Pelajar Malaysia, Alvin Tan dan pasangannya, Vivian Lee, 23 tahun, memaparkan gambar bogel mereka di Facebook dan blog. Vivian juga menyiarkan gambar tuala wanita berdarah miliknya sekaligus menyangkal dakwaan mengatakan dia pondan.
Pada usia muda barangkali mereka hanya ingin memancing perhatian masyarakat dan media. Alvin dikatakan pelajar pintar tetapi skop pemikirannya masih skop pemikiran lelaki berusia 23 tahun.
Pada usia muda barangkali mereka hanya ingin memancing perhatian masyarakat dan media. Alvin dikatakan pelajar pintar tetapi skop pemikirannya masih skop pemikiran lelaki berusia 23 tahun.
Melalui pengamatan saya, majoriti masyarakat Cina di Malaysia tidak gemar mendedahkan kisah keluarga mereka.
Semalam saya bersembang bersama rakan setugas berbangsa Cina.
"Ingat lagi segmen Jejak Kasih pernah disiarkan oleh program bual bicara, Malaysia Hari Ini?," soal saya.
Dia menganggukkan kepala.
"Majoriti daripada mereka muncul di kaca televisyen, mencari saudara terdekat hilang, berbangsa Melayu. Tidak pernah saya menonton individu berbangsa Cina merayu dan menangis di televisyen sewaktu menceritakan kisah sedih kehilangan ayah, ibu, adik-beradik," kata saya.
Saya percaya, terdapat kes masyarakat Cina terpisah dengan ahli keluarga tetapi enggan mendedahkan hal itu kepada umum.
Alvin dan Vivian mengambil keputusan berbeza dan tanpa segan silu menampilkan gambar dan video berhubung kegiatan seks mereka di alam maya sebelum ini. Vivian mengaku menerima tekanan daripada keluarganya manakala Alvin pula mungkin ditolak menyambung pelajarannya di National University Of Singapore berikutan tindakan mereka.
Barangkali mereka berdua tidak berfikir secara matang sebelum membuat keputusan.
Setelah tertekan berikutan cercaan masyarakat, mereka menutup blog Sumptuos Erotica dan membuka blog baru tetapi bukan untuk tontonan umum.
Baca blog What's On Dalian, klik di sini untuk mendapatkan gambaran pandangan masyarakat. Nilai juga komen mereka berdua, klik di sini.

SMTI: Macam-macam hal.. ni semua cara mudah nk 'menaikkan' nama Malaysia... ntah apa persepsi masyarakat luar pada Malaysia sekarang ini.
BalasPadamAdakah Malaysia ini sebuah negara yang gagal mendidik rakyatnya??
Tak usahlah memikirkan persepsi masyarakat luar, fikirkanlah persepsi masyarakat setempat kepada ibu bapa mereka berdua..
BalasPadamsaya juga ada menulis mengenai isu alvin dan vivian itu di blog saya di sini. saya amat sedih adanya rakyat malaysia yang tidak sensitif pada sentimen agama dan masyarakat serta tidak kisah pasal undang2 Malaysia hanya kerana atas nama hak asasi. saya harap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan pada pasangan itu, jangan kerana mereka berasal dari kaum 'itu', kerajaan kita berlembut.
BalasPadamHidup bila tak ada terap nilai moral,inila jadinya. Sedih lihat benda macam ni berlaku. Tak boleh nak bayangkan apa reaksi keluarga, terutama ibu bila tau pasal nie. Impak jangka panjang sangat besar. Boleh jadi seumur hidup.
BalasPadamSMTI:
BalasPadamElok dibuang aja Rukunegara. Pemimpin negara pun buat bodo aja. Di mana kesopanan dan kesusilaan. Buat negara ini serupa takde moral.