Ahad, September 07, 2008

Antara Bujang Dan Laki Orang

[ Gambar hiasan sahaja ]

Terdengar sembang dua gadis manis ..

“Kau masih dengan dia lagi ke?,” tanya Amy.

“Masih,” ringkas jawab rakannya, Lis.

Kedua mereka berusia 22 tahun.

“Kan dia tu laki orang,” ujar Amy.

“Macam la aku tak tahu, dah 4 tahun aku dengan dia, bahagia. Kau pulak? Masih dengan boyfriend 23 tahun tu lagi?,” tanya Lis kepada Amy.

“Masih cam tu juga la. Cuma lately ni dia selalu buat hal. So, kerja kita orang asyik bergaduh. Stess aku, bosan. Umur dia 23 tapi perangai cam budak 18 tahun. Angin, jeles tak menentu, fikiran singkat. Sekarang ni mana aku pergi, dia locate pakai friend finder. Ada waktu kena hantar MMS, nak tau aku dengan siapa dan di mana. Bila marah, dah pandai naik tangan. Dia ingat aku ni apa? Pas tu aku asyik kena ‘ketuk’ jer. Setiap kali keluar makan, aku bayar. Letih lah macam tu,” keluh Amy.

“Aku setakat ni, boleh la. Boyfriend orang tua kan. Slow, gentle dan tak gelojoh. Dia berpengalaman jaga bini lebih 20 tahun, takkan tak pandai nak jaga aku, kan? Kalau tak nak aku cari orang lain. Less cemburu. Fasal belanja, no hal. Memang la dia tak sara aku, tapi kalau setakat shopping tu, tak ada masalah. Dia selalu bayarkan. Ya lah, umurnya pun dah 43 tahun. Fikiran stabil, financially stable,” komen Lis.

“Cari jer la boy lain. Kau kan cantik. Sekali petik, 10 datang,” saran Lis.

“Kalau boy muda lebih kurang sama kisahnya. Terfikir gak nak cari laki orang macam engkau. Tapi fikir balik, kalau boyfriend laki orang, tak kemana juga,” usik Amy.

“Janganlah! Kau sanggup ke kena serang dek isteri dia? He! He! Tapi kalau bujang pun tak tentu, asyik nak ‘kahwin’ jer, nikahnya tak juga. Selalu tak berduit, hampeh!,” balas Lis selamba.

Mereka tertawa. Saya tumpang sekali.

“He! He!”

Mereka menjeling, menyedari perbualan dicuri dengar. Saya katakan ..

“Sorry, payah nak pilih tu, kan?”

15 ulasan:

  1. Dah jadi trend skrg, ada wnita yg suka mngejar suami org. Knape? Tak kan tak tau...Kalo suami org tu pokai, agak2 nya dorang nak ke...Banyak sgt cntoh kat sekeliling kta. Sebenrnya saya cuma nak cakap yang tak semestinya kereta yang nmpak cantik dn mewah itu betul2 bagus. Sekali dia rosak, parah nak servis.Tak gitu....

    BalasPadam
  2. manusia ini tidak pernah hendak bersyukur..tiada yang sempurna didunia ini.. terima la seadanya..tidak semestinya laki orang adalh yg terbaik ( kekdg dorg pun kaki makan luar jugak ) dan tidak semestinya teman lelaki yg xkahwin lg tue buruk ( mereka masih lagi berlajar mengenai kehidupan sebelum menjadi laki org yang sememangnye nampak perfect - sebab dah berpengalaman )

    p/s- nisbah perempuan kepada lelaki semakain meningkat...xde yang terase nak fikir ke

    BalasPadam
  3. Ha ha ha....

    Telinga mana ada suis on/off

    Sentiasa On 24 jam...

    Terasa saya bang..

    ha ha ha

    Wasalam...

    BalasPadam
  4. "tidak semestinya laki orang adalh yg terbaik ( kekdg dorg pun kaki makan luar jugak ) dan tidak semestinya teman lelaki yg xkahwin lg tue buruk ( mereka masih lagi berlajar mengenai kehidupan sebelum menjadi laki org yang sememangnye nampak perfect - sebab dah berpengalaman )"--- BENAR KATA belibuy TU...:p
    KERANA semuanya terpulang pada diri sendiri..HIDUP IBARAT RODA!

    BalasPadam
  5. Dude

    Lu badan besar mcm mana depa tak perasan lu pasang telinga?

    Haha.... :)

    Anyway, wa gan lu dah cukup syarat utk depa jadikan pak we depa .. 40++ kan... hehehe

    BalasPadam
  6. Manb, pergh! Jangan cari bala ..Suka tengok gambar lu dengan 'bodyguard' dalam Facebook

    BalasPadam
  7. Anntaj, kalau macam tu gadis harus bijak memilih. Mencari pasangan hidup sebenar atau sekadar untuk berseronok. Ada anak dara bercinta dengan laki orang 10 tahun, disuruh cari orang bujang, dia enggan. Pelik tapi benar.

