Ahad, Mac 22, 2009

Di antara RM2 dan RM200

Perhatikan, terlalu jauh perbezaan status kehidupan manusia.

Saya pernah bertemu keluarga di Pahang, ubi kayu makanan ruji setiap hari. Menjerang air minuman dan merebus ubi menggunakan dapur kayu. Merah dan berair mata, pedih terkena asap ketika menjalankan rakaman program tajaan Maybank Finance lebih 12 tahun lalu.

“Mengapa tak makan nasi?,” soal saya.

“Beras mahal, paling murah sekilo dua ringgit lebih. Anak lima orang, bongsu tu cacat, suami dah meninggal. Mak cik kerja cuci baju rumah orang, gaji tak seberapa, ubi kayu free, tanam sendiri,” jelas ibu tunggal berusia 42 tahun.

Beras sekilo berharga lebih RM2, mahal bagi mereka.

Pada masa sama lihat kemewahan pengunjung coffe house hotel menjamu selera secara buffet, RM80 satu kepala. Acapkali makanan diambil berlebihan dan terbazir begitu sahaja. Selepas makan, hisap cigar, RM120 sebatang dan kemudian membayar valet parking, RM15.

Kos terbabit lebih RM200, dijelaskan selamba.

10 ulasan:

  1. Lumrah hidup di dunia.. ada manusia tinggi di atas.. ada manusia jatuh kebawah.. Tapi satu je yang di atas sama sekali tak ramai yang fikir yang dibawah.. yang dibawah pula terfikir nak ke atas.. apakan daya.. RM2 saja yang mampu dan bukan RM200

    BalasPadam
  2. Kekayaan membezakan manusia. yang berwang dan berada boleh bergaya. Yang tak berwang dan miskin hiduplah begitu sahaja. Dunia memang adil. Penciptanya telah menjadikan begitu rupa bagi mengimbangkan agar kehidupan terus wujud.

    BalasPadam
  3. kalo akak tu bertani sket2 ok tak? bleh jual kat pasar. dapat la tambah duit sket or masak sendiri. tapi yelakan, dia pun tak ada kudrat sangat nak bertani.. sian kat dia. nape tak masuk bersamamu? cadangan je hmm..

    BalasPadam
  4. Sebenarnya, fenomena seperti ini sudah menjadi lumrah... aku bagi beberapa contoh, sebagai perbandingan:

    (1) kita baru beli kereta. Kereta besar, berjenama mahal. Tengah pandu kereta hujan turun lebat. Masa tengah pandu, kita nampak seorang ibu sedang membawa anaknya yang berusia tujuh tahun, tidak berpayung dan basah lencun cuba menyeberangi jalan. Apa tindakan kita:
    (a) berhentikan kereta dan biarkan mereka melintas.
    (b) picit hon dan menyalakan lampu supaya mereka tidak kita langgar dengan kereta baru.
    (c) menghamun mereka dengan mengatakan mereka tak sayang nyawa
    (d) berhenti dan menumpangkan mereka.

    (2) Kita tengah makan di warung. Tiba-tiba kita terpandang sepasang warga tua sedang berjalan dan duduk di hadapan kita. Apa tindakan kita?
    (a) pandang mereka dengan tajam dan kemudian halau mereka.
    (b) Sekadar angkat kening dan teruskan makan macam biasa.
    (c) berpindah ke meja lain
    (d) bertanya sama ada mereka sudah makan atau sekadar menyapa.

    (3) Kita berjiran dengan sepasang kekasih/suami isteri yang kerap berselisih faham. Suatu malam, masa kita tengah syok-syok tidur, depa bergaduh sakan sampai dinding bilik kita nak pecah dibuatnya. Apa tindakan kita?
    (a) bergegas ke sebelah dan lepuk kedua-dua orang yang tengah bergaduh itu sambil mensyarahkan mereka supaya faham hati dan perasaan kita yang tengah kemaruk nak tidur nih.
    (b) telefon pihak polis dan suruh polis ambil tindakan dan kita pun sambung tidur kembali dengan harapan dapat menyambung mimpi yang indah-indah tadi... (ni kes potong stim)
    (c) sihirkan pasangan tersebut supaya jadi bisu. Jadi kalu depa bergaduh pun, depa sekadar bergaduh dengan bahasa isyarat sahaja.
    (d) rakam gambar diorang dengan kamera intip dan kemudian sebarkan ke Youtube.
    (e) (ekstra jawapan)kita berusaha berbaik dengan depa.

    Maka fikir-fikirkanlah jawapannya. Ada pepatah orang ulu, merelit dahi, belum tentu sebab banyak berfikir. Kembung kocek, belum tentu sebab banyak duit. Lebar sengih belum tentu sebab tengah suka. Terkelam-kabut bukan sebab rajin bekerja.

    Anda yang membaca ni, dah telefon ibu bapa anda dan bertanya, depa dah makan ke belum?

    BalasPadam
  5. alamak... saya cukup tak suka tgk kemiskinan... saya tak suka tgk rancangan bersamamu... saya akan menangis kalau tengok... aduh... saya tak mampu nak tolong mereka yang susah. saya sendiri byk yang kurang...

    BalasPadam
  6. Kekayaan dan kemiskinan dua benda yang berbeza. Yang kaya akan beroleh kesenangan sementara yang miskin beroleh kesusahan. Tuahn menguji dua golongan ini dengan keseimbangan yang adil, yang kaya akan diuji dengan pelbagai hawa nafsu dan golongan miskin diuji dengan kekurangan wang ringgit.

    Dan begitulah kehidupan manusia yang telah ditentukan oleh fitrahNya..

    BalasPadam
  7. kalo semua org kaya..pun susah gak dan kalo semua org miskin pun lagi susah..

    apapun keadilan disini ALLAH jadikan sesuatu mesti ade manfaatnyer :)



    ..................

    EN. MAZIDUL ..

    dulu sy ade kawan yg hidup mkn ubi kayu,mlm guna pelita & mandi air sungai..tapi sy lihat kehidupan mereka sgt bahagia.org susah sebenarnyer tak susah mana seperti yg kita fikirkan.. :)

    kalo duit byk..teringin gak nak mkn kat hotel mewah hehe.. :D

    BalasPadam
  8. org kurang bkmmpuan b'usaha utk simpan duit dmi menyara kluarga, tp si Kaya senang lenang bzirkan duit, kn baek duit tu dberi pd yg krg bkmmpuan

    BalasPadam
  9. kalau semua rakyat kaya...nanti tk tau nk antar mn duit yg byk tu...hehehe..lumrah kehidupan yg Tuhan ciptakan ada kaya, miskin, cantik, hodoh..barulah ada putaran kehidupan...kita berbangga menderma ke negara luar yg berperang (tk salah) cuma kat negara sendiri terlanting tak seberapa pun..tapi masih ada yang susah jgk..pihak atasan buka lah mata dan hati anda...lakukan pembaharuan segera...

    BalasPadam
  10. Itulah kehidupan si kaya dan si miskin.Sangat berbeza jurangnya.

    cuba kasi tukar tempat/kehidupan mereka tu..yang kaya dok tempat miskin,yg miskin dok tempat kaya..
    2-2 sure terkezut gamaknya xtau cane nk mulakan idop ehek

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.