Selasa, Julai 27, 2010

Seks Bukan Segalanya

Majoriti perempuan di negara maju sedaya upaya menjaga bentuk tubuh badan biarpun diterjah usia. Justeru, mereka kelihatan menarik di mata dan sekaligus membangkitkan nafsu pasangan.

Wanita Malaysia?

"Alah! Suami aku? Kalau tak nak sudah! Seks bukan segalanya, kita kan dah tua"

Ayat favourite, lambang kegagalan wanita tempatan.

32 ulasan:

  1. Hahahaha, jangan lupa baju kelawar ok. Pergi hypermarket pun boleh bantai pakai baju kelawar. Pastu badan, lebih sikit jek dari tayar Goodyear 20 inci.

    BalasPadam
  2. wanita melayu tiada pendidikan seks dan mempunyai perasaan malu yang menebal.. tuan ruamh mohon link sgkasai untuk up trafik. terima kasih

    BalasPadam
  3. haha...komen bro hazrey memang superb..tergelak lak baca...hehe

    tapi bila fikir pasal topik ni, kalau si isteri tak pandai jaga diri luar dan dalam, jangan salahkan si suami kalau dia mula mencari pucuk muda.. :)

    BalasPadam
  4. tutur kata & ayat endah-endah ini tak apa juga... ramai kalangan isteri sekarang makin menolak ketika pasangannya berhajat... ada saja alasan... paling sedih siap perlekeh tubuh suami sendiri!

    BalasPadam
  5. bukan saja baju kelawar ...kain batik di pakai dari pagi sampai malam...kalau tak bekerja....
    cam manalah suami tahan

    BalasPadam
  6. Wanita Malaysia nie memang gitu..
    ala dah kawin kan.. so x perlu laa nak make up2 dah..

    bila laki cari lain.. baru melompat..

    kalau jaga diri cam sebelum kahwin.. laki korang susah nak cari lain..

    BalasPadam
  7. yer..betoi semua kOmen di atas wanita malaysia mmang tak ramai yg suka jgn badan..
    So klu suami2 nk isteri kOrang cantik bergetah bukak mulOt korang ckp ayg diet la ckit ayg pakai cream nih mkn ubat nih..
    Nih x msa cantik sukO bila besar ckit lepas bersalin terus korang cari lain..
    SEKIAN..

    BalasPadam
  8. Kasihan perempuan2 melayu yg kurang arif pasal kehendak suami kasihan lagi suami2 dia orang yg kena buat self-service tiap kali tenguk blues..hehe.

    Sebenarnya kata setengah suami ,bukan semua laki2 yang nak berpoligami tetapi memang ada yg suka berpoligami ...kategori yang suka berpoligami dia akan cari juga walaupun isteri tu maintain makan jamu atau cucuk botox sekali pun...tetapi yang jenis baik mereka tak nampak fizikal itu sebagai merangsang mereka cari ulam muda sebb banyak juga jenis ulam yg lagi tua lagi lemak rasanya ..contoh macam ulam jering dan petai.Kalau di bandingkan denagn kelapa muda dan kelapa tua pun lebih lemak yg tua.

    Banyak juga kes perceraian berlaku antara filem2 star yg cun melecun dan sexy bergetah ,kenapa jadi begini sedangkan isteri mereka cantik ~sekadar nak bagi tahu fakta sdr tak berapa betul.Isteri simple sebb suami pun jenis tak apa..tapi sebb suami ni kategori suka berpoligami bila ada je peluang mereka akan berubah dari jenis tak ape tadi akan jadi jangan salahkan kami ....

    BalasPadam
  9. Bro

    Orang pompuan kenalah jaga:
    1. Tutur kata
    2. Tingkah laku
    3. Daya fikir
    4. Gaya badan
    5. Makan

    Please ladies, use your 'Head', not your Bread...ok ☺

    ha ha ha

    ☺ ☺ ☺

    BalasPadam
  10. pandangan ini terlalu umum... tp tidak menafikan mungkin ada sebahagian yg berpendapat begini, tp takan kita cerita plak cerita2 dlm kain ni kat luarkan.. takan nak citer camna pakaian kita bila nk tido, takan nak citer plak mlm ni letak perfume apa kat tempat tido, takan nak citer makan maajun apa untuk bg power servis kat suami etc etc... so biarlah rahsia...

