Jam 1.50 tengahari tadi saya ke Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan terlihat orang ramai berkumpul di hadapan bangunan ini.
Ya! Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, JPN Cawangan Kota Damansara. Orang ramai berkumpul sementara menunggu jam 2 petang waktu pejabat terbabit beroperasi kembali selepas waktu rehat. Tepat jam 1.57 tengahari, 3 minit lebih awal daripada waktu sepatutnya, kakitangan JPN cawangan itu membuka kunci pintu kaca dan orang ramai berpusu-pusu masuk untuk mendapatkan nombor giliran.
Tidak sampai 15 minit, nombor giliran saya dipanggil. Saya ke pejabat terbabit untuk mendapatkan gantian MyKad rosak. Barangkali ramai bersetuju jika saya catatkan di sini, MyKad dikeluarkan JPN berkualiti rendah dan lapisan plastik nipisnya mudah tertanggal berbanding kad pengenalan digunakan pada tahun 60 an, tahan lasak.
"Berapa hari sebenarnya untuk menggantikan MyKad rosak?," soal saya kepada kakitangan bertugas.
"10 hari bekerja jika tiada masalah dengan cap jari. Lagipun kad dicetak di tempat lain," balasnya.
"Menang itu tempoh sebenar ke?," tanya saya lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Encik boleh dapatkan MyKad dalam tempoh 24 jam cuma beri tahu kepada kakitangan di kaunter tetapi encik kena ambil di Putrajaya," balasnya bersopan.
Saya terdiam seketika sebelum melontarkan soalan seterusnya.
"Saya tak nampak pun maklumat mengenainya di pejabat ini," ujar saya.
"Itu encik boleh check di website," celah pegawai lelaki duduk di sebelah kanan kakitangan wanita berbual dengan saya.
Terfikir, jika pelanggan mereka warga emas atau golongan tidak memiliki kemudahan komputer, bagaimana? Hakikatnya, kita tidak boleh menganggap semua rakyat Malaysia celik IT seperti majoriti golongan muda masa kini.
"Kenapa tak ditulis dan maklumat ditampal di dinding berhubung kaedah itu supaya semua orang tahu. Mungkin ada antara orang ramai sanggup ke Putrajaya untuk membuat MyKad dalam tempoh lebih singkat, 24 jam," kata saya.
"Oh! Encik boleh tulis di kertas cadangan dan masukkan ke dalam kotak dan kita akan pertimbangkan," balas pegawai terbabit.
Wow!
Mungkin itu prosedur di JPN, pandangan pelanggan tidak boleh diterima secara terus, harus dicatatkan terlebih dahulu dan kemudian dimasukkan ke dalam kotak cadangan. Tidakkah cadangan itu boleh diajukan secara terus sewaktu mesyuarat JPN negeri?
kad pengenalan dulu2 lagi bagus kan...cap jari kiri kanan ada... :)
BalasPadamApakah 'mereka' ingat semua orang celik IT?? Hantarlah komputer ke mana ceruk pun, kalau setakat untuk main 'games' - apakah faedahnya?
BalasPadamSdr. Mazidul,
BalasPadamSaya setuju sangat tentang MyKad kita warganegara bagi negara yang maju dan canggih dengan teknologinya,tetapi mempunyai kad pengenalan yang sangat rendah kualitinya. Diulangi, rendah kualitinya.
Pada sesetengahnya, kad kredit bank-bank utama pula yang lebih tahan lasak.
Sudah ramai rakyat yang menyuarakan pandangan akan masalah MyKad yang rendah kualiti ini tetapi tidak tahulah apa tindakan dan jalan penyelesaian yang telah diambil.
Mungkin benar kata saudara, semua cadangan penambaikan dan komentar rakyat itu hanya "berada di dalam kotak sahaja".
Saya juga masih menimbangkan untuk menukar MyKad yang rosak dan terkupil di sana-sini plastiknya itu.
yang kertas cadangan yang ditulis oleh pelanggan tu entah baca entah tidak diorang tu...banyak alasan la pula pihak diorang ni..
BalasPadamhahaha... kelakar sungguh prosedur tsb!
