Selasa, Julai 13, 2010

Kini Kau Rasa Apa Aku Rasa!

Lelaki mengahwini isteri pertama.

"Abang tak akan kahwin lagi," ungkapnya kepada isteri tercinta.

Isteri berasa selesa mengimpikan kehidupan bahagia bersama suami setia.

Ops! Namun harus diingat, ajal maut,  jodoh pertemuan di tangan tuhan. Majoriti kita pernah mengungkapkan phrasa itu samada lelaki atau wanita. Maksudnya, kebarangkalian suami berpoligami itu tetap wujud, tiada siapa mampu menafikannya.

Apabila lelaki sama mengahwini isteri kedua, isteri pertama lazimnya berasa kurang senang kerana dimadukan. Lelaki? Mereka menerima seadanya biarpun kekadang terpaksa mempersembahkan bermacam alasan berhubung rationaliti tindakan itu.

Andai kata, lelaki terbabit mengahwini isteri ketiga, isteri pertama selalunya akan berkata kepada isteri kedua ...

"Kini, kau rasa apa aku rasa!"

Berdasarkan lumrah, kerap kali, ketiga-tiga isteri juga tidak sebulu dalam pelbagai perkara akibat berkongsi lelaki sama, suami mereka sedangkan kesemua harus ingat, madu mereka perempuan, insan sejantina. Insan dilahirkan dengan sifat lembut, penyabar dan bersopan santun.

Justeru, mereka sebenarnya boleh membuat keputusan lebih rasional. Terima dengan hati terbuka kehadiran semua wanita dalam rumah tangga itu biarpun bermadu.

Memang, it is easier said than done tetapi bukankah tindakan itu boleh dilaksanakan? Mengapa harus timbul konflik dan krisis sedangkan mereka bukan hidup menongkat langit. Jika mampu hidup bahagia, mengapa memilih jalan sengsara dalam tempoh singkat hidup di dunia?

Wow! Saya akur, jiwa wanita pasti terusik berhubung tampalan ini namun berhujahlah secara rasional biar lelaki lebih memahami. 

32 ulasan:

  1. Salam MAS...

    Kakcik teringat seorang kawan kakcik (lama dulu) pernah berkata 'aku jijik... selepas xxxx kat sana, lepas tu nak xxxx kat aku...eeeee'.

    Entahlah. Pernah juga suarakan pada suami, kalau nak kahwin lagi cakap terus terang.. dan 'awak boleh bermula dengannya sebagaimana awak bermula dengan saya' Maksudnya, kalau 'dia' tu susah, tanggunglah kesusahan yang ada. Segala yang ada sekarang 'saya punya'. Boleh gitu?? :)

    BalasPadam
  2. Kak Cik, tq memulakan komen :)Itu cara pemikiran sebilangan wanita.

    Selalunya, suami ditawarkan isteri untuk berpoligami, tiada jodohnya. Manakala suami disekat, berkobar-kobar semangat berkahwin lagi.

    Perasan tak?1

    BalasPadam
  3. ... nafsu berada di depan; iman tertinggal di belakang!

    BalasPadam
  4. Ampuan, tidak semua lelaki berkahwin kerana nafsu. Klise tetapi satu kebenaran.

    BalasPadam
  5. Bro,

    Saya sokong penuh -> "tidak semua lelaki berkahwin kerana nafsu."

    Ada yang kerana "Companion purposes",
    itu lebih baik dan HALAL. Betul tak?

    p/s-Pelik sebab orang yang menikah@mendirikan masjid kena penjara sebulan.

    BalasPadam
  6. dulu masa awal usia perkahwinan..sy penah berkata pd suami..mungkin sy izinkan dia berkahwin lg, jika sy tak sayangkan dia lagi.
    skrg ni..sy mungkin izinkan dia berkahwin, & of cos syarat2nya dh bertambah!