    BalasPadam
  11. tapi ada gak suami bila isteri bergaya pun dia tak heran... nak gak kat bibik2 yg pakai kain batik atau makcik rumah sebelah yang pakai baju kelawar...

    sebab lelaki ni yang dah grenti dia punye dia tak berapa heran, tapi kalau yg bukan milik dia lagi bukan main dia nak... tak gitu...

    sebab tu isteri2 pun malas nak layan.. suka hati lah, tak nak sudah...
    manalah

    BalasPadam
  12. budaya melayu jauh beza dengan budaya negara barat(maju)..wanita melayu bila dah makin tua..kita tak berapa nak fikir soal jaga bentuk badan tp jaga soal"mati" dan "bekalan kekubur". Beza benar dgn wanita di negara maju ..fokus hidup mereka hanya donia nan fana..akhirat elekkkkkkk

    Lelaki pula tak kira di donia mana.. makin tua makin galak dan berselera seksnya...

    Sy tak tengok itu lambang kegagalan wanita tempatan bila bicara seks bukan segalanya.. sebab bila dah monopos... ada nikmat lagi ker aktiviti seks ni utk wanita?? heheh sy tak tahu ler sbb lambat lagi nak monopos).. lelaki ada ker monopos??? sampai ke tua bangka dan mati pun...seks tetap bersemangatt

    BalasPadam
  13. Entri En. Mazidul ada benarnya & relevan dgn sebilangan wanita.

    Pada pendapat saya, kalau nak lawa, nak nampak elegan, nak badan bergetah & yg penting cantik di luar sihat di dalam perlukan penjagaan & perawatan = Perlukan WANG, dorongan & sokongan berterusan.
    Daripada siapa? Semestinya dr diri sendiri & Suami itu sendiri.

    Saya nak tanya sikit boleh?
    (1) Masa isteri dalam pantang melahirkan anak (baca : hasil 'tolong-menolong' SUAMI & Isteri) ada tak Suami membantu isteri?
    Kalau tak bantu : Jangan bising sekiranya Isteri nampak pucat, kecut, alignment lari 180 degree & tak ketat (baca : ikut pemahaman masing2 ok).

    (2) Si Isteri pula, masa berpantang tu ada tak jaga makan, minum & pergerakan?
    Kalau tak jaga : Jangan bagi jwpn klise "Ala perempuan dah beranak mmglah 'jatuh' sana-sini, Suami aku x kesah..."

    (3) Apabila si Suami nak Isteri seksi di ranjang hingga membuatkan misai/janggutnya bergerak2 (baca : senyum happy) & menegur Isteri supaya jaga badan & kurangkan lemak simpanan hari tua, ada tak si Suami ambil inisiatif hadiahkan seluar dalam renda warna merah & hitam macam Pak Arab belikan Isterinya kat SOGO ataupun hadiahkan minuman pelangsingan yg melambak di pasaran?
    Kalau x pernah hadiahkan : Terimalah dengan redha walaubagaimanapun fizikal Isteri anda & tanamkan rasa "tak kisah" di dlm hati (baca : x keluar duit pun...).

    (4) Apabila minyak wangi, baju/T-shirt & seluar pelbagai jenis & harga boleh dibeli dgn kawan/online tak payah nak keluar rmh, mesin basuh lengkap dgn punca elektrik, cecair pencuci & pelembut pakaian semuanya ada, mengapa Isteri tak salin 3 psg baju & pakaian dalam sehari semalam?
    Jika tak kisah juga : Jgn marah kalau Suami bercerita kwn kat ofis melawa & bau wangi mcm pontianak harum sundal malam & jgn heran mengapa Suami lebih rajin peluk anak2 ataupun bantal peluk lunyainya aje.

