Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, 45 tahun, dijangkakan keluar dari Beacon Hospital, Petaling Jaya, Selangor petang tadi.
"Gumpalan urat lebih di sebelah kiri kepala saya itu beradius kira-kira 3.5 sentimeter. Kata doktor, kalau gumpalan tidak ada di situ, saya boleh koma. Namun pada masa sama, saya berasa kepala seperti dihentak menggunakan tukul paku dan koordinasi tangan kanan saya terganggu. Sebelum rawatan Cyber Knife dibuat, kepala saya diacu untuk menghasilkan topeng ini. Sewaktu pancaran radiasi ditujukan ke gumpalan urat itu, kepala saya tidak boleh digerakkan selama kira-kira 45 minit. Sewaktu hampir selesai, barulah saya terasa wajah saya ada," ujar Kamal, saya ziarahi pagi tadi.
Dia kelihatan tidak ubah seperti Zorro moden, tanpa pedang.
Kamal kemudian menunjukkan kepada saya hasil imbasan kepalanya.
"Selesai radiasi, gumpalan urat itu dijangkakan bakal mengecut dan hilang di antara tempoh 6 bulan dan 2 tahun. Koordinasi tangan saya kembali pulih, cuma kalau berdiri sebelah kaki sambil menutup mata, saya berasa sedikit goyang," tambah beliau.
Saya terus mendengar penjelasan Kamal.
"Biarpun pada mulanya wang untuk membiayai rawatan tidak mencukupi, Ketua Pegawai Eksekutif hospital ini membenarkan saya dirawat terlebih dahulu. Beliau tidak mengenali saya tetapi ikhlas melayan saya sebagai pesakit," terang beliau.
"Siapa datang menziarahi bro?," soal saya.
"Antara mereka, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, Aznil Nawawi, beberapa pesakit mendapat rawatan kanser di hospital ini dan ramai lagi. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka datang melawat, mendoakan agar saya kembali sihat. Tidak lupa juga kepada semua, sudi menyumbangkan wang tunai untuk membiayai kos rawatan saya di sini. Hanya Allah mampu membalas jasa mereka," ujar Kamal.
Wajah beliau kelihatan sebak.
Jam 11.30 pagi, Kamal dikunjungi oleh Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azez Abdul Rahim.
Sewaktu di bilik, Kamal berkongsi fakta berhubung AVM bersama rakan beliau itu.
Setengah jam kemudian mereka mula mengimbas kisah silam.
"Saya dahulu masa kecil, tinggal di Kampung Medan dan bersekolah di Bukit Bintang Boy School. Waktu itu di antara jam 6 dan 11 pagi sebelum pergi ke sekolah saya bekerja membantu peniaga berketurunan Jawa berasal dari Muar, Johor, menjual soto dekat kilang Lam Soon, tidak jauh dari hospital ini. Basuh pinggan mangkuk, basuh periuk, di sekitar jam 12 tengahari, balik ke rumah, mandi dan pergi ke sekolah. Setiap hari, peniaga itu memberikan saya RM1.50 sebagai upah. Setiap hari, saya menaiki basikal balik ke rumah, beg berat dan tali diletakkan di kepala," kata Datuk Azez.
Mereka melakukan pelbagai demonstrasi berhampiran katil.
"Masa itu kalau kita memakai kasut sekolah jenis Warrior, kira mesti datang dari keluarga beradalah," sampuk Kamal.
Saya tersenyum melihat aksi mereka kerana pernah menempuh pengalaman sama sewaktu menuntut di sekolah rendah dan menengah.
"Seratus sembilan puluh satu ekor kambing akan dikorbankan di Syria sempena sambutan Hari Raya Haji pada 26 Oktober akan datang. Putera UMNO juga akan membawa bekalan makanan dan barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada penduduk di kem pelarian di sana. Kumpulan pertama misi kemanusiaan akan berangkat pada 20 Oktober manakala kumpulan kedua, tiga hari kemudian," jelas Datuk Azez.
InsyaAllah, saya akan menyertai misi terbabit dan berkongsi hasil liputan bersama semua di Majalah 3.
Terima kasih kepada Pegawai Perhubungan Awam Beacon Hospital kerana melayan kami dengans senyuman.
"Bro, saya hendak terus menjadi fasilitator CakapDotCom pada 21 Oktober ini," kata Kamal.
"Kami tidak menyenaraikan bro dalam sesi kedua kerana bimbang bro ingin berehat," balas saya.
"Saya ok dan insist untuk berada di sesi itu," celah Kamal.
Terima kasih Kamal kerana sudi bersama kami.
Klik di sini untuk mendaftar.
SMTII: Ada beberapa berita yg betul-betul mengembirakan...
BalasPadam1. Kesihatan bro Kamal yg semakin pulih dan ke arah positif...:))
2. Beliau terus menerima kunjungan dan bantuan dari pihak-pihak yang prihatin..:))
3. Bantuan utk mangsa kekejaman di Syria dilancarkan.. terima kasih kerajaan Malaysia..:))
4. Bro Kamal ingin terus bersama CakapDotCOm utk sesi ke2 pada 21 Oktober ini... dia ibarat 'Orang sakit yang tak sakit'.. hihi.. *tak tahu erti rehat agaknya dia tu..*
Syabas utk semua!!!
Alhamdullah...semiga En. Kamal dapat meneruskan perjuangan yang suci...
BalasPadamSMTI
BalasPadamSMTI- syukur keadaan Dr. Kamal semakin pulih.
BalasPadamNota: Harus disebut Dr. Kamal, kerana beliau seorang PH.D.
The Red Rambutan, jangan bimbang. Saya dilahirkan sebagai kamal affandi hashim dan akan berakhir sebegitu juga. Sebenarnya, saya tidak canggung malah lebih selesa dipanggil kamal, kamal affandi, kamal affendi, bro, brader atau apa sahaja kerana kita semua sama sahaja disisiNya; seorang hamba.
BalasPadamSyukur...syukur Ya Allah....harap kesihatan yang baik ini berterusan.
BalasPadamTergelak saya di hujung cerita..memang tak reti duduk diam
Semangat beliau cukup kuat..alhamdulillah semakin sihat....moga Allah berikan kesihatan yg lebih baik utk beliau terus berbakti....insyaAllah....
BalasPadamalhamdulillah, semoga dr. kamal terus sembuh... dan saya sangat suka dgn kerendahan hati beliau. semoga bro kamal terus berjuang...
BalasPadambtw hospital swasta mmg sangat bagus layanannya, berbeza sgt dengan hospital kerajaan...
Alhamdulillah,dah makin sembuh.risau juga bila terbaca kat fb dr kamal sakit.cuma kurang setuju pendapat Prince Of Noob tentang layanan di hospital swasta dan krjn.selama ni sy selalu juga berurusan dgn hospital krjn dan layanan memang baik terutama doc2 dan sy puas hati.janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
BalasPadamEn Kamal.. semoga ceria selalu dan tabah dgn ujian dari Allah swt.
BalasPadam