Jumaat, September 12, 2008

Kahwin La ..

“Pak Man muda lagi apa? Baru 68 tahun. Mak cik pun dah lama pergi, anak-anak dah besar.Takkan tak rasa kesunyian? Ada orang jaga. Kahwin la”

Selalunya saranan begitu diterima lelaki bergelar duda.

“Mak cik pun muda lagi apa? Baru 58. Pak cik dah lam pergi, anak-anak dah besar. Takkan tak rasa kesunyian? Ada orang jaga. Kahwin la”

Janda disaran mendirikan rumahtangga selalunya akan berkata ..

“Hih! Awak ni. Buang tabiat ke? Tak apalah. Hidup seorangpun selesa. Dah tua dah umur 58 tu”

Mengapa?

5 ulasan:

  1. Org perempuan ni lain, bila dah berumur langsung tak terfikir ke arah perkahwinan.. malu dgn anak2 pun ye jugak.. d'org lbih berfikir panjang ttg suatu perkara.. Pendek kata mereka lbih memikirkan perasaan org lain dr diri sendiri.

    berbeza dgn org lelaki, kalau tak mana timbul peribahasa "makin tua makin byk santannya"
    Lagipun, org perempuan ni mampu utk hidup berdikari tanpa seorg lelaki di sisi. Tapi lelaki?

    Teringat balik artikel smlm pasal "Raja Rimba"..

    BalasPadam
  2. Saudara Mazidul,

    Selalunya bagi orang perempuan perkahwinan kedua semasa lanjut usia merupakan perkara terakhir dalam agenda pemikiran mereka.
    Daripada kahwin semula,lebih baik tumpukan perhatian pada amal ibadat dan juga ziarah anak cucu.

    Bagi lelaki memang kalau saya ada keluarga vateran yang ketiadaan isteri,saya syorkan untuk berkahwin semula sebabnya kehidupannya akan lebih terjaga ,boleh tumpukan perhatian untuk persiapan keakhir hayat...dan yang penting sekali ada tempat untuk luahkan perasaan.
    Biasanya pihak bapa susah berkongsi masalah dengan anak menantu!!.Bukankah begitu!

    BalasPadam
  3. Dia bukan tak nak. Tapi malu kat org kot...Fhm2 aje la mulut2 joyah, CNN kg, Al Jazeera, Taiwan News tunggu je brita sensasi cam ni. Pas tu, yg si pndengar tu pulak kalau tak cebik bibir, ketawa guling2. Pas tu dok reka la produk kesihatan guna nama pompuan tu....Ha....sape yg malu? Mereka dan keluarga mereka.

    BalasPadam
  4. mungkin kerana orang perempuan tidak mahu kenangan manis bersama arwah suami hilang bila berkahwin dengan orang baru.. mungkin juga orang perempuan takut jika suami kedua tidak seperti suami pertama.. macam emak saya, sudah menjanda selama 26 tahun.. tak de pun kisah nak kahwin lain.. sebabnya arwah ayah layan mak baik.. macam saya pulak, bercerai pada 2004 dan berkahwin lain pada 2007.. sebabnya, suami kedua lebih baik daripada suami pertama..

    BalasPadam
  5. mak saya juga ibu tunggal...lebih 18thun...bila disuruh kawin tak mahu..bukan ape..susah kalo kawin lain...anak2 takut terabai.dan bukan senang nak cari lelaki yg betul2 ikhlas...bila di tanya memang sunyi tapi lebih sunyi kalau ade suami tpi di tinggal-tinggalkan...kata emak, mahu setia... =)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.