    BalasPadam
  7. Salam Bro Mazidul,
    Ini merupakan topik yang hangat dan jarang ingin dibicarakan oleh kebanyakan wanita.. kerana pada hemat saya isu ini sangat sensitif apabila melibatkan perkongsian kasih sayang dan kemahuan. Asasnya adalah cemburu.

    Tetapi mana-mana wanita yang mampu berfikir dengan matang dan jelas tidak akan rasa terancam sebagaimana kakcikseroja. Ianya adalah suatu perkara yang amat baik kerana telah pun dilakukan oleh Nabi junjungan kita.

    Yang menjadikan perkara itu negatif apabila disalah ertikan dan disalahgunakan untuk tujuan nafsu semata-mata. Tidak dinafikan nafsu antara sebab ianya dilakukan kerana tanpa nafsu, manusia seumpama robot sahaja. Tetapi nafsu perlu berlandaskan kepada hukum agama.

    Cukuplah saya komen sehingga disini.. dah mcm syarahan pulak.. ini sekadar pandangan saya..

    BalasPadam
  8. bro, macam nak tambah 'branch' je kawan tengok ni... hahahaaaa..!!!

    BalasPadam
  9. pernah jumpa satu wanita.. die kata kat lelaki yang merupakan suami org, "kalau kamu nak kahwini saya, minta isteri kamu sendiri yang meminang saya baru saya terima"

    kagum dengan wanita macam itu.. =)

    BalasPadam
  10. jika Ampuan kata berkahwin sebab nafsu...betul la...jika tak bernafsu, kahwin buat apa?...


    makanya, jika ada suami yg nak berpoligami, pasti nafsunya, sekali ganda suami yang tak berniat berpoligami...

    BalasPadam
  11. Salam.

    urm. sukar nak gambarkan. cuma, nk kongsikan sedikit. ada wanita yang tidak kisah kalau dimadukan dengan syarat, suami masih adil seperti dulu. dan yang pasti, mereka tidak mahu suami mereka membuat maksiat di luar. Alhamdulillah, payung emas menanti mereka InsyaAllah. =)

    kepada golongan suami pula, kalau isteri dah beri kebenaran, jangan pula sampai kategori pijak kepala. isteri kan harta yang perlu dijaga sebaiknya. ^___^

    sekadar coretan gadis yang masih belum berkahwin. mengutip pengalaman rakan2 dan dijadikan benteng penguat menghadapi kehidupan. =)

    BalasPadam
  12. Sebab tu kalau kita perasan isteri pertama selalu baik dengan isteri ketiga...

    Bukan kerana apa...

    Sebagai tanda terima kasih..

    "Akhirnya kau tolong membalas sakit hati aku kepada perempuan itu, terima kasih"

    BalasPadam
  13. kalau bab wanita kena memahami pasal berpoligami, at first place kenapa wanita juga yang menghancurkan rumahtangga saya?

    saya kagum dgn sorang pompuan yang nyaris kena bakar dgn bfnya kerana ingin memutuskan hubungan setelah diketahui bahwa bfnya tu ada isteri dan anak sorang...

    BalasPadam
  14. Saya membenarkan...Memang pahit..memang sedih..tapi selagi dia mampu..dia boleh berpoligami.. Dan tetap setuju dengan kakcik seroja...

    Bermulalah lagi dari bawah. Biar berkongsi susah.. Jangan bagi yang senang je.. dan berlakulah adil sepenuhnya..

    BalasPadam
  15. cintai Allah dulu sebelum cintai suami.. insyaallah bole terima seadanya setiap yg datang... but offcoz easier said than done.