    Moralnya, sayangi diri masing2. Memang agak susah kerana kadangkala saya sendiripun 'lupa diri'. Yg penting buat Suami & Isteri, sayangi pasangan anda seadanya & ambillah inisiatif utk ke arah yg lebih baik. Ya, cakap mmg senang... kalau x cuba x tau... Jom buat sesuatu hari ini nak tak? (baca : kejutan buat Suami/Isteri). Tak sempat? Tak apa, esok msh ada tp x baik bertangguh...

    BalasPadam
  14. Hmm..
    Nak quote my semantik posting kat forum..

    "some pompuan mmg ckp.. ~ cantik/make up utk suami
    ..some others ckp.. ~ cantik/make-up utk diri sendiri

    golongan nie (some), time kuar mmg nak cantik/make-up... x kira either dgn suami or x.
    time duk umah x make-up/huduh.. x kira aa sensorang atau dgn suami..

    kesimpulan logic.. pompuan nak cantik/make-up bukan utk diri sendiri atau utk suami."

    BalasPadam
  15. hoho...cam macik saya la berkata..gemok2 pun laki sayang...belakang laki dia ada affair dgn satu perempuan yg cun gila kerja di xxx sebuah company terkemuka dan sekarang tengah sebok menguruskan badan..

    BalasPadam
  16. ada kerrr wanita yg sudah kahwin dan ada anak, cakap begitu????
    kalau ada, itu mungkin yg sudah bosan.
    Kena tanya juga, knapa wanita bosan....
    :)

    BalasPadam
  17. ..ada isteri pulak menjawab..
    alaa suami saya memang rabun...kalau dia tahu di pejabat ramai lelaki yang tergoda
    memang sah tak bagi datang kerja.

    saya masih laku tau..

    * nampaknya melawa semasa kerja.

    BalasPadam
  18. Kalau nak cerita pasal kelemahan suami entah2 lagi panjang tapi maklum sajalah ego laki2 mana mahu terima..hari ni saja ada berita rogol dalam the star on line..yg pelik mangsa umur 10 tahun dan 12 tahun...hmmm salah isteri juga sebab tak pandai jaga nafsu-serakah laki2 sampai kan cari buah putik...

    BalasPadam
  19. Tak semua macam tu...
    Walaupun anak sepuluh, masih ada yang maintain. Setiap hari walau kat rumah mesti berdandan. Kalau tak, tak kenal mana satu maid mana satu majikan ha ha ha

    BalasPadam
  20. Segelintir kot...

    Sebenarnya mana ada pmpn nak gemuk? Lebih2 lagi pmpn yang dah biasa kurus sejak azali tiba2 jadi gemuk lepas kahwin. Kadang2 kata2 mcm kat atas tu diucapkan sekadar menyejukkan hati sendiri. Vic pun banyak kali ckp mcm tu jugak tp takde la buat bodoh je bila badan dah naik.

    Pergi juga kelas yoga walaupun yoga ni untuk orang yang badan dah jadi buluh sangat2 menyakitkan. Hari pertama pergi sampai bengkak2 mata nangis. Tapi sebab nak kurus punya pasal pergi jugak 3-4 bulan. Agak2 dah kurus sikit berhenti la kelas yoga sbb husband ckp... "dah kurus sikit dah le.. kurus cam lempeng saya pun tanak".

    Dulu mak daftarkan kelas renang. Seminggu 3 kali pi kelas renang. Dah kawin laki tak suka berenang walaupun rumah dia kat kg dulu tepi sungai. Nak pi berenang kat pusat akuatik awam laki cakap "tayah mengada - awak pi kelas renang berjam2 sy duk umah sorang2".

    Abis duk umah hari2 masak je kijenya... masakan sendiri sedap plak tu. Bila dah sedap makan banyak sikit... mana tau montel balik...

