Khamis, September 25, 2008

Sugar Mummy

Wanita dulu sering dicabar ..

“Alah! Perempuan tetap perempuan. Nak setanding lelaki macamana? Cuba suruh dia orang panjat pokok kelapa tengok, mesti gagal. Suruh kencing berdiri, mesti tak boleh!”

Segelintir wanita sekarang berbeza cara menyahut cabaran ..

“I bukan apa. Dulu I biarkan semua, malas nak kecoh. I dengar Datuk ada girlfriend, I diam. Ada kawan kata Datuk siap bawa girlfriend pergi vacation ke Europe. Walhal dengan I dia cakap pergi business trip. I diam. Budak tu dia support from head to toe. I diam juga. Sekarang time I plak. I baru 48,” kata Datin Izah.

“Betul tin, you pun steady lagi apa. Body langsing, masih manis. Ramai lagi lelaki terliur tengok you. Percayalah,” ujar rakannya memberikan perangsang.

“‘Anak ikan’ ramai. I boleh pilih mana nak. Bertenaga bukan longlai macam Datuk. Ikut cakap dan memenuhi citarasa kita. Kalau Datuk boleh buat I pun boleh buat” sambung Datin bangga.

‘Anak ikan’, phrasa menarik perhatian siapa mengetahui maksudnya. Lelaki muda menjadi ‘peneman’ wanita tua berada. ‘Toy Boy’ dalam bahasa Inggerisnya.

Semakin hebat persaingan antara dua jantina, itu hakikat.

16 ulasan:

  1. laki main anak dara gatal
    bini main anak ikan
    dunia dikejar, akhirat tertinggal
    bikin anak2 mau pengsan...

    ni apa nak jadi ni dgn org tua zaman skrg ni??


    skrg aku cantik,namun tua nnt aku kerepot
    skrg aku kaya,namun tak mampu kuberjanji bhw selama-lamanya duitku tidak habis,
    aku anak tok imam,owh keimanan tk dpt diwarisi
    aku punya didikan dan amalan agama yg baik,InsyaAllah aku ku berjuang bersamamu mencari redha-Nya.
    Semoga kita bertemu di akhirat kelak..

    BalasPadam
  2. just nak share 1 story...

    mmg orang cakap jadi anak ikan nie best. jadi laki kesayangan mak2 datin. tp ada x yg tahu pasal risiko yang bakal mereka perolehi setelah menjadi anak ikan berbanding dengan menjadi sugar baby (bg perempuan)?

    mengikut maklumat yang saya terima sekiranya anak ayam tidak dpat memuaskan keinginan mak2 datin ini mereka mungkin akan mendapat imbuhan yang sedikit..(bukan gigolo tau).

    Selalunya mak2 datin ini tidak suka berkongsi anak ikan. So sekiranya mereka mendapati anak ikan dorg de couple dgn org lain atau layan orang lain.. Siap2 la korang ek. (xtau nk cakap apa yang kaan terjadi)

    p/s- sumber dari maklumat yang diperolehi dari rakan yang ada connection dgn mak2 datin (member dorg je..bukan jd anak ikan pun)

    BalasPadam
  3. "Anak Ikan?"... mcm gigolo la kan?..dier b'gantung pd jenis ikan jugak bang.. kalo ikan emas, dilayan "baik punyer".. kalo ikan kembung yg dah pecah perut tu sekejap jer, pas tu cari ikan lain..

    sy kalo jumpa bdk lelaki kurang umur dr sy pun saya tolak abg mazidul dr nak bercinta.., teman tp mesra ok lg..tak best langsung,serupa kita b'cinta dgn adik2 jer.. Lin anggap dia pun mcm anak ikan..(bdk2 la lbih kurang)

    tp bgi mak-mak datin nie, anak ikan macam sugar mammy lah, utk support d'org.. tp utk berkahwin jauh sekali.

    BalasPadam
  4. Kehendak duniawi mengatasi segalanyer ,,itulah puncanyer..jika ada pembaca yg pernah mengalami malam pertama mesti tau hikhik..bukan mlm pertama yg tu...tapi mlm nih lain sikit dimana siangnyer kita dilayan umpama raja sehari dimandikan dan pakaikan pakaian , diberi wangian akhirnyer diarak dan diusung tetapi bukan ke pelamin atau ke kamar destinasinya ke pusara menuju alam barzakh , di situlah malam pertama yg sebenarnya,...ABG MAZ !!!!! hehe leh ke nickname tu ..leh buat cover story berkenaan pendatang asing yg ramai di Kampung Subang or Selangor lam 360 ..mekasih..

    BalasPadam
  5. Dorang ni agaknye duit dah terlampau banyak sampai tak tau nak buat ape...So, taburkan lah duit tu kat anak2 ikan. Lagi satu mungkin nak test market kot. Tak pun nak minta dilayan hati mereka yg gersang tu..Ah banyak bebeno kita nak cari alasan. Buat pening kepala.Lantak lah dorang. Bukan kita minta makan kat dorang.

    BalasPadam
  6. sugar baby dan toy boy.. sama je la tu.. semuanya nakkan duit.. kerana mengejar kemewahan hidup, halal dan haram dah tak di peduli.. janji senang.. buat apa senang di dunia tapi susah di akhirat.. carilah senang dunia dan akhirat..

    BalasPadam
  7. geli dan nak muntah baca kisah ini. tapi ini adalah hakikat. teruskan menulis dul!

    BalasPadam
  8. hahahah...ini kes pun dah lama...syabas kepada abg Mazidul untuk membawa topic ini kepada umum...tapi saya setuju dengan cakap blog bulibuy...toyboy dan gigolo adalah dua benda yang lain...dan apa akan terjadi jikalau toy boy atau anak ikan bersama org lain..jeng jeng jeng..hahahaha...pergh..2 topic hangat...boleh saya tau..kenapa tetiba abg Mazidul bangkitkan cerita nieh? heheheh

    BalasPadam
  9. Raudhah, perempuan juga punyai keinginan.

    Belibuy, banyak pengalaman rupanya.

    Azlin, orang muda ni mudah tercabar emosinya.

    Nik, kalau dapat bayaran lumayan, nak jadi toy boy tak?

    BalasPadam
  10. patutlah dirumah Datin selalu sangat nampak kolam ikan.. trade mark kot..

    BalasPadam
  11. dengan tak malu nyer..saya menjawab...NAK! hahahaahaha....mula laa tuh mengarut hahahaha...

    BalasPadam
  12. Mimi, kolam rumah datin besar2 yer?

    Nik, awak memang tak malu ..

    BalasPadam
  13. Akmal,
    kena tengok saiz dan baka ikannya.. he he he...

    BalasPadam
  14. kalau anak ikan...bila dah besar dia tau lari..langsung tak nampak kesan...antara jadi baik atau sebaliknya..tp kalau sugar baby 'anak sugar daddy' kesan nya sampai ke tua..belum tentu bole berubah..maruah sudah tergadai..

    BalasPadam
  15. Dlm khidupan seharian pun x elok dgn 'sugar' ni .. nti gigi rosak n leh kna diabetes!

    Kita mmg ptut sayang n hormat kpd 'mummy n daddy' kita ..

    'Ikan' .. bagus utk diet .. kaya dgn sumber protein.. (suka mkn nasi dagang lauk 'ike ayo')

    *X lari tajuk kan? (">)

    BalasPadam
  16. wahh , menarik . na satu sugar mummy . HAHA , menyampuk jehh

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.