‘URUT : DI ANTARA RELA DAN PAKSA’
Tarikh Siaran : 20 Oktober
2012
Jam : 11 malam
Bukan enteng mendapatkan
responden untuk mencungkil kisah berhubung kegiatan di pusat urut. Majoriti
gadis bertugas sebagai pengurut enggan ditemu bual, khuatir sekiranya identiti
diri mereka didedahkan kepada masyarakat sekaligus menggugat maruah diri.
Wartawan Majalah 3, Mazidul
Akmal Sidik melihat wajah pucat ‘Zara’, 24 tahun tatkala dia melangkah masuk ke
bilik, lokasi temu bual bakal dirakamkan.
“Usah bimbang, sebaik
selesai sesi rakaman, saya akan menunjukkan kepada awak hasil visual direkod
oleh jurukamera. Teknik ‘back light’
akan digunakan. Maksudnya, lampu bercahaya terang diletakkan di belakang tempat
awak duduk dan jurukamera merakamkan visual temu bual dari hadapan. Jadi wajah
awak kelihatan gelap, hanya garisan tepi tubuh sahaja nampak, itupun tidak
begitu jelas,” ujar Mazidul.
Sebaik Zara berasa selesa
dan mampu mengukirkan senyuman, jurukamera, Rohaizat Roslan mula merakamkan
temu bual.
“Sebelum bekerja sebagai
tukang urut, saya mempunyai teman lelaki. Dia berjanji untuk mengahwini saya
namun akhirnya saya terpedaya dengan ungkapan kata-kata manisnya. Selepas tiga
tahun bersama, puas menikmati tubuh saya, dia meminta hubungan kami diputuskan.
Saya terkejut dan berasa amat kecewa dengan tindakannya sekaligus menghakis
kepercayaan saya terhadap lelaki,” ujar Zara.
“Itukah antara sebab awak
membuat keputusan untuk bekerja di pusat urut?,” soal Mazidul.
“Kekecewaan itu mendorong
saya bertindak nekad untuk mencari wang mudah sekaligus membalas dendam atas
keperitan saya tempuh. Saya bekerja di rumah urut untuk melupakan peristiwa getir
itu. Selama bertahun saya menyerahkan tubuh kepada dia secara percuma, di pusat
urut saya dibayar oleh pelanggan
hanya melakukan urutan batin. Dalam
tempoh dua puluh minit memuaskan nafsu pelanggan, saya dibayar seratus ringgit.,”
jelas anak kelahiran Kuala Lumpur itu.
Tambah Zara, dia bercuti
empat hari sebulan dan mengurut antara lima dan tujuh pelanggan sehari untuk
meraih pendapatan lebih RM500.
Mazidul juga berpeluang merakamkan
pengakuan bekas pekerja pusat urut, ‘Sofia’, 33 tahun.
“Majikan Sofia memang tidak
mengetahui berlaku kegiatan tidak bermoral di antara pelanggan dan tukang urut
di dalam bilik. Setelah bekerja sebagai penyambut tetamu kira-kira enam bulan dengan
gaji bulanan RM1,300, Sofia berasa hairan kerana sebilangan pelanggan lelaki mendesak
untuk diurut oleh gadis muda sama setiap kali berkunjung. Mereka menolak
sekiranya ditawarkan khidmat pengurut berusia. Tanpa mereka sedari, Sofia
mengintip dan mengintai melalui celah pintu bilik dan terlihat pekerja gadis
warga asing, tanpa seurat benang, mengurut dan membelai pelanggan. Dia kemudian
melakukan urutan batin untuk memuaskan nafsu serakah pelanggan,” jelas anak
kelahiran Johor itu.
Tambah ibu tunggal bertubuh
genit itu, dia bertugas di pusat urut selama lebih dua tahun sebelum berpeluang
melanjutkan pelajaran sekaligus mengeluarkan diri dari kepompong kegiatan pusat
urut.
“Sebilangan mereka berada di
situ kerana ditipu oleh majikan justeru terpaksa melakukan kegiatan terkutuk
atas permintaan pelanggan. Manakala sebilangan lagi bekerja secara sukarela demi
mencari rezeki dan meraih pendapatan agak lumayan,” kata Sofia lagi.
Berikutan kegiatan tidak
bermoral seperti itu, pemilik spa muslimah, Santai Suri, beroperasi di Seksyen
4, Bandar Baru Bangi, Selangor, Nerfetiti Ahmad Nordin berasa amat kecewa.
“Kami bekerja untuk meraih
rezeki halal dan berkat kerana wang itu kita agihkan kepada ahli keluarga.