BalasPadamSaya rasa sama juga dgn kaunter imigresen. Saya tak pernah nampak adanya makluman mengenai kiosk pembaharuan paspot. Saya jumpa kiosk tu pun pasal tersalah masuk bilik.
Lokasi jabatan: Pekan Rabu, Johor bahru
Salam...
BalasPadamterpanggil saya untuk memberi pandangan perihal entri en Mazidul ini.
setiap organisasi punya prosedur.
benar ianya sedikit membebankan buat rakyat yang perlu berurusan dengan mereka.
saya percaya semua cadangan di dalam kotak itu dibaca,
cuma kepentingan akan dilebihkan terhadap aduan sahaja.
cadangan?
pada saya, selagi tiada aduan (complaign), selagi itu cadangan akan dilihat sebagai cadangan sahaja.
ianya tidak akan kemana.
kerana saya pernah bekerja di sektor perkhidamatan awam seperti ini,
segala cadangan disimpan oleh pegawai atasan yg bertugas (tak pasti utk apa),
setiap aduan (complaign) akan diutamakan.
tak pasti pula bagaimana segala cadangan ini perlu diutarakan supaya pihak pengurusan high level dapat menimbangkannya.
silap 2 kertas cadangan tu pun tak dibaca nye...penat je menulis
BalasPadamKad pengenalan dulu liat, flexible, x bleh patah, susah nak koyak (tu pun kalau sengaja nak koyak), x berkarat.. gambar pun cantik walau pun hitam putih..
BalasPadamX semua org ada computer, kalau ada pun, x semua org ada internet access, kalau ada pun, x semua org reti pakai.. kalau reti pun, belum tentu connection/server ok..
10 hari.. kalau x de masalah cop jari.. pelik betul.. kenapa x bleh check time tu sama ada ok atau tidak. Opps.. mungkin connection/server slow/down.. 10 hari nak upload cop jari..
Customer service.. lunch break.. mmm mcm x kena je..
Harap pihak kerajaan ambik tindakan/pengajaran/improvise.
Mesti berat kotak tu bila ditimbang..
disebabkan malas nak menghadapi kerenah sebegitu, saya tampal je kad pengenalan saya yang dah tertanggal lapisan plastik dengan pita selofan.
BalasPadamlesen memandu di Jepun dan kad foreigner di Jepun lebih tahan lama walaupun tak guna segala macam cip terkini.
tentang kotak cadangan tu, melalui cara dia menjawab soalan bro..mustahil mereka membaca cadangan yang diberikan..
1 MALAYSIA,.........DI DAHULUKAN,..........DI UTAMAKAN(ISILAH SENDIRI TEMPAT KOSONG TU)..APALAH YG DUTAMAKAN DAN DI DAHULUKAN???
BalasPadamsalam bro,
BalasPadamada pengalaman saya di JPN.
ceritanya:
saya ada masalah sikit dengan cap jari yg sentiasa berubah-ubah ni.
bulan lepas saya ke imigresen utk buat pasport kali pertama. oleh kerana 3 kali gagal ketika imbasan cap jari maka pegawai imigresen minta saya ke JPN utk minta borang KP11. sedangkan KP11 adalah utk mykad rosak atau hilang. masalah saya hanyalah data yang berbeza kerana mmg ade sakit kulit yg menyebabkan cap ibu jari hilang. apa yang berlaku ialah saya perlu membuat mykad baru kerana cap jari yg rosak ini. pegawai JPN menyatakan bhw saya MEMANG kena buat mykad baru krn cap jari rosak. mengapa tidak dikeluarkan satu borang? pada pendapat saya, JPN sepaptutnya mengeluarkan borang khas utk kes2 cap jari rosak seperti saya ini. dan menurut pegawai JPN lagi, setiap kali saya hendak memperbaharui pasport saya perlu menukar mykad.
apa kes?
1malaysia, rakyat didahulukan, duit diutamakan (^_^)
10 hari kalau tiada masalah cap jari... hahahaaa alasan yang tak bleh blah... dah terang2 kita kena scan jap jari masa buat mykad tu... takkan laa tak bleh tau masa tu jugak ada masalah dengan cap jari?
