Rabu, September 10, 2008

Jika Manusia Tidak Lupa

“Ala, lupa la nama dia,” kata rakan.

Saya kata ..

“Tak apa. Bersyukurlah. Itulah manusia normal. Kita boleh lupa”

Sikap lupa seringkali dilihat sebagai satu kekurangan. Tetapi bayangkan jika kita tidak lupa, otak menyimpan secara kekal maklumat terperinci berhubung setiap peristiwa berlaku sepanjang hayat.

Seorang lelaki di Amerika Syarikat mempunyai ‘kelebihan’ itu. Dia tidak boleh lupa. Malah dalam satu demonstrasi, dia mampu mengingat dan menyebut setiap patah perkataan dalam buku pernah dibaca. Pakar mengesahkan otaknya tidak normal, cacat.

Jika ‘kelebihan’ itu dimiliki semua, pasti dari beberapa sudut, kehidupan manusia menjadi hura-hara.

Hakikatnya, kita semua pernah berdepan pelbagai peristiwa getir. Saat ditinggalkan insan tersayang, saat berhadapan kemalangan, saat ‘dilukakan’, saat sentiasa menghantui pemikiran, cuba kita lupakan tetapi terpahat kekal di fikiran.

Di kalangan wanita barangkali terdengar rungutan berhubung kejadian lampau.

“Aku dah 10 tahun kahwin dengan suami, dia boyfriend ke dua aku. But the problem is aku masih tak boleh lupa malam tu, malam boyfriend pertama pujuk sampai aku serahkankan kegadisan kepada dia, lelaki tak guna. Jiwa tersiksa, ingatkan dia nak kahwin, jadi suami, akhirnya baru tahu dia tipu aku hidup-hidup. Dia ada perempuan lain. Habis manis sepah dibuang. Dia buang aku macam sampah pulak tu. Aaaargh! Tension! Tension!”

Di satu sudut lain ..

“Aku sedih sangat. Tak boleh lupa masa aku accident moto dilanggar lori dengan tunang aku 15 tahun lepas. Aku cedera sikit, boleh berdiri. Dia tercampak jauh. Cedera parah, pinggang, rusuk patah, buah pinggang dia hancur. Banyak sangat darah. Kulit muka dia tersiat kena batu jalan. Aku sempat pangku dia, peluk dia, renung mata dia, airmata dia mengalir tahan sakit tapi suara tak boleh keluar, masa tu dia dah nyawa-nyawa ikan, menggigil. Lepas tu perlahan mata dia terpejam, dia tinggalkan aku,” mengalir airmata si pengucap.

Ini perbualan antara dua sahabat berusia 50 tahun.

“Aduh! Sakit gila ni!,” keluh lelaki gagal memadamkan ingatan sewaktu dikhatankan 43 tahun lalu.

“Aku pun sama, takut, pedih, ngilu, sentiasa rasa macam masa mata pisau tu tengah potong hujung ‘anu’, terasa sakit ni,” balas rakannya dengan dahi berkerut.

Antara seksa terpaksa dilalui sekiranya manusia tidak mampu untuk lupa.

[ Kata Mazidul: Mesti ramai jadi hafiz .. ]

6 ulasan:

  1. ye x ye jugak kn..
    kalo manusia x reti lupa mst ramai yg jd tahfiz..
    pastu xde plak rancangan jangan lupa lirik... hehhee

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum tuan

    kalau manusia tak lupa:

    1. mereka mesti tak eksiden, sebab sentiasa ingat PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

    2. Bank boleh bankrup, sebab kita berINGAT nak simpan DUIT dan beli barang CASH tadak HUTANG.

    3. POLIS, JAWI dan lain lain KURANG kerja sebab orang semua INGAT Tuhan masing masing.Tak de prang buat jahat, tak de orang buat maksiat dan tak de ALONG.

    4. REPORTER terutamanya 360 tak de isu yang nak di kupas sebab masyarakat semuanya baik baik, mereka tak lupa rukun Negara. Kupas Durian ajelah nampaknya he he he he

    5. apa lagi ek???? alamak.... lupa laaaa he he he he

    Wasalammm...

    BalasPadam
  3. bukan takat jadi hafiz..bahkan ada yang mampu jd penghafal harga jualan di setiap sale sepanjang hayat die..

    p/s- alhamdulillah, banyak kenangan yang kurang menyelesakan dapat saya lupakan supaya ianya tidak menghantui saya untuk maju kedepan

    BalasPadam
  4. Jika tie mempunyai daya ingatan yang baik tentu tie nak jadi Alhafiz...nak belajar setinggi2nya dan nak sedekah segala ilmu yang ada...

    BalasPadam
  5. Alid, nanti balik ke Yangon, nak makan durian ada ker?

    BalasPadam
  6. Sensitif soalan tu bang... Huwaaaaaa!!! Cengkerik goreng, belalang goreng banyak la, sekarang musim.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.