berpuas hati dengan intipati program dan perjalanan program keseluruhannya.

    Penampilan fasilitator yang hebat seperti Abg Omar Abdullah yang mempunyai pengalaman lebih 34 tahun, Sis Zakiah Anas 22 tahun, bro Mazidul Akmal lebih 17tahun dan bro Kamal Affendi penganalisis jenayah yang terkenal...merupakan pemilihan yg paling tepat dalam perlaksanaan program ini. Mereka adalah insan hebat yang mahu dan mampu berkongsi ilmu untuk semua. Sifat peramah & kelakar membuatkan kami (peserta) tak kering gusi sepanjang sesi berlangsung. Perhubungan antara fasilitator & peserta juga 'akrab' membuatkan kami berasa selesa untuk bertanyakan 'soalan maut'..hihi...

    Selain itu berbekalkan suasana yang selesa, makanan yg lazat dan konsep santai (te
    pi swimming pool) saya kira menambah 'point' "Kenapa anda patut menghadiri program pengucapan awam anjuran CakapDotCom' ini.

    Kepada yang berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus diajukan pada pihak mengurusan iaitu En. Azmil & isteri yg sangat2 peramah. Begitu juga dengan warga kerja CakapDotCom yang lain iaitu bro Razarro Raz yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

    Akhirkata, setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada bro Mazidul Akmal yang membuka peluang ini.Terima kasih..terima kasih... terima kasih. Sesungguhnya saya berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah CakapDotCom untuk program pertama kali ini.

    Oleh itu, untuk semua diluar sana, jangan malu atau segan untuk menjadi sebahagian daripada 'warga' CakapDotCom. Anda pasti takkan kecewa.!!!!

    Yippieeeeeeeeee!!!Salam.

    #modejakuntakhilanglgni#

    BalasPadam
  8. nak kongsi cara pemakanan sihat dgn Tuan Kamal... cuba amalkan memakan isirung buah apricot,buah kurma dan madu lebah yg asli dr yemen...semua tu hanya ubat yg menyembuhkan tetap ALLAH...cuba ya ...ana sekeluarga juga adalah penggemar dan kagum serta terhibur dgn cara penyampaian Tuan yg santai tapi padat dan bernas serta berfaedah...kami doakan Tuan dipayungi RahmatNya..Wassalam

    BalasPadam
  9. Salam.Kita pakat doa semoga Tuan Kamal dpt sembuh secepat mungkin .

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.