    BalasPadam
  16. pada saya...sebagai pasangan..sudah mesti kita tahu kemampuan suami kita.. sekiranya dia mampu dr segala segi..mengapa tidak dibenarkan..pahala diterima,dosa dijauhkan..
    namun pada hemat sy, sebahagian isteri yang xsudi di madu mungkin kerana dia tahu suami itu sememangnya tidak mampu. bukan tidak mampu dr segi kebendaan, malahan xmampu dr segi Ke'ADIL'an yg harus disamaratakan...
    pada suami yang ingin berkawin lagi'saya nasihatkan, gunakan jalan yang betul, dan beri masa untuk isteri menerima keadaan' dan pada wanita yng bakal mengahwini suami org saya nasihatkan 'fikirkan sedalam2nya sebelum menerima lamaran tersebut, fahami risiko yang anda ambil dan pabila dah jadi isteri kpd suami org, jangan tamak' :P

    BalasPadam
  17. setuju dgn en mazidul ~ bila disuruh menolak tapi bila dibangkang sanggup kawin sembunyi-sembunyi.. :(

    combi rasa suami suka kpd cabaran kerana bila dicabar mereka merasa hebat!

    hebat ke? kena tanya ister-isteri masing-masing ha ha ha (*_*)

    BalasPadam
  18. Niat kot yang penting...kalau kerana nafsu..berapa lama buleh bertahan???..pucuk pangkal tepuk dadda tanya hati. Kadang-kadang perempuan tu pun lupa yang bila awak kawen...hati org buleh berubah, mungkin mulanya sayang tapi bila di landa badai dan hati dia mula terkasih pada yang lain...then start la kena madu...byk sbb yang menjurus, even though i also perempuan...tapi apa yang i tgk dlm kehidupan sekarang even dia perempuan dia tetap akan slhkan perempuan lagi satu...walau dia tau...masa nak nikah tu laki tu yang kena akad nikah...so tanya la hati sendiri....DIA yang lebih tahu...

    BalasPadam
  19. Ulamak selalu kata, ibadat kita semua ikut Nabi SAW. Macamana Nabi SAW buat begitulah yg kita buat.

    Tapi ... bila bab poligami ... kenapa org tak ikut macamana Nabi SAW buat ? ... kenapa Jabatan Ugama tak buat undang-undang supaya berpoligami ikut macam Nabi SAW ?

    Mula-mula Nabi SAW kahwin dgn janda ... Aishah je yg anak dara ... yg lain isteri Nabi SAW juga janda.

    Kalaulah ade undang-undang kita supaya setiap lelaki hanya boleh berkahwin dgn seorang anak dara dan yg lain MESTI janda ... keadaan mugkin lebih baik.

    ALLAH KNOWS BEST

    Nani Cheras

    BalasPadam
  20. setuju dengan mummy_nad... kekadang ada suami yg makan hasil titik peluh isteri.. tp ada hajat nak tambah isteri.... akhirnya dua2 isteri terbeban.

    bg saya tiada halangan kalau nak beristeri lebih dr satu asalkan ada kemampuan, dr segi kebendaan dan juga kebatinan.

    BalasPadam
  21. Salam. Saudara Mazidul, I think the phrase should be "easier said than done'. Thanks. Wassalam.

    BalasPadam
  22. p/s-Pelik sebab orang yang menikah@mendirikan masjid kena penjara sebulan ~alid

    tak pelik dan tak salah mendirikan masjid...kerana hidup kita berpandukan syariat dan undang-undang.jika diatas tanah orang...kan manis minta izin tuan punya tanah dulu...mengerti dong!

    apa guna undang-undang jika semua orang boleh ikut suka hati.dlm islam pun jelas hidup mesti ada panduan.kalau tidak kita sama taraf dgn binatang!

    contoh : jika semua orang tidak peduli lampu trafik diatas jalan raya,apa akan jadi.kucar kacir dan silap hari bulan ada yg pecah kepala.betul tak? :)

    ***apapun...ingatlah para suami sekalian jika anda disuruh berkahwin lagi bermakna kasih sayang isteri terhadap anda sudah padam! fikirkanlah... ^.^

    BalasPadam
  23. banyk gadis lebih suka memburu suami yang telah habis hutang rumah dan hutang kereta..

    senangnya buat perkiraan

    BalasPadam
  24. Saya x rasa pelik kalau para Suami teringin nak berpoligami.