    Ingat org pmpn montel ni tak sedih ke badan dowang naik? Vic pernah nangis kat fitting room JUSCO dekat setengah jam sebab sedih sgt tak muat nak pakai yang kita suka sangat. Lagi plak kalau jumpa kawan2 lama yang tegur pasal badan kita... terus rasa hiba. Orang cakap pakai lepas je, tk fikir hati kita.

    BalasPadam
  21. peh komen bro hazrey mmg terbaik..
    tapi betul juga tu..
    jangan selalu pakai baju kelawar je..hhehehe

    BalasPadam
  22. harap2lah bakal isteriku pandai jaga bandan.. kekal seksi.

    BalasPadam
  23. salam...en mazidul...
    leh tlg x...ank angkat kwn sya dilarikan oleh mak kandung nya(warga indon)slpas smua proses ank angkat dibuat...laporan polis telah dibuat tp spai skang xder berita...info yg kami dpt mengatakan dia jual baby tu di johor ngan harga 10k...

    harap en dpt menolong kami..klo encik perlukan pic baby tu / indon tu emal sya yer...

    tq.
    eishea

    BalasPadam
  24. Apa-apapun, saya tetap salahkan si suami yang amat berkira dan KEDEKUT dalam hal-hal mengeluarkan modal untuk mencantikkan isteri sendiri tapi tidak ada segan silu pulak invest kepada yang HARAM.

    Baju kelawar tu siapa yang beli? Suami atau isteri? Klau budget yang diberi hanya cukup utk baju pagoda atau kelawar, jangan mengharap yang terlampau tinggi.

    Ibarat anda memandu kereta kancil/Viva, tapi anda perasan yang anda memandu NSX... kui kui kui...

    You get what you give...

    Patut baca : http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/peguam-syarie-menulis-hubungan-seksual.html

    BalasPadam
  25. Aduhai Vic @ Diana ,janganlah sedih ...laki2 yg baik tak hanya layan nafsu serakah mereka jer sebb sebagai suami banyak hal yg lebih berat dari nafsu tu.

    Perempuan2 yg masih single yg kat luar sana pulak jauhilah laki2 yg suka kutuk2 isteri mereka kerana rasanya laki2 macam ni banyak penyakit hati(isi kandungan al quran nur karim).

    BalasPadam
  26. Dua-dua pihak kena usaha lah. Hakikatnya memang lelaki suka tgk benda yang 'indah' haha

    http://ilham-kembara.blogspot.com

    BalasPadam
  27. Kenapa? Kerana ramai wanita yang rasa dia boleh hidup tanpa suami. Dia rasa fungsi hubungan suami isteri tak adil. Contoh? Both party are the breadwinner. somtime the wife is the breadwinner. Tapi at the same time, kerja rumah, jaga anak, urus belanja rumah, semua isteri kena buat. Seoalh-olah isteri tak penat bekerja. Hanya suami yang penat bekerja.

    BalasPadam
  28. Sila maklum, kos penjagaan badan tu cik abang tolonglah keluarkan...

    BalasPadam
  29. i like bawang goreng & N.A.H.A :)

    cermin-cerminkanlah diri wahai suami dan perbanyakkanlah sedekah utk isteri (*_*)

    BalasPadam
  30. ecah memang sokong bawang goreng..
    dah sekapal..sejiwa..

    berasal dari kelompok yang sama..huhuu

    BalasPadam
  31. Kesimpulannya, kena saling bantu membantu dan saling melengkapi...

    Takat la, aku dan isteri dah punya 2 orang anak. Tapi alhamdulillah, isteri aku masih cun dan comei...

    Rahsianya? kena la bantu isteri masa dia berpantang... tolong jaga anak, beli produk2 kesihatan, produk ramping badan, sapukan kapur + limau kat perut dia sebelum dia bengkung dan bagi kata2 semangat... Memang penat tapi puas hati dan berbaloi...

    1 lagi, suami juga kena tunjuk teladan. contohnya, kalau x mau isteri lemah berlebih, jangan amalkan pemakanan x seimbang dan makan kot dan... secara x automatik, isteri akan terikut2 cara kita..

    renung2kan dan selamat beramal! :):)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.