Selasa, Mei 12, 2009

Status Halal Kopitiam

‘Kopitiam’ bermaksud kedai kopi dalam bahasa Cina. Justeru tidak hairan kebanyakan kopitiam dimiliki taukeh berbangsa Cina. Perhatikan juga, majoriti pekerja premis perniagaan terbabit, warga Myanmar dan tempatan bukan beragama Islam. Jika ada pekerja Islam sekalipun, mungkin hanya juruwang, perempuan Melayu atau Indonesia bertudung.

Kopitiam kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan di seluruh negara termasuk di Kelantan. Majoriti menu disediakan dilihat bersesuaian citarasa orang Melayu, antaranya mee kari, laksa dan nasi lemak.

Bagaimanapun status halal sebilangan kopitiam dipertikaikan dan pelbagai komen dipaparkan dalam banyak blog. Dalam ajaran Islam, jika timbul perasaan was-was, elak memakan hidangan disediakan.

Saya pernah menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM bertanyakan status sijil halal diberikan kepada kopitiam. Kakitangan terbabit enggan identitinya dipaparkan.

“Susah hendak cakap, sekarang ini bukan JAKIM sahaja mengeluarkan sijil halal. Ada pihak lain keluarkan juga,” katanya.

Jadi tidak hairan, jika kita melihat sijil halal ditampal di dinding sebilangan kopitiam, bukan dikeluarkan JAKIM.

Hairan, biarpun isu status halal haram kopitiam hangat diperkatakan, mengapa masih ramai orang Melayu berkunjung ke premis sama?

22 ulasan:

  1. sabda nabi Muhammad SAW..:

    Drpd al-Hasan bin Ali Talib r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah keraguan

    ( riwayat at-Tirmizi dan Ahmad )

    ermm..pasal logo ni..pihak JAKIM leh adakan logo dan nombor siri atau pengenalan kelulusan yg tersendiri..dan apabila telah diluluskan barangan atau premis , hotel/restaurant atau apa2 yang memerlukan kelulusan pihak JAKIM..siarkan barang atau premis tersebut di akhbar dan media massa selama beberapa masa..barulah masyarakat akan tahu..krn bukan semua ada komputer dan internet dan bukan semua melayarinya..dan selama ini kita sendiri pun tak tahu secara meluas ttg barangan dan permis yg mendapat cop dan kelulusan asli tulen dari JAKIM...

    BalasPadam
  2. kedai mamak ada status halal dari jakim tak? apa pula kes tentang kedai makan yang SUCI tapi tak CUCI? Betapa byk kedai makan melayu dan mamak yg halal tapi kotornya ya rabbi. Bukankah kebersihan itu tuntutan Islam jugak?

    BalasPadam
  3. alamak..Yon ada gak pergi kopitiam nie..bab bersih memang bersih..Roti bakar+telur suku masak..minum plak teh tarik..masyukkkk..Tak halal ker??
    Kaji la cepat..Yon white coffie dah tak masuk..coz kata tak halal..

    BalasPadam
  4. Kalau Logo HALAL ni dikawal oleh SATU sajer badan2 yang berkenaan lagi bagus.....sekurangnya TIADA sangsi untuk kelulusan HALAL...

    Kalau dah banyak sangat yang boleh meluluskan HALAL nya......semua akan kompius!!!! maka terjadiklah macam barangan dalam Tin yang diimport masuk....yang menggnakan status HALAL

    Gua sendirik ponk layanz gak KOPITIAM nih...coz suka ngn WIFI nyer heheheheh......boleh layanzzzzzblog hehehehe

    Harap2 cepatlah PANTAU kopitiam yang tumbuh bagai cendawan nih...Tentang satatus HALAL nyer!!

    BalasPadam
  5. sebenarnya..jakim ini adalah jab.islam di Malaysia yg mengeluarkan sijil halal di malaysia..di negra lain juga ada jab mereka sendiri..yang pnting di keluarkan oleh org islam...namun klau was2 x perlulah makan@minum di situ..klau ada logo halal dr jakim pn klau was2 xyah mkn..i2 sje..kt china xkn jakim nk kuarkan sijil halal..jd org islam di china yg lg ramai pnduduknya makan mkanan yg haram ke..apepn tnye dri..kla askum..

    BalasPadam
  6. Allah Maha Besar....Itulah masalah ummah kita sekarang seringkali produk halalpun dikuasai bukan Muslim pengeluarnya....Apatah lagi yang meragukan berlambak di kebanyakan kawasan. Kita perlu segera kuasai pasaran halal jauh lebih terjamin perlaksanaan......

    BalasPadam
  7. kalau rasa was2, x perlu ke sana. bnyk tempat2 milik org Islam yg boleh kita pergi...

    BalasPadam
  8. Kopitiam ada yg murah, ada yang mahal. Ada yg sedap, ada yg biasa. Ada yang banyak, ada yg sikit. Tapi yang penting, status halal paling utama..

    BalasPadam
  9. Saya pun musykil pasal status kopitiam tu.. Bak kata Noh Gadut, punca maslah sosial remaja sekarang ni adalah dari sumber makanan yang tidak halal. Kalau was2 tinggalkan ajer.. byk lagi benda makan kat Malaysia ni.. Tak kebulurnya kome kalau tak ke kopitiam..