    Saya lagi x rasa pelik sekiranya Isteri tdk mahu Suaminya berpoligami.

    Apapun sebagai org Islam yg hidup berpandukan Al-Quran & Hadis & jika kita faham hakikat semua yg kita punyai kini hanyalah pinjaman, maka kita akan redha.

    Saya sejujurnya tidak mahu Suami saya berpoligami kerana sehingga kini saya tdk merasakan ianya perlu buat dirinya & dia memahami itu.

    Secara lisan kami memeterai persepakatan bahawa sekiranya dia 'teringin' bermain cinta baru/berkahwin lagi sila maklumkan kpd saya kerana saya tdk mahu tahu drp org lain & kerana saya tahu dia punyai haknya sendiri & saya pun mengetahui hak saya - Persepakatan tercetus dr semasa ke semasa & yg terbaru pada bln Mei & Jun baru2 ini rentetan drp 'Musibah' yg berlaku terhadap 2 ahli keluarganya sendiri.

    Ya, mmg benar kita hanya blh membuat ketetapan, tetapi sekiranya benar2 terjadi kpd diri, berdoalah kita akan menghadapi semuanya dgn waras.

    BalasPadam
  25. Salam,

    Ada sorang mak kepada seorg kawan baik yg hidup bermadu ckp kasih sayang bukan seperti air dalam baldi sekali simbah habih..kasih suami mcm air mata tidak akan habis..erm yelah hubby dia adil 4 wife keempat2 ada banglo....he he he mgg ler takkan abihh, tp klu takat rumah pon wat combine loan ngan wife cam ner tuh..

    namun abah saya menentang cara poligami melayu yang banyak mendera zahir & batin isteri & anak2.....

    BalasPadam
  26. Saya cadangkan suami yang teringin berpoligami mengambil kursus psikologi, kekeluargaan, keibubapaan, dan lain-lain kursus yang berkenaan. Lengkapkan ilmu di kepala yang kat atas tu, mudah-mudahan senang kontrol kepala yang kat bawah tut...

    Jangan jadi specis BENGAP yang tandus ilmu tapi berdegar-degar menuntut hak kononnya mampu kahwin 4.

    Masalahnya, bukan sedikit lelaki bengap yang tak ada ilmu dan merosakkan imej poligami itu sendiri. Ilmu monogami pun masih terhegeh-hegeh, sudah mahu mengejar poligami tanpa ilmu.

    Lelaki memang banyak akal, tapi gunakan akal untuk perkara yang negatif. Kesian. Alahaiii lelaki... kui kui kui...

    BalasPadam
  27. Al kisah cemburu Ummul Mukminin :

    Rasulullah SAW pernah bertanya pada isterinya, Aisyah r.a. : “Apakah engkau pernah merasa cemburu?” Aisyah menjawab, “Bagaimana mungkin orang seperti diriku ini tidak merasa cemburu jika memiliki seorang suami seperti dirimu.” (Hadis riwayat Ahmad)

    Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah bersama Safiya yang sama-sama berhijrah dan yang baginda nikahi di perjalanan menuju ke Madinah, Aisyah berkata, “Aku menyamar dan keluar untuk melihatnya. Tetapi, Rasulullah mengetahui akan apa yang kulakukan dan baginda berjalan ke arahku. Maka aku pun bergegas meninggalkan baginda. Namun baginda mempercepat langkahnya sehingga menyusulku. Kemudian baginda bertanya, “Bagaimana pendapatmu tentang dirinya?” Aisyah menjawab dengan nada sinis, “Dia adalah wanita Yahudi, putri seorang Yahudi.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

