Lihat gambar di bawah.
Hairan? Mereka selama ini kelihatan tegas dan kelihatan berkuasa digari? Pengawal keselamatan berada di pelbagai lokasi, antaranya pintu utama kawasan perumahan, kilang dan pusat membeli belah.
Kita sering mengikut arahan mereka tanpa banyak persoalan kerana mereka pengawal keselamatan. Biarpun pada hakikatnya majoriti kita diperbodohkan mereka tanpa diketahui.
"Ramai warga Nepal, nama sama, 'Bahadur' maksudnya pejuang," jelas pegawai Jabatan Imigresen.
"Ha ha ha! Kali ini ada 'Bahadur' tewas," celah saya.
2 pengawal keselamatan digari berasal dari Nepal dan Indonesia. Mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ditahan di pusat membeli belah terkenal di Damansara, Petaling Jaya.
Bermula jam 3 petang semalam 999 menyertai operasi bersama sepasukan 22 pegawai dan penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, KDN dan Jabatan Imigresen Putrajaya. Lebih 30 pengawal keselamatan warga asing, majoriti dari Nepal diperiksa. Mereka didapati lengkap berdokumen dan layak bertugas sebagai pegawai keselamatan dibebaskan.
Jam 7 malam, pasukan sama menyerbu beberapa pos pengawal keselamatan di kawasan perumahan di Puchong, Selangor.
15 pengawal keselamatan warga Bangladesh dan India diberkas. Majoriti mereka memasuki negara ini sebagai pelancong dan menggunakan permit bekerja di ladang.
"Dulu kerja ladang, sekarang security guards. Setiap hari orang ramai sibuk angkat tangan menghormati mereka masa keluar masuk di pos pengawal. Walhal dia orang pekerja haram dan melanggar undang-undang negara secara terang-terangan," komen saya.
My dream has come true. Bukan mudah melihat senario sebegini berlaku. Jarang benar media membongkar kesalahan membabitkan pengawal keselamatan warga asing. Pengawal selama ini kononnya bertanggungjawab menjaga harta benda dan keselamatan warga tempatan.
Dilaporkan gaji pokok mereka di antara RM900 dan RM1200 sebulan namun peliknya sewaktu diberkas mereka mendakwa tidak mengenali majikan menggajikan mereka. Sebilangan didapati memiliki pasport tamat tempoh dan menyalahgunakan permit kerja sekaligus melanggar Akta Imigresen1959/63.
Bayangkan selama ini mereka kelihatan gah meminta orang ramai menyerahkan identiti sebelum tetamu memasuki kawasan perumahan sedangkan mereka sendiri tidak memiliki dokumen perjalanan sah sekaligus bekerja sebagai pengawal keselamatan haram di negara kita.
Untuk rekod, semua pengawal keselamatan TIDAK berhak menyimpan MyKad mahupun lesen memandu kita. Justeru, jangan sesekali menyerahkan 2 pengenalan diri terbabit kepada mereka.
Kepada pembaca, ingin saya peringatkan sekali lagi, HANYA warganegara Malaysia dan bekas tentera Nepal layak menjadi pengawal keselamatan di Malaysia, fullstop. Selain mereka pengawal keselamatan anda lihat di pelbagai lokasi, sebenarnya bekerja secara tidak sah, haram.
Sebilangan pengawal keselamatan warga asing diberkas barangkali selama ini berfikir mereka terlalu 'kebal' kerana berselindung di sebalik pakaian seragam melambangkan kuasa. Tambahan pula hampir kesemua arahan mereka keluarkan dipatuhi orang ramai.
Sewaktu operasi tamat pada jam 7.40 malam, 17 pegawal keselamatan asing berusia di antara 20 dan 32 tahun diberkas di dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya. Melihat mereka terduduk di lantai pejabat terlalu jauh bezanya dibandingkan dengan imej tegas mereka tampilkan ketika bertugas di pos pengawal di pelbagai lokasi.
Wartawan 999 menemubual pengawal keselamatan berasal dari Peshawar, Bangladesh berusia 29 tahun.
"Orang Bangladesh tarak kacau orang. Kita kerja juga. Dulu kerja potong rumput, sekarang security guard, gaji sama, saya ingat tarak salah," katanya.
"Macam itu senanglah, apa you ingat tak salah, semua tak salah? Ingat ini Malaysia tak ada undang-undang ke?," celah saya.
Dia mendakwa tidak pernah dimaklumkan majikan, menyalahgunakan permit kerja satu kesalahan. Well, ignorance of the law is not an excuse. Lebih menghairankan, majoriti pengawal keselamatan ditahan tidak memakai logo syarikat majikan mereka. Bagaimanapun saya percaya pasukan KDN akan mengenalpasti majikan terbabit dalam jangka waktu terdekat.
Saya kongsikan bersama pembaca beberapa gambar saya rakamkan di sepanjang operasi 5 jam terbabit.
Semua butiran lengkap bahan liputan akan disiarkan di dalam episod 999, Khamis, 22 Julai ini.
Adakah misi saya sudah selesai? Belum lagi. Hari ini kami akan menyerbu satu lokasi 'menarik', InsyaAllah perkembangannya akan saya kongsikan bersama pembaca.