Jumaat, Oktober 19, 2012

PERSIAPAN MENGHADIRI SESI UJIBAKAT MENJADI PENGACARA TELEVISYEN

Banyak kali saya melihat ramai anak muda menghadiri sesi ujibakat di stesyen televisyen di Malaysia. Mereka berbaris panjang dari awal pagi dan sebilangan terpaksa pulang tanpa berpeluang mempamerkan bakat dimiliki kerana kesuntukan waktu.

Kasihan.

Kebanyakkan mereka datang awal dan berpeluang menjalani sesi ujibakat juga melangkah kecewa dengan berbekalkan titisan airmata.

Syahdu.

Saya amat yakin, setiap insan mempunyai bakat unik. Bakat tanpa mengira bidang berupaya digilap untuk mencipta kejayaan. Antara kita, contohnya, ramai berbakat bertukang rumah, menganyam ketupat, menyanyi dan menari. Jika diperhatikan, tidak semua penyanyi pandai menari. Begitu juga, jika berbakat bertukang rumah, tidak semestinya kita mahir menganyam ketupat. Bakat di kalangan kita kekadang diwarisi dan lazimnya boleh diasah jika wujud kesungguhan di hati. 

Bakat dalam bidang pengacaraan televisyen juga menuntut keunikan dan komitmen.

Pengacara televisyen bukan sahaja wajib petah berkata-kata malah semestinya berilmu dan berkredibiliti. Wajah rupawan dan penampilan kacak bukan faktor penentu untuk dipilih sebagai pengacara. Pengacara tanpa ilmu, hanya mampu bertahan buat seketika sahaja di persada penyiaran tanahair.

Saya perhatikan, ramai antara mereka menyertai sesi ujibakat hanya berserah bulat-bulat kepada nasib. Mereka mungkin berlatih secara ala kadar sebelum beratur panjang di hadapan bangunan stesyen televisyen dan tidak membuat persiapan mental dan fizikal terbaik. Majoriti berlatih tanpa guru, bak pohon tumbuh rendang tetapi tidak berbuah.

Hemat saya, persiapan sebelum menghadiri sesi ujibakat, teramat penting.

Apakah jenis pakaian paling sesuai untuk muncul di sesi ujibakat? Adakah suara cukup mantap untuk diperdengarkan kepada panel bertugas membuat pilihan tepat? Apakah pula kaedah terbaik untuk menangani gemuruh? Bagaimanakah untuk kelihatan yakin tatkala beraksi di hadapan barisan panel? 

Barangkali semua persoalan itu tidak pernah diambil kira dan majoriti mereka menghadiri sesi ujibakat hanya datang secara semberono. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Datang dari jauh dan kemudian mengabiskan wang melangsaikan tambang bas dan teksi.

... sewaktu sesi ujibakat mereka kemudian ditertawakan sebelum diminta keluar dari bilik panel ditempatkan.

JIKA pembaca bercita-cita ingin menyertai sesi ujibakat pengacara televisyen di masa akan datang, persiapkan diri terlebih dahulu. 

Sila klik di sini.

2 ulasan:

  1. Bagus ni! Bukan sekadar nak jadi Pengacara sahaja, malah adalah lebih baik sekiranya kursus ini turut dihadiri oleh Boss syarikat, Pengerusi mesyuarat, Agen Insuran, Pensyarah, Penceramah & lain-lain kerjaya - Pastinya dengan pendekatan yg sedikit berbeza mengikut bidang kerja masing2.

    En. Mazidul, saya cadangkan buat satu modul khas di CakatDotCom untuk remaja lepasan SPM pada cuti yang akan datang nanti. Modul yang sesuai merangkumi kepetahan & bahasa badan yang sesuai sewaktu di temuduga utk kemasukan ke pusat pengajian tinggi (ada course mereka perlu ditemuduga), membina keyakinan diri, etika berpakaian & lain-lain yang berkaitan. Boleh? Jika ada, saya nak book satu tempat untuk anak (errrr... dengan syarat khas mak boleh ikut sekali :)

    BalasPadam
  2. bila pemikiran adalah zero, muka yang cantik pun jadi zero..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.