Jumaat, Disember 21, 2012

VISUAL ENTITI BERMATA MERAH DIRAKAMKAN



Saya berpeluang ke Bukit St. John atau Bukit Senjuang di Melaka bersama rakan, Azizul Azzemin.

"Di sini jirat Cina," kata Azizul.

Saya rakamkan gambar berikut.


Tiba-tiba saya terlihat struktur binaan berbeza di dalam hutan bersebelahan jirat Cina dan bergerak pantas ke lokasi itu bersama Azizul.


Kubur panjang dengan dua batu nesan ini barangkali liang pengkebumian jenazah orang Islam tetapi peliknya kelihatan beberapa batang colok berwarna merah dipacakkan berhampiran batu nesan berbalut kain putih.


Beberapa biji limau nipis juga bertaburan di kawasan sama bagai terdapat upacara pemujaan di situ.


Saya dan Azizul kemudian mendekati lelaki Cina duduk tenang di bangsal berhampiran jirat Cina, C.P Lau, 48 tahun berasal dari Muar, Johor.


"Kubur ini sudah berapa tahun?," soal saya kepada Lau.


"Itu tulisan atas batu, Malaysia punya Cina tidak boleh baca. Lama punya tulisan tetapi orang Cina dari China boleh baca. Dia orang cakap lebih kurang 200 tahun," jelasnya.


"Di saya nampak colok dan limau bertaburan di kubur dalam hutan," ujar saya.

"Ya, orang Cina pergi sana, orang Melayu pun ada. Pagi tadi dua orang Melayu, lelaki sama perempuan pergi ke sana," balasnya.

Barangkali benar telahan saya, berlaku upacara pemujaan di kubur bernesan dua itu tetapi tiada siapa mampu mengesahkannya kecuali Lau. Ada baiknya jika kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka cuba memantau kegiatan di kubur itu.

Apapun, bagi semua umat Islam, upacara khurafat wajib dielakkan kerana mampu mempengaruhi aqidah. Hanya Allah wajib disembah, tiada lain selain daripadaNya. .


"Memang selalu duduk sini?," soal saya lagi.

"Saya kerja tukang besi. Bila tidak ada kerja saya selalu datang ke sini, sejuk dan tidak ramai orang," tambah Lau.


Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, saya berhenti buat seketika di Air Keroh dan bertemu kenalan lama, Anuar.


"Awal tahun ini, adik ipar saya, polis dan anggota membuat sekatan jalan raya pada waktu malam di jalan Gapam. Mereka menahan penunggang motosikal dan motosikalnya itu sama seperti motosikal lama seperti digunakan oleh tentera Jepun. Lebih pelik, dia kemudian menghulurkan lesen zaman Jepun. Bagaikan tidak percaya, anggota bertugas meminta penunggang sama membuka topi keledar. Apabila topi dibuka, penunggang itu didapati tidak berkepala," dakwa rakannya, Mat Rozi Mohd Said, 43 tahun.

"Baiklah, kalau ada lagi mendapat maklumat berhubung lokasi dikategorikan sebagai 'keras' di Melaka, tolong hubungi saya. Berkebarangkalian kru Penyingkap Fakta boleh menganjurkan Paranoramal Tour 2 ke sini pada tahun hadapan," jelas saya.


Menggunakan bluetooth, Anuar Mohd Don menghantar klip video dirakamkan pada 7 Disember 2009 di Melaka.

"Seorang dukun berjaya 'mengikat' entiti bermata merah di batang pohon sireh. Kalau diperhatikan video dirakamkan oleh kawan saya itu secara teliti, memang jelas kelihatan. Pastinya bukan anjing sebab berambut panjang putih bak manusia di bahagian tepi," ujar anggota pasukan Jabatan Pertahanan Awam itu.

"Kalau boleh Azizul berbincang dengan Anuar, manalah tahu jika kru 666 berpeluang merakamkan sendiri entiti seperti itu menggunakan peralatan audio video kita miliki," cadang saya.

Azizul bersetuju.

Klik di sini untuk menonton klip video direkodkan oleh jurukamera amatur terbabit.

9 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.