Isnin, Oktober 08, 2012

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!


"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond, die another day," ujar Kamal Affandi Hashim.

Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam.

Lihat wajahnya semalam ...


Mengenali Kamal buat sekian lama, saya yakin beliau amat tidak sihat tetapi sedaya upaya cuba menampilkan keceriaan di sepanjang sesi berlangsung.

Seperti diketahui ramai, Kamal disahkan oleh doktor pakar mengidap penyakit AVM, lebihan urat di kepalanya kini mengganggu koordinasi tangan kanan dan beliau terpaksa menanggung pening kepala tahap kritikal. 

Beliau sepatutnya menjalani pembedahan di hospital hari ini namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh belum pasti akibat syarikat insuran dilaporkan tidak menanggung kos pembedahan masalah congenital.

Sebentar tadi, Kamal memaklumkan saya, ramai individu telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.

Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.


Untuk menjalani pembedahan dalam kadar segera, Kamal memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.

"Esok saya kena bekerja sekejap untuk menambah dana terkumpul. Kalau kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka memerlukan," pesannya. 

"Don't die on me! And don't you ever say that again," balas saya.

Saya benci, apabila sahabat berkata begitu biarpun jika Kamal menganggap itu cuma satu gurauan.

" ... but kalau sudah ketentuanNya, I would go in peace knowing I have had a friend like you," celahnya. 

Sahabat saya Razali Harun kemudian berkongsi antara kisah berlaku semalam.

"Selepas tamat sesi CakapDotCom, dia (Kamal) meminta peserta, Amelia Shafer merekodkan lagu dinyanyikannya secara langsung menggunakan kamera telefon bimbit. Kalau Allah menjemput ku, nanti mainkan lagu ini. Dia menyanyi bersungguh-sungguh, lengkap dengan gaya sekali," kongsi Razali.

Mengenali sifat gemar berjenaka Kamal, saya tidak berasa hairan dengan tindakannya itu. Namun saya terpaksa menerima hakikat akan derita ditanggungnya.

Saya muatnaikkan lagu asli dinyanyikan oleh sahabat saya itu biarpun suaranya tidak selunak suara penyanyi asal lagu terbabit.


Selama ini Kamal tanpa jemu berkongsi pelbagai panduan mencegah kes jenayah bersama ramai audien di seluruh negara termasuk pekerja syarikat korporat, kakitangan kerajaan, ahli parti politik dan masyarakat. 

... panduan berkebarangkalian mampu menyelamatkan banyak nyawa.

Bilangan penduduk Malaysia kini lebih 28 juta orang.  

Jika saya mengandaikan jumlah itu lebih kecil, 38,000 dan setiap daripada kita menyumbang RM1, Kamal bakal berpeluang dibedah dalam tempoh terdekat. 

Izinkan Kamal terus berceramah untuk memastikan masyarakat kita berada dalam keadaan lebih selamat.

Pembaca budiman ...

Sila sebarkan kandungan entri ini secepat mungkin, semoga misi ini berjaya dilaksanakan.

Akaun Kamal Affandi Hashim, Public Bank 4007 85 2927 dan dalam keadaan terkini beliau tidak mempunyai masa untuk membuka akaun di bank lain. Melalui pengalaman terdahulu, Maybank  menyekat akaun sekiranya lebih 20 transaksi berlaku dalam tempoh 24 jam.

Mewakili Kamal, saya mengucapkan terima kasih kepada semua sudi membantu.


Salam.

SILA HEBAH DAN KONGSIKAN ENTRI INI DI FACEBOOK

29 ulasan:

  1. SMTI :((((( bro.. saya tak suka entry ni....!!!! i hate this feeling... Saya akan cuba menghulurkan bantuan & terus sebarkannya.. insyallah.. video yang saya rekodkan masih dalam simpanan... :(((

    BalasPadam
  2. " berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya "
    Moga Allah sentiasa melindungi beliau.amin..

    mohon share ye en.MA

    BalasPadam
  3. Mana-mana penyakit ada perkataan " congenital" memg ak akan di cover oleh pihak insuran. sama mcm kes anak saya..mana2 insuran tak mau terima dia. bagaimanapun kesusahan kamal kena lah kita kongsi bersama. bukan kecil jasa dia dkt org ramai.

