Sabtu, Oktober 20, 2012

RAHSIA SUAMI TERBONGKAR JAM 11 MALAM INI

1. Jam 10 malam Isnin, saya akan terbang ke Amman, Jordan bersama jurukamera Majalah 3, Rohaizat Roslan mengikuti Misi Kemanusian Syria.

Misi memberikan bantuan makanan dan barangan keperluan harian kepada ribuan pelarian ini dianjurkan oleh Kelab Putera 1 Malaysia.

InsyaAllah kami akan membuat liputan, merakamkan saat duka bayangan derita di 3 kem pelarian di sempadan Jordan-Syria selama 10 hari.

Doakan perjalanan kami selamat.

2. Paparan Majalah 3 malam ini bakal membuka mata ramai.

Selama ini kita mungkin berulang kali mendengar pelbagai kisah menarik dari pusat urut diceritakan oleh pelanggan.

Kali ini saya membuka ruang kepada gadis dan wanita pengurut menceritakan pengalaman mereka selama bertahun membelai tubuh pelanggan lelaki.

Justeru banyak rahsia bakal terbongkar.

Saya amat pasti, sebilangan suami kerap berkunjung ke pusat urut tanpa pengetahuan pasangan pasti akan menggigil lutut dan tidak senang duduk malam ini jika menonton bersama isteri mereka.

42 minit, penuh aksi dan pengakuan tulus.

Temui saya di Majalah 3, selepas tamat perlawanan akhir Piala Malaysia, jam 11 malam.

Untuk minggu ini, Majalah 3 TIDAK disiarkan pada jam 9 malam.
posted from Bloggeroid

3 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.