BalasPadamsistem berjuta RM pun tak guna kalo sikap kerja sambil lewa tu masih menebal di kalangan anggota perkhidmatan awam... takkan lah bila kuar aduan kat tv baru nak bertindak... hahahaa
Apa yang susahnya nak tampal notis macam tu?? Mungkin pekerja sana tak pernah berkomunikasi dengan pihak atasan langsung kot.
BalasPadamBy the way saya setujum MyKad kita berkualiti rendah. Bro kena beli cover plastik transparent tu untuk letakkan ic... otherwise beberapa cipnya dah tak boleh guna.
Susah bila cip tak boleh guna, nak cek kwsp pakai mesin, nak buka buku bank semuanya tak boleh.
soalan saya...setiap komen yang kita hantar sebagai pengguna yg kita masuk kan dalam kotak peti cadangan tu dibaca ke oleh mereka2 itu ?
BalasPadamSoalan saya ke2 tiada kaitan dgn JPN tetapi terasa nak bertanya Aduan LPKP yang ada pada setiap belakang bas dan lori tu relevan ke ? Dan no sms yg tertera itu relevan dan aktif ke ?
Kedua2 soalan saya ni kalo diikutkan sama aje.. sms, no telefon, peti cadangan.. emm..ada masa ada la org tgk kot..tak ada masa...simpan aje...agaknyer....
patutnya segala cadangan dlm box cadangan tuh patut dipaparkan kepada umum n org bole tahu apa status cadangan tersebut.. di tolak kah? di terima kah? dlm proses kah?
BalasPadamsaya jgk penah ada masalah dgn mykad saya..ROSAK..ye mmg x berkualiti.senang cerita,rosak/terkopek..wlpun bli plastik pelindung mykad.satu kes terjadi pada saya..berlaku pemeriksaan mykad d kawasan perumahan di waktu pagi hari bekerja.operasi dengan kerjasama rela n pihak jpn..saya ditahan di kawasan lrt dan dilayan seolah2 pendatang tanpa izin/org bersalah...mgkin dia ingat PATI kot..meyusahkan org kene tahan waktu org kelam kabut nak g kerja..then,mykad saya di ambil untuk tujuan pemeriksaan.Malangnya,cip mykad saya tidak dapat dibaca,kesilapan itu dipertanggungjawabkan pada saya kerana tidak menjaga dengan baik...persoalannya skg,kl jaga dgn baik pun,kl dah mykad x berkualiti,rosak jgk akhirnya.saya amat bersetuju dgn mykad tahun 60 an tue..lasak..xmudah patah ect..Akhirnya,mykad saya d rampas n saya diberi satu salinan dokumen untuk dibuat semula...Tp yg baiknya,di putrajaya perkhidmatan dan layanan sgt cekap dan cepat..
BalasPadamJawapan standard orang gomen.
BalasPadamTapi alhamdulillah, saya tiada pengalaman buruk dengan JPN.
Mutu NRIC ok pd saya, yang rosak tu, korang campak dalam washing machine ek....? Patutlah jahanam...
Di mana pun sama Bro Maz; dulu saya pun terkena bila ke JPN Kajang; ramai sangat pelanggan hari ini ambil nombor datang pada hari yang ditetapkan temujanji.
BalasPadamDua hari nak buat temujanji.
Akhirnya saya dinasihatkan rakan agar ke JPN Seri Serdang; memang cepat & tak perlu menunggu. Sejak itu apa jua urusan saya suka ke JPN Seri Serdang. Cepat, Cekap & Pantas.
Pernah anak sulung saya tukar kad baru lantaran cipnya tak boleh diakses pihak bank; tak pun sampai 10 hari kena menunggu; Sebaiknya semua cawangan begitu.
Jauh sangatkah Kota Damansara ke Putrajaya itu?.
salam,
BalasPadamsetuju. mycard memang tak berkualiti...adakah JPN tidak perasan atau sengaja menutup mata atau ini saja yang terbaik untuk rakyat malaysia?