Ahad, Oktober 14, 2012

TAWARAN ISTIMEWA!

'Bagi saya bercakap tidak ubah bak memakan nasi.

Jika diperhatikan, majoriti kita memakan nasi secara selesa dan sempurna. Nasi disuap ke mulut samada menggunakan tangan atau sudu, dikunyah dan kemudian ditelan tanpa sebutir nasi terjatuh. Dalam pada itu, sebilangan menyuap makanan ruji itu dan tanpa disedari beberapa butir jatuh bertaburan di atas meja mahupun lantai. Manakala segelintir lagi terpaksa ditegur dek rakan duduk bersebelahan supaya menyapu nasi terlekat di misai atau di tepi bibir kerana makan terlalu cepat.

Sebilangan lain pula, makan terlalu gelojoh, tersedak sehingga terkeluar hingus dan butiran nasi dari hidung.

Maksudnya, semua manusia cukup sifat mampu bercakap di khalayak ramai tetapi wujud beberapa kepincangan berpeluang untuk diperbaiki jika kita ingin mempelajari. Justeru pada pandangan saya, semua pengucap awam harus memahami secara teliti sekaligus memperkukuhkan asas penyampaian berkesan sebelum berdiri di hadapan audien

Berikut saya jelaskan antara asas dipraktikkan sepanjang kerjaya saya sebagai pengacara program televisyen, moderator forum, pengacara majlis dan penceramah.

Menurut pakar Sains Sosial, Dr Albert Mahrabian, audien menumpukan 7% perhatian kepada perkataan diungkapkan oleh pengucap, 38% ton suara dan 55% pergerakan tubuh mereka atau digelar komunikasi bukan lisan.

Pergerakan tubuh, termasuk posisi tubuh atau postur, pergerakan tangan, memek muka dan hubungan mata'

Petikan di atas sebahagian daripada bahan dimuatkan di dalam buku saya bakal diterbitkan kelak.

Bagaimanapun, jika belajar, biarlah berguru untuk memudahkan kita bertanya berhubung kemusykilan mengenai ilmu bakal digilap.

Seperti diketahui ramai, CakapDotCom akan menganjurkan sesi kedua pada 21 Oktober, Ahad minggu hadapan, di antara jam 9 pagi dan 12.30 tengahari di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Klik di sini untuk membaca butiran lebih terperinci.


Setiap peserta mengesahkan kehadiran bersama rakan, bakal menerima potongan bayaran RM100.

Ilmu tidak dijual beli tetapi proses penganjuran majlis ilmu memerlukan kos dengan kadar berpatutan.

Daftar segera!

Elakkan berasa gemuruh sewaktu bercakap di khalayak ramai sekaligus pertingkatkan keyakinan diri di saat mendepani audien bersama panduan dan pengalaman bakal dikongsikan oleh fasilitator ELIT CakapDotCom.

Hubungi Ketua Pegawai Eksekutif CakapDotCom, Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.