    Aisyah r.a. berkata, “Pernah suatu malam, Nabi SAW ada bersamaku dan baginda pada masa itu menyangka aku telah tertidur. Maka baginda keluar dan aku pun mengikuti jejak langkah baginda. Sungguh aku menyangka bahawa baginda pergi untuk menemui isterinya yang lain, sehingga baginda sampai pada suatu tempat pemakaman. Lalu baginda pun berbelok dan aku pun mengikutinya. Baginda mempercepat langkahnya dan aku pun mempercepatkan langkahku. Kemudian baginda bergegas kembali ke rumah dan aku pun berlari agar dapat mendahuluinya menuju rumah. Setelah baginda memasuki rumah, baginda bertanya mengapa nafasku termengah-mengah seperti orang yang menderita asma sedang mendaki suatu bukit. Aku pun menceritakan kejadian yang sebenarnya kepada baginda, bahawa tadi aku mengikuti ke mana baginda pergi. Baginda pun bertanya, “Apakah engkau menyangka bahawa Allah dan Rasul-Nya akan menyakiti dirimu?”” (Hadis riwayat Muslim)

    Anas r.a. pernah meriwayatkan : “Pada suatu saat Nabi SAW berada di samping beberapa orang isteri baginda, salah seorang ummul mukminin mengirimkan satu piring makanan. Tiba-tiba isteri yang di rumahnya Nabi SAW berada, memukul tangan pelayan yang membawa piring makanan itu sehingga piringnya jatuh dan pecah. Lalu Nabi SAW mengumpulkan pecahan piring dan makanan yang tadinya berada dalam piring yang pecah itu. Baginda berkata: “Ibumu cemburu.” Baginda menahan pelayan tadi sampai baginda memberikan piring dari isteri yang di rumahnya baginda berada. Piring yang utuh itu baginda serahkan kepada isteri yang piringnya pecah dan baginda menahan piring yang sudah pecah di rumah isteri baginda yang telah memecahkan piring tadi.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Dari hadis-hadis yang dipetik di atas, Aisyah r.a. yang tinggi taqwanya pun mempunyai perasaan cemburu. Jadi, jika anda seorang suami yang dikurniakan seorang isteri yang kuat cemburu, bersabarlah. Cuba selami jiwa isteri anda. Bagaimana, ya?

    Jemput sambung baca di http://laman-seri.blogspot.com/2010/06/memahami-cemburu-seorang-wanita.html.

    BalasPadam
  28. Abg Mazidul, mengapa catatan "Antara Mesir-Israel tak boleh buka? Sudah kena banned ka?

    BalasPadam
  29. Ayah saya berpoligami, abg pun berpoligami sampai ada 21 org anak; anak saudara pun berpoligami elaok sahaja pakatannya; rakan saya pun berpoligami saya yang carikan calonnya mereka amat bahagia.

    Rasanya untuk berlaku adil memang sukar tapi jika isteri-isteri tak banyak pinta malahan membantu memang tak ada masalahnya.

    Satu ketika nanti perempuan memang akan lebih dari lelaki jika tak berpoligami apa akan jadi kepada sebahagian perempuan ini.

    Saya pun sering dipinang perempuan tetapi lantaran tak ada jodoh takkan ke mana.

    Arwah emak baik dengan madunya yang kedua tidak yang ketiga. Tetapi mereka elok sepakat sampai ke akhir hayat.

    Suami yang mahu berpoligami kena menuntut banyak ilmu di dada; jika kosong bagaimana mahu menambat hati isteri.

    Islam itu amat adil & jika Islam membenarkan suami beristeri sampai empat kenapa mahu kita persoalkan!.

    Apakah kaum Hawa tak kasihan kepada perempuan yang berstatus; kaya raya tetapi tiada suami atau jodoh di sisinya!. Jika jodoh perempuan begini tersurat bersama suami orang; itu bukan kudrat kita. Ianya ketentuan Ilahi.

    BalasPadam
  30. hakikat nya hidup di dunia ni sementara..yg kekal hanya di akhirat..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.