    BalasPadam
  8. Emir, adat dunia, jika berduit bujang atau laki orang tak jadi hal ..

    BalasPadam
  9. Alid, tak perlu terasa. Jodoh di tangan Tuhan. Ada gadis, jodohnya dengan laki orang. Pernikahan sah, diterima SEMUA.

    BalasPadam
  10. ermmm... kalo abang camaner..?

    kalo salah pilih merana hidup..

    Tak gitu?

    BalasPadam
  11. bang, bos saya dah 51 tahun.. baru 5 bulan bernikah baru dengan pompuan 19 tahun.. bos saya tu taklah hensem mana pun.. tingginya macam zami ismail jer.. agak2 kalau dia tak kaya, ada tak orang nak?? pompuan tu pulak, sebelum kawin dengan bos saya, dia kawan dengan anak bos saya.. motifnya memang nak mengikis.. baru kawin dah mintak kereta.. dah dapat kereta, mintak rumah pulak.. mungkin ini cara yang paling mudah untuk hidup mewah.. pelik ngan dunia sekarang..

    BalasPadam
  12. manusia zaman skang, x pnah bljr utk bersyukur, x pernah puas dgn apa yg ada...rumahtangga terabai, dganggu pula dgn kes2 cmni...juga antara penyebab runtuhnya akhlak..anak MELAYU lak tu tlibat..memalukan. kalo bab mengikis duit tu payah la...nnt bila duit dh sudah dikikis..dh abes br merana..yg mengikis lak akan mencari org lain utk dikikis...ditngalkn la org yg selama ni sapot dia kan... jdlah diri sendiri... insyaAllah ada jodoh x kemana...jgn hancurkan rumahtangga org :)

    BalasPadam
  13. cube tnye anak2 gadis yg kat luar tuh yg tengah berkepit dengan suami org:

    1. kalo esok2 dah kawen suami dorg sendri wat prangai cam tu kene sapu dek anak gadis, ape yg dorg rase?

    2. kalo mase mula2 kawen idup susah, sama2 bantu suami cari pendapatan, bila dak senang tibe2 ade anak dara org nal menyepit laki kita kikis harta. ape yg dorg rase???


    buat yg lelaki plak cube tanya

    1.kalo kawen lebih dari satu sbb ape? simpati atau nafsu? sanggup ke berlaku adil n pikul tanggungjawab yg berat? sedangkan sorang isteri pun xmampu nak bahagiakan.

    2. bile banyak harta sanggup sara anak orang lain yg tau nak kikis duit je.penah x dorg terfikir kalo xde isteri, mereka mampu kaya n senang tak macam tu?


    kesimpulanya sebelum wat sesuatu perkara tuh timbang dulu baik buruk kesannya pada diri kita dan orang sekeliling.kalo tak nak sakit dan deriat jangan sakiti orang lain.hukum alam ni adil.ape yang kita buat pasti dapat balasannya.

    BalasPadam
  14. salam semua.

    senario masa kini.
    antara hukum2 & undang2,
    seolah2 dilihat seperti burung2,
    yg berlalu pergi terbang bebas kesana kemari.
    tak siapa ambil peduli,
    dan tak siapa menggeruni.

    smga kita menginsafi diri.

    BalasPadam
  15. Suami orang ni ada pengalaman dan teknik2 ambil hati pompuan, sebab itu ramai gadis2 yang suka kat diorang. Ini dikhuatiri akan menyebabkan terjadinya perkara2 yang dilarang agama jika gadis2 tadi sanggup menerima lelaki tersebut, jika lelaki tadi berniat buruk, sedangkan perhubungan itu tidak kemana2 - terkapai2).

    Biasanya ada 4 kriteria sebab2 suami orang tadi terbabit dalam hubungan luar / goda gadis2 ; pertama - saja2 nak suka2 / test power - manalah tahu kalau2 dapat 'barang' free (suami orang yang bergaya - buaya darat), kedua - nak tambah isteri ( bagi suami orang yang kaya dan berniat baik), ketiga - jenis serbasalah, sebab dah tergoda dan jatuh cinta pada gadis tadi ( suami orang yang baik hati tetapi sayang, tak mampu ) dan keempat, suami orang tadi digoda gadis2 tadi dan saling jatuh cinta pulak ( lelaki ini biasanya jenis dikagumi - samada baik, ada rupa, bergaya atau kaya ) .
    Tetapi sanggupkah gadis2 tadi menghadapi risiko merampas laki orang atau menjatuhkan maruah diri sendiri dengan rela menjadi 'perempuan simpanan' lelaki tadi?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.