    BalasPadam
  4. semoga di permudahkan segala urusan
    amin...

    BalasPadam
  5. Semoga Allah meringankan bebannya..sedih tak dapat nak beri sumbangan lagi sebab maybank2u ada masalah system

    BalasPadam
  6. saya mohon share. mohon cut n paste bahagian-bahagian tertentu dalam entri ini.
    terima kasih tuan.

    BalasPadam
  7. I think kalau ada maybank lebih cepat transaksi dapat dibuat, ramai nak bantu lagi so really hope kalau en kamal tak mampu nak ada akaun maybank please somebody yang terhampir ada akaun maybank ni..sama2 kita bantu dia..

    BalasPadam
  8. So far tak jadi masalah nak transfer dari maybank2u ke public bank, guna Giro sahaja... Saya baru jer buat transfer tadi.. takde masalah pun. Or else, cawangan Public Bank kan banyak, just drop by and guna cash deposit machine.

    BalasPadam
  9. td singgah cash deposit public bank tp guna no akaun kat atas katanya xwujud. nape ek?

    BalasPadam
  10. Salam bro,

    Untuk brader kamal,gua pesan pada lu

    TAWAKKAL bro...

    Banyakkan bersedekah bro.
    Rajin2 kirimkan fatihah buat diri sendiri,ibubapa,nabi dan allah.

    Amalan2 yang lepas,baik fardhu or sunat..lu sedekahkan sume pahalanya dan fadhilatnya kepada kedua ibubapa lu bro.

    Banyakkan sedekah bro.

    BalasPadam
  11. Semoga Allah sembuhkan saudara Kamal.Saya kagun dengan kesungguhannya untuk memberikan yang terbaik setiap kali beliau berada di hadapan penontonnya.Beliau tidak pernah sama sekali lokek ilmu.Amin ya Rabbal A'lamin

    BalasPadam
  12. Baru sahaja berjumpa dengan Sdr. Kamal Afandi di KL Convec selepas ceramah beliau hari ini on security issues for Murphy HSSE Day. After the final talk, he genuinely ask for prayers for his operation which will happen tomorrow.. InsyaALLAH..

    BalasPadam
  13. Salam.Yana mohon keizinan untuk share this entry.Harap sedikit sebanyak dapat membantu.

    BalasPadam
  14. dah tak boleh nak transfer secara online ke akaun kamal afandi.. bank dah sekat kot..

    BalasPadam
  15. Semoga selamat dan dipermudahkan segalanya...

    BalasPadam
  16. so far boleh transfer.. tak terima any failure notification lagi

    BalasPadam
  17. Saya ingin hubungi En Kamal Affandi. Sudah setahun saya dapat tahu tentang sakit AVM di bahagian otak kiri saya. Masih belum buat sebarang rawatan tetapi saya amat memahami apa yang dia rasai.

    BalasPadam
  18. Semoga segalanya selamat dan saudara kamal affandi kembali seperti sediakala, Amin
    warga Malaysia yg prihatin Insyaallah akan sentiasa membantu insan2 yg memerlukan, saya share di fb & blog.

    BalasPadam
  19. Moga Kamal Affandi dpt mnjalani pmbedahan dgn kadar segera dan pulih spt sediakala....kalau aku jutawan dan hartawan....hanya mampu brdoa...

    BalasPadam
  20. from maybank boleh guna INSTANT TRANSFER to Public Bank with RM2 only for charges.. GWS Kamal

    BalasPadam
  21. mudah2an Allah permudahkan urusan En Kamal agar dapat menjalani pembedahan secepat mungkin.. ayuh sahabat.. hulurkan tangan ringankan beban..

    BalasPadam
  22. Moga kita semua dapat membantu dan beliau terus sabar. In Syaa Allah beliau boleh sembuh.

    BalasPadam
  23. http://www.sinarharian.com.my/semasa/kamal-affandi-selamat-dibedah-1.93778

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.