11 hari di Mesir, pelbagai cabaran getir dilalui. Lokasi terkini terpaksa saya rahsiakan atas faktor keselamatan.
Krew saya ditahan di El Arish, 5 jam berkenderaan dari Kaherah, Mesir, semua telefon bimbit dirampas dan kami berada di balai polis hampir 2 jam. Mengapa? Kononnya kami berhubung dengan warga Palestin. Sebenarnya secara kebetulan kami menginap di hotel sama dengan warga emas Palestin. Hanya sekadar memberikan salam, tiada perbincangan serius di antara kami dan lelaki terbabit.
Kurang setengah jam, polis cawangan risikan, SB datang ke hotel dan mengarahkan kami ke balai. Jika pernah melihat bekas Penjara Pudu, begitulah keadaan balai polis terbabit malah lebih teruk. Di dalam bilik risikan, hanya ada meja dan 3 baris kerusi panjang. Menariknya kami dibawa ke balai polis dengan menggunakan 'kereta mayat', kenderaan Land Rover seperti digunakan polis Malaysia untuk mengangkat mangsa bunuh ke hospital.
Selepas kejadian itu setiap gerak-geri saya dan krew diperhatikan. Rumah saya didiami diketuk polis dua malam berturut-turut bagi memastikan krew kami berada di rumah.
Satu fakta perlu saya kongsikan dalam tempoh singkat ini, pintu masuk ke Gaza di Rafah tidak dibuka sepenuhnya seperti didakwa media barat. Hanya bahan perubatan dan makanan terpilih dibenarkan masuk, permohonan pertubuhan bukan kerajaan, NGO dari Amerika Syarikat, Jerman dan Jordan ditolak biarpun mereka mempunyai kelulusan dari Majlis Keselamatan Mesir.
Namun kami bersama NGO dari Malaysia, Aman Palestin berjaya menghantar barangan berupa 24,000 tin susu tepung dan ubatan merawat sakit tulang 2 hari lalu melalui Rafah.
Kisah seterusnya akan saya kongsikan sebaik menjejakkan kaki ke bumi kelahiran saya, Malaysia.
Semoga kalian dilindungi Allah.
BalasPadamSalam sejahtera buat sdr dan krew semua..
BalasPadamPengalaman yang tak dapat dibeli dengan apapun.....
Tak sabar nak baca kisah sdr di sana.
M,
BalasPadamPelik betul Dasar K'jaan Mesir terhadap Palestin..
Semoga segalanya selamat...
BalasPadamAlhamdulillah..dapat juga sampai kan sedikit bantuan pada mereka...
BalasPadamsemoga di lindungi Allah buat semua..amin..
Moga kalian di lindungi Allah...
BalasPadamAnna_M
Salam,
BalasPadamMoga2 sentiasa dilindungiNya dan selamat kembali ke tanahair.
Hanya orang yang selalu berkelana lebih tahu betapa bertuahnya menjadi warganegara Malaysia.
Salam En.Mazidul & krew...
BalasPadamRasa bosan plak bila blog tidak di update spt selalu...
X sabar rasanya nak dgr 'kebenaran' dr En.Mazidul...
Smoga anda sume dilindungi Allah & selamat sampai...
Salam bro,
BalasPadamSemoga dilindungi-Nya.
News update :
1. Penjara Pudu sudah roboh.
2. RPK MIA a.k.a. tak dapat dikesan
Sekian.
Moga anda semua dlindungi Allah
BalasPadamalahai Jahat sgt kah orang Palestin..
BalasPadamsehingga sangkaan buruk..sebegitu
bro cakap kat dia
BalasPadamيا خراب بيتك
(yaa kharabbeitak....!)
Salam Abg Mazidul..
BalasPadamSemoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat...
Semoga anda semua dlindungi oleh Allah SWT....
Semoga perjalanan kalian dirahmati.
BalasPadamKami di sini, sentiasa menanti berita & kisah benar dari sana.
TERUSKAN!
Tabikkkkk diatas usaha tuan-tuan semua membantu rakyat Palastin
BalasPadamsedih baca post yang ni...kenapa org palestin di anggap mcm penjenayah...org yg berhubung dgn mereka pn nk soal siasat...klu kt sni pnjenayah je yg terima layanan cam2...sedang org Palestin sebenarnya wira yang tegakkan agama, bangsa n negara dari jadi hamba israil...kenapa perlu anggap dan layan dia macam penjenayah...xfaham aku dunia sekarang ni....sesama Islam pn nak ragu2...xnak bersatu..siapa yang slah sebenarnya dlam hal ni....?
BalasPadamThe Dajjal Crimes
Allah SAW sentiasa melindungi hambanya apatah lagi jika memang niat kita baik!.
BalasPadam