Rabu, September 10, 2008

Sukarnya Menjawab

“You pilih, I atau dia?,” kata si gadis.

Termanggu si teruna berfikir. Berpeluh dahinya.

“Cepat. You had better make your decision. I atau dia?,” desak si gadis lagi.

Betapa susah kekadang dalam membuat satu keputusan. Tambahan pula soalan itu jauh lebih sukar dijawab berbanding soalan UPSR bermula semalam.

Benar atau tidak? A atau B? Jadi atau tidak? Soalan berbentuk ‘close question’. Maksudnya, kita tidak dibenarkan memilih keduanya sekali. Manapun jawaban dipilih, pasti ada kesan tersendiri. Kesan kepada jawaban dipilih dan terhadap kita menjadi pemilih.

Soalan berikut mungkin terpaksa kita jawab apabila tiba waktunya. Tapi saya memohon pembaca memberikan jawabannya sekarang. Catatkan di bahagian ULASAN entry ini.

Di antara menyayangi dan disayangi, mana satu pilihan anda?

Pilih SATU jawaban SAHAJA. Jika jawaban a) menyayangi atau b) disayangi, jelaskan mengapa?

Tapi, kalau keberatan menjawab soalan itu, saya sediakan 1 soalan pilihan ..

Di antara mengecewakan dan dikecewakan, mana satu pilihan anda?

Peraturannya sama seperti di atas.

[ Kata Mazidul: Selalu saya tulis, anda baca. Ini sebaliknya .. ]

16 ulasan:

  1. tentunya sy memilih disayangi krn kehidupn lebih brmakna bile ade yg menyayangi..
    kite tau,bhw yg menyayangi kita tu akn sntiasa ada di sisi kita senang atau susah..
    yg kita sayang pula tak semestinya akn brada brsama kita setiap ms...
    yg menyayangi kita ni juga akn jd sbg satu stimulation utk kita bagkit semula bile kite tgh down..
    cth yg plg tepat ialah ALLAH SWT..
    yg sntiasa menyayangi kita walau kita sering melupakan-Nya...
    bile tgh sedey,barulah kite terkial-kial mncari-Nya..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum
    saudara mazidul..

    bg saya, pilihan saya adalah disayangi. Saya ini seorang yang tidak mudah mpercayai hati sendiri. Mungkin pelik, tp saya xblh percaya bila hati saya bkata sy menyayangi. Lagipun, saya takut org yg saya syg tidak menyayangi sy. Jadi, lebih baik saya disayangi..

    Antara dikecewakan dan mengecewakan, saya lebih suka memilih mengecewakan. hati yg dikecewakan lbh sakit dari hati yg mengecewakan. Selalu perempuan aje yng dikecewakan..

    Wallahu'alam...

    BalasPadam
  3. I choose to be loved. Because you can always learn to love and with that, comes the security and loyalty we all crave for. Especially in these troubled times.

    BalasPadam
  4. saya pilih untuk disayangi.. sebab lebih baik sayang pada orang yang lebih sayang kat kita, daripada menyayangi orang yang belum tentu sayang kat kita..

    BalasPadam
  5. Mamafaris, Iris, Raudhah dan Adilah, terima kasih atas keputusan anda. Mana komen LELAKI ya? Helo ..

    BalasPadam
  6. lelaki baru je nk membalas nie...

    saya lebih suka jawapan b)

    ini kerana pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang disayangi..tidak kira dianya menjadi pemimpin masyarakat..keluarga pun jadi la kan..dalam masa yang sama jgn lupa kita hidup tidak akan lengkap tanpa mereka..maka kita perlu memberi respon dengan menyayangi mereka juga

    BalasPadam
  7. Semua di atas memilih jawapan:
    B) Disayangi.

    = Jawapan saya ialah:
    A) Menyayangi.
    Ya, menyayangi..

    Nak tahu kenapa, angkat tangan.
    :P

    BalasPadam
  8. saya setuju dgn ulasan mamafaris..
    saya pun pilih disayangi...

    BalasPadam
  9. sbb lelaki x minat kot..huhu..pmpn lebih peka dgn bab2 mcm ni tp lelaki x..

    BalasPadam
  10. Tuan Mazidul,
    -Bab menyayangi dan disayangi, sebagai lelaki saya memilih menyayangi. Ini kerana dahulu zaman saya mencari calon hidup;saya pilih disayangi dan akhirnya saya disayangi lebih dari 2 wanita dalam satu masa dan ada wanita ketiga memendam sayang pada saya dan saya sendiri tidak tahu.
    -Bab mengecewakan dan dikecewakan, keadaan sekarang saya memlih dikecewakan kerana bila saya buat baik pada kawan-kawan, kerana duit saya akan dikecewakan oleh mereka.

    Cheers...

    BalasPadam
  11. Tuan Mazidul,
    -Bab menyayangi dan disayangi, sebagai lelaki saya memilih menyayangi. Ini kerana dahulu zaman saya mencari calon hidup;saya pilih disayangi dan akhirnya saya disayangi lebih dari 2 wanita dalam satu masa dan ada wanita ketiga memendam sayang pada saya dan saya sendiri tidak tahu.
    -Bab mengecewakan dan dikecewakan, keadaan sekarang saya memlih dikecewakan kerana bila saya buat baik pada kawan-kawan, kerana duit saya akan dikecewakan oleh mereka.

    Cheers...

    BalasPadam
  12. Payah nak jawab soalan ni.. kalau pilih menyayangi, ibarat bertepuk sblah tgn.. kalau pilih disayangi, mcm mati sblah badan..
    kalau kt syg kat org, belum tentu org tu syg kat kita.. tp kalau jumpa org yg syg kita pulak, tanya lah hati,btl ke kita syg kat dia jugak? kesannya sama je. msg2 bermain dgn perasaan.. mungkin terluka.. kecewa..
    sy pernah alami pengalaman ni. mmg perit.. kita disayangi.. lama2 jd benci. sampai 1 tahap, dia sanggup mati untuk kita tp kita plak lebih rela mati dr berdepan dgn dia.

    tp sebaik2nya pilihlah yg pertama.

    P/s: Sayang jgn terlebih.. benci jgn melampau.

    BalasPadam
  13. Salam bang

    Baru balik dari Kubur Ulu Kelang. Sahabat lama meninggal dunia.

    Saya pilih Menyayangi...

    "Biar kita sayang orang, orang sayang atau tidak, tidak mengapa"

    Sekian

    BalasPadam
  14. assalamualaikum w.b.t..

    sbg perempuan..saya pilih untuk disayangi..lumrah perempuan apabila menyayangi terlalu mudah untuk dikecewakan..konsep saya adalah bila seseorang menyayangi kita dan kita akan rasa disayangi..dengan ikhlasnya kita akan turut menyayangi mereka..
    terlalu pedih hati bila disakiti terutama oleh lelaki.bila ditanya kenapa kita disakiti?alasannya mudah.."saya dah tak sayang awak."..tapi ada satu sayang dan cinta yang akan kekal buat selamanya iaitu cinta YANG MAHA KHALIQ..insyaALLAH kita akan sentiasa disayanagi..wassalam..

    BalasPadam
  15. saya lebih suka disayangi kerana khuatir kalau menyayangi, tidak dibalas pula.. tapi kalau disayangi, insya Allah, suatu hari nanti pasti akan saling sayang menyayang.. antara dikecewakan dengan mengecewakan, saya pilih dikecewakan kerana pasti berdosa kalau kita menghampakan dan mengecewakan orang lain.. tapi kalau hati sendiri yang kecewa, insya Allah akan hilang jua keperitannya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.