    BalasPadam
  10. kopitiam ni kena tengok sape yang sediakan makanan.Biasanya tukang masak cina selalu gunakan arak XO dalam masakannya. Satu lagi di kedai kopitiam ni, pekerjanya ramai melayu (indon)tapi taukenya cina. Tauke cina ni biasa beli barang masakan dan barang basah macam ayam, daging dekat psar bukan muslim. Itu yang was-was...

    BalasPadam
  11. boleh saya bertanya..

    selain JAKIM, siapa lagi yang legally boleh mengeluarkan pengiktirafan status halal?

    BalasPadam
  12. kena fikir dua kali juga kalu nak makan kat kopitiam ni...

    BalasPadam
  13. Bro Maz

    Mngkin Bro boleh kupas isu ni dalam 360 yang akan datang

    Insya Allah

    BalasPadam
  14. Bro Mazidul, macamana dengan kedai kopitiam yg ada logo halal tetapi ada juga digantung kan plak "jalan2 cari makan"? dimana taukehnya terang2 adalah cina manakala pekerjanya adalah orang mynmar & seoarng wanita Indon? Dalam hal ini apakah status halalnya diyakini?....apakah bila dah terkeluar dalam program TV maka statusnya disahkan halal? Kopitiam terbabit ada terdapat di Summit mall subang tapi kurang pasti lak apa nama kopitiam tersebut. Lokasinya bersebelahan dgn Garden Cafe.

    BalasPadam
  15. 1 lagi masalahnya. kedai mamak. mamak tu islam ke? mamak @ india? Muslim? susah juga nak bezakan tu. kalu ada colok tgh dok berasap dalam kedai tu mmg org muslim x masuk la ( tp ada gak yg masuknya). org sekarang just tgk bila ada kalimah ALLAH swt dan Nabi MUHD swt terus je masuk tanpa was2 dan ragu2. Ye ke kedai tu mamak islam atau india muslim. Pekejenye????

    BalasPadam
  16. saya setuju dengan NOER dan kenyataan ulamak mengenai makanan syubhah ini dalam menyumbang kearah keruntuhan moral anak muda, kegiatan merempit, bohsia dsb...memang ada benarnya....sekarang ini memang banyak tempat / premis makanan yang meragukan bagi umat Islam tetapi umat Islam sendiri yang ambil tidak kisah mengenai perkara ini...inilah masalahnya....asalkan bersih dan selesa sahaja sudah memadai sedangkan siapa menjualnya, tidak diambil kira...itu belum kira siapa pula yang memasak dan siapa yang memilik restoren itu. Keadaan food-court juga meragukan....biasanya pemiliknya orang bukan Islam dan mereka menggaji pekerja Islam (biasanya Indon) untuk memasak dan menjadi cashier....jadi umat Islam yang tidak sedar akan makan dengan selesa di situ. Sekiranya pekerja ramai orang Indon waspadalah, kemungkinan pemiliknya orang cina....
    mengenai restoren mamak pula, ramai juga orang hindu yang berselindung disebalik nama mamak. Biasanya kedai mamak Islam yang saya perhatikan ada logo bulan bintang dan nombor 786 (kod untuk bismillah)....manakala restoren hindu yang bertopengkan mamak pula mempunyai nama restoren yang bukan diberi nama Islam, contoh restoren selesa, restoren permai dll berbanding restoren mamak yang lebih menggunakan nama Islam seperti restoren ibrahim maju, rstoren azzahar dsb. biasanya orang hindu boleh dikenali dari riak muka, pakaiannya dan perangainya...ayat2 Quran itu hanya hiasan dan tak semestinya mereka ini betul2 Islam.....
    Percayalah, makanan yang Halal, suci dan bersih itu dituntut dalam agama dan jangan meremehkan perkara ini....segala tindak tanduk dan keberkatan amal ibadat kita berkait rapat dengan makanan kita....

    BalasPadam
  17. Senang saja nak tahu mamak tu islam ke tidak...cuba mintak kari daging lembu ..tengok mimik muka dia .

    BalasPadam
  18. en mazidul... serupa la dengan kedai yik mun tu... ada sijil halal tp masa kita ngah makan anjing duduk bawah meja....

    BalasPadam
  19. salam ..minta abang mazidul cuba amik port ...berkenaan status halal oldtown white coffee.. ada sumber cakap x halal ...

    BalasPadam
  20. Salam.
    Minta en mazidul dapat menyiasat dan mendedahkan perkara ini.
    1.banyak produk milik bukan Islam yang dinamakan/dilabelkan dengan nama Islam/Melayu.
    2.Proses penghasilan produk makanan yg agak kotor dan menjijikan.
    3.Isu halal yang agak meragukan

    boleh rujuk blog ni untuk maklumat lanjut
    http://isuhagat1.blogspot.com/2009/05/di-sebalik-kebakaran-kilang.html

    terima kasih.

    BalasPadam
  21. salam tumpang lalu...

    selain kedai mamak yg mjd pebualan hangat nih..byk lg makanan yg syubhah..yg dperbuat dr tgn yg bukan islam...itu pun kn ambil kira juga..kan apa yg kita makan mnjd darah daging dan seterusnya mjd akhlak dan peribadi..wallahua'lam...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.