Isnin, September 15, 2008

Don't Know What You Got Till It's Gone

[ Tak sibuk, terlelap di bazar Ramadan ..]

“Sebelum ni I ada boyfriend, lelaki senegeri, sama umur tetapi putus sebab dia ‘gedebe’. Tau tak gedebe tu apa?,” soalnya.

“Samseng?,” jawab saya.

“Lebih kurang la,” ujarnya.

“Betul ke putus sebab gedebe?,” soal saya.

Dia terdiam seketika.

“Eh! Sebab I sibuk sangat kerja kut, jarang ada boyfriend boleh tahan lama,” aku nya.

Dia kerja hampir 7 hari seminggu. Usianya baru mencecah 24 tahun, berkulit cerah dan dikurniakan wajah manis biarpun agak pemalu.

Sibuk dilihat antara alasan ramai samada lelaki atau perempuan secara sedar atau tidak menjauhkan diri daripada insan menyanyangi. Sibuk kerana tugas, sibuk kerana urusan seharian malah ada antara kita buat-buat sibuk.

“I pun tak faham. Dulu masa baru kahwin, suami I selalu duduk rumah. Spent time dengan keluarga. Tapi sejak kebelakangan ni, dia kerja siang malam, macam dah lupa rumah. Kekadang hairan dibuatnya sebab kami dah ada semua, kereta, rumah, tanah, you name it. Kalau difikirkan, dulu engineer, sekarangpun dia engineer juga. Tak berubahpun,” keluh isteri kerap ditinggalkan suami.

Isteri itu kesunyian barangkali. Mungkin tidak terlintas di benak suami apa bakal berlaku andai isteri mencari teman mengisi ruang kesunyian. Apatah lagi kalau teman dipilih itu berlainan jantinanya.

“Bini aku sejak buat bisnes ni memang jarang lekat kat rumah. Kejap meeting sini, kejap meeting sana. Kalau tak meeting dia keluar dengan kawan-kawan, nak cari contact katanya. Maid Indonesia aku tu lah jaga anak-anak, tengok makan minum, pakai aku dan anak-anak. Dah banyak kali nasihat tapi tak berubah, macam mencurah air ke daun keladi. Aku dah bosan sampai tahap cicak-cicak di dinding ni. Kang kalau aku buat gila kahwin dengan maid tu, baru padan muka dia,” keluh suami beristeri sibuk.

Sifat manusia, kita kerap terlepas pandang. Memburu kesenangan dan kemewahan antara alasan sehingga tanpa disedari mengabaikan kekasih, isteri maupun suami. Bila mereka hilang, barulah kita mungkin akan tercari-cari dan kesal atas kesilapan sendiri. Tetapi ketika itu mungkin segalanya sudah terlewat.

Teringat serangkap lirik lagu Inggeris popular dalam tahun 1988, ‘you don’t know what you got till it’s gone’. Semuanya boleh ‘gone’ hanya kerana kita gagal memahami atau mempraktikkan pengurusan masa betul.

8 ulasan:

  1. bak kata azlin hashim serta upin&ipin,"betul..betul..betul"

    kita takkan belajar utk mghrgai org lain melainkn bila org tu dah takde dpn mata kita...

    BalasPadam
  2. "Sifat manusia, kita kerap terlepas pandang. Memburu kesenangan dan kemewahan antara alasan sehingga tanpa disedari mengabaikan kekasih, isteri maupun suami. Bila mereka hilang, barulah kita mungkin akan tercari-cari dan kesal atas kesilapan sendiri. Tetapi ketika itu mungkin segalanya sudah terlewat." kata kata yang sangat tepat....

    BalasPadam
  3. Welcome Nik, nanti kita pergi ambil gambar orbs lagi. TQ sebab mengajar saya menggunakan cara manual merakamkan gambar pakai Canon G9.

    BalasPadam
  4. aiyoo brother...nik yang patut berterima kasih...sebabkan ilmu yang abang ajar laa saya dah tangkap lagi banyak and the best part is..ada yang ditangkap dalam bilik hahahhaha..now u see..now u dont hahahaha...nanti nik tunjukkan gambar...bila mau turun spring lagi? hahahahaahah

    BalasPadam
  5. Akmal,
    couple mesti ada give n take kan.. yesterday hubby stay n take care of children while I'm outstation, nowadays i pula yg stay jaga anak2 while he's outstation..Kat Dunia Tuhan dah balas siap2 rupanya.. memang rasa sunyi bila dia takder di sisi.. semua buat sendiri .. sometimes feel lost, n sometimes feel alive. loneliness..sometimes curious, but TRUST is very indeed in this situation..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.