Ini BUKAN kisah tingkah laku semua perempuan dan lelaki tetapi kisah perangai RAMAI perempuan dan lelaki.
Setiap kita lazimnya hidup erpasangan dan pasangan kita, lelaki atau perempuan. Cuma gay dan lesbian memilih pasangan sejantina.
Jika diperhatikan secara teliti, kehidupan mereka berpasangan itu amat unik.
"Cuba abang tengok jiran kita, Harun, selalu membantu isteri dia memasak di dapur, potong bawang, siang ikan, tumis sayur. Bak kata orang, dia memang ringan tulang, hampir semua kerja di dapur dia buat. Di hujung minggu, dia membawa anak dan isteri, Hasnah berjalan-jalan. Hasnah cakap, Harun memang tidak pernah komplen kalau diajak pergi bersama membeli-belah. Tidak pernah dia merungut walaupun sepatah perkataan sewaktu Hasnah memilih barangan hendak dibeli. Abang? Menolong saya memasak? Jarang. Hujung minggu? Asyik pergi memancing dan andai diajak membeli-belah, mulalah menarik muka masam. Jauh benar bezanya tingkah laku abang berbanding perangai Harun," ujar Nora kepada suaminya.
Semua nama di atas dan di bawah hanya sekadar ciptaan sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapa.
Apapun, ringkasnya, Nora mendakwa, Harun lebih baik berbanding suaminya sendiri.
"Tengok isteri Zahrin, umur dia hampir mencecah 47 tahun tetapi masih kelihatan seperti anak dara. Pinggang ramping bak kerengga. Senyumannya pula masih manis dan berperut kempes. Jarang benar saya terdengar Zarina membebel panjang apabila Zahrin berada di rumah. Kekadang, Zahrin hendak menolong Zarina di dapur, apa kata Zarina? Terima kasih bang. Memasak ini tugas saya, izinkan saya menyempurnakan tugas sebagai isteri. Setiap kali ke dapur, saya berasa bangga sangat menyediakan makanan untuk abang dan anak-anak kita. Zahrin memang gemar memancing di hujung minggu dan Zarina langsung tidak pernah merungut untuk pergi membeli barangan keperluan bersama anak-anak," kata Naim kepada isterinya.
Naim mendakwa Zarina lebih baik berbanding isterinya dari pelbagai segi.
Mungkin ramai antara kita pernah mendengar komen hampir sama diluahkan oleh pasangan samada lelaki atau perempuan.
Begitulah lazimnya.
Pada pandangan Nora, Harun, suami LEBIH baik manakala pada pandangan Naim, Zarina, isteri LEBIH cemerlang.
Dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan Nora dan Naim kerana mereka membuat penghakiman itu berdasarkan kejadian mereka saksikan dan berita disampaikan kepada mereka.
Dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan Nora dan Naim kerana mereka membuat penghakiman itu berdasarkan kejadian mereka saksikan dan berita disampaikan kepada mereka.
Nora mungkin tidak mengetahui, pada waktu rehat di antara jam 1 tengahari dan 2 petang, Harun acapkali berkunjung ke rumah urut dan melanggan gadis pengurut untuk memuaskan nafsunya.
Isterinya, Haslina pula tidak mengetahui fakta itu.
Dengarkan pengakuan pengurut, 'Zara' di Majalah 3, Sabtu, jam 11 malam. Menurut gadis berusia 24 tahun itu, majoriti pelanggannya berstatus suami orang. Kesemua pelanggan menuntut nafsu mereka dipuaskan dengan urutan batin.
Isterinya, Haslina pula tidak mengetahui fakta itu.
Dengarkan pengakuan pengurut, 'Zara' di Majalah 3, Sabtu, jam 11 malam. Menurut gadis berusia 24 tahun itu, majoriti pelanggannya berstatus suami orang. Kesemua pelanggan menuntut nafsu mereka dipuaskan dengan urutan batin.
Selalunya, ramai wanita cenderung memperbandingkan perangai suami mereka dengan suami orang lain. Begitu juga suami. Namun kekerapan mereka memperbandingkan pasangan dengan isteri orang lain, jarang berlaku.
Once in a blue moon.
Mungkin Nora tidak berpeluang melihat kelakuan sebenar suami orang lain. Barangkali ramai bersetuju jika saya katakan, kekadang suami memijak semut pun tidak mati di hadapan isteri, 'mengganas' di belakang mereka.
Suami jika terlalu ditekan dan sentiasa dikongkong oleh isteri, lazimnya bersifat memberontak.
"Saya ada kawan, isteri dia memang queen control gila babi. Contohnya, apabila sesekali suami pergi minum teh tarik di kedai mamak bersama rakan, dia akan telefon berulang kali. Bila hendak balik? Tanyanya. Suami itu pun balik dengan wajah monyok dan kekadang berasa malu dengan rakan lain. Entah macamana, kawan saya itu dihantar berkursus oleh majikan ke Kedah. Sebaik terlepas, dia terus ke Danok, Thailand. Dua pelacur sekali dirembatnya," ujar rakan.
Ya! Itu kisah benar.
Jadi usah terlalu memuji suami dan isteri orang lain secara membabi buta kerana kita tidak mengetahui kelakuan sebenar mereka.
Hargai pasangan seadanya.
SMTI: Entry yang best..:))) hihi... ok.. terimalah dia seadanya..walaupun Aaron Aziz lebih ensem.. saya tetap memilih dia.. *apsal nada mcm terpaksa ni?* hahaha... gurau je bro..:))
BalasPadamSMTI
BalasPadamsmti dengan setuju nya!!
BalasPadamErmmmm...sebab tu kita sebagai org Islam ada konsep syukur kan?
BalasPadamsaya selalu menulis di blog saya tentang keperluan dan kepentingan menghargai dan menerima kelemahan pasangan masing2 dalam rumahtangga... sedih bila mengenangkan ramai yang curang buat benda2 terkutuk di belakang pasangan mereka...
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
salam bro mazidul,
BalasPadampinjam artikel bab last sekali untuk dimuatkan didalam blog MKP.....
setuju dengan entri ni..semoga saya dan kita semua dijauhkan dari perbuatan yang tak baik.
BalasPadamSabtu ini..pasti tonton!
SMTI...terkedu jap...nama saya Haslina...hehe..:P
BalasPadamim a silent reader of yours. keep on bringing all the 'hidden activitis' as people and most of the people have no idea of the dirty little secret that MALAYSIA holds. besides all the keamanan and etc. etc.
BalasPadambetul kata-kata Mazidul .. hargai pasangan seadanya .. masalahnya ialah sekiranya yang ' seadanya ' tu pula lebih kepada yang ' mengecewakan dan negatif ' .. terdayakah kita nak menghargainya ??
BalasPadamyelah,sy setuju tu...(nada tak ikhlas..hihihi)
BalasPadamSaya setuju tuan mazidul, usah terlalu pantas memuji, kekadang manusia ini bijak berlakon, didepan nampak alim macam malaikat tapi dibelang lebih dahsyat dari syaitan.
BalasPadamTuan Mazidul pengalaman saya memerhati orang, orang yang pendiam itulah yang alim2 kucing itulah sebenarnya musang berbulu ayam..kebanyakan ..perlu berhati-hati..
BalasPadam