Kalau hendak membuka perniagaan, biarlah perniagaan itu dilaksanakan mengikut
undang-undang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan serta tidak terpesong
daripada tuntutan agama. Spa saya usahakan sejak setahun lalu hanya menerima
pelanggan wanita sahaja. Pekerja wanita di spa saya, mahir dalam pelbagai jeis urutan.
Kegiatan tidak bermoral ditawarkan di beberapa premis urut lain ternyata mencemarkan
imej rumah urut secara keseluruhannya,” terang ibu kepada lima anak itu.
Santai Suri antaranya
menawarkan urutan untuk ibu selepas bersalin dan urutan untuk menyegarkan tubuh
wanita.
“Saya bimbang jika masyarakat
memandang serong dan menganggap semua pusat urut menawarkan perkhidmatan tidak
bermoral walhal kami sebenarnya menjalankan perniagaan secaa telus dari wanita
untuk wanita,” tambah Nerfetiti.
Episod Majalah 3 kali ini juga
bakal memaparkan pengakuan duda berusia 48 tahun, ketagih berkunjung ke pusat
urut.
“Dalam tempoh seminggu,
lazimnya saya pergi ‘berurut’ purata tiga kali. Saya memang menggilai urutan
batin dan bayaran dikenakan berbeza, bergantung kepada premis saya kunjungi.
Jika di hotel murah, lapan puluh ringgit, di pusat urut biasa, enam puluh
ringgit sahaja. Jika berpeluang, saya hanya mahu diurut oleh gadis muda samada wanita tempatan atau warga asing,” kata ‘Edi’.
Tambah ayah kepada enam anak
itu, majoriti tukang urut berusia dua puluh lima tahun ke atas.
“Pernah sewaktu berkunjung
ke pusat urut sebelum ini, hanya tinggal pengurut tua sahaja, berusia lebih
empat puluh tahun. Ketika itu semua pengurut muda telah dilanggan. Kurang
berselara, saya kemudian hanya meminta wanita tua mengurut badan sahaja dengan
bayaran lima puluh ringgit selama empat puluh lima minit. Tertekan jiwa!,”
jelas Edi sambil tertawa.
Edi tidak menafikan ramai
lelaki tempatan berstatus suami berkunjung ke rumah urut tanpa pengetahuan
isteri mereka.
Fakta itu disokong oleh
Zara.
“Pelanggan Zara, lelaki
bujang dan suami orang, pelbagai bangsa. Kadar urutan batin, seratus ringgit
sahaja untuk tempoh kira-kira dua puluh minit. Selepas mengurut tubuh mereka,
Zara akan bertanya, abang hendak ekstra (urutan batin)? Jika mereka bersetuju,
Zara akan melakukannya. Pada awalnya memang berasa agak janggal memegang alat
kelamin lelaki tetapi lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Sebilangan
pelanggan pemurah menghulurkan wang titipan dan setiap kali datang, mereka
memilih Zara untuk mengurut,” ujarnya sambil tersenyum simpul.
Dengarkan lebih banyak
pengakuan Zara, Sofia dan Edi serta tukang urut lain dalam episod ‘Urut : Di
antara rela dan paksa’, Majalah 3, jam 11 malam.
Sila hebahkan, terima kasih.
SMTI: 'ketat' dada saya sewaktu membaca entry ini....macam-macam bermain difikiran.. bermula dari kisah Zara...dan kemudian pengakuan Edi.. Bagaimana tergamaknya mereka menjerumuskan diri dlm kegiatan yang tidak bermoral ini... Pastinya paparan pada Sabtu 20 Oktober 2012 jam 11 mlm akan saya tonton bg 'mengenal jiwa' mereka yg bernama Zara & Edi..:))
BalasPadamM3 starts at 11pm ke skrg?
BalasPadamBanyak lagi cara nak mencari rezeki.napa ini yang dipilihnya...
BalasPadamkering tekak sy baca...
BalasPadamSdr Mazidul,
BalasPadamTeruskan menbongkar angkara durjana manusia2 yang berkepentingan tanpa mengira manusia lain. Dosa dan pahala. Cuma bila saya menonton M3 mlm itu sedikit terganggu oleh waktu tambahan bola Piala Malaysia. Yang kurang jelas adalah urut batin itu sendiri sbb Joyce mengatakan untuk kesihatan seperti buang angin dsnnya. Kemudian si Edy pulak berkata "sakit burung". Si Sofea menceritakan pasal "buka pakaian". Tetapi Zara tidak detailkan urut batin itu jadi saya rasa si isteri2suami kaki urut tidak jelas rasanya ... sedangkan saya paham urut batin yang Zara maksudkan adalah urut b****g lelaki hingga p****t atau oral ... itu dalam masa extra (tambahan) 10-15minit selepas 45minit pertama.