Kes kaki katak ditemui di dalam hidangan di kopitiam pernah saya paparkan di sini bersama gambar.
Terbaharu, menurut laporan akhbar Kosmo, pelajar kolej swasta, Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24 tahun dilaporkan menyaman Artisan Natural (M) Sdn. Bhd dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd sekaligus menamakan Old Town White Cofee, di Bukit Tinggi, Klang, Selangor sebagai tertuduh pertama.
Malam 11 Mac lalu, plaintif bersama keluarga mendakwa ke premis terbabit dan memesan mi goreng Dry Egg Noodles dan kemudian dikatakan menjumpai kaki katak dalam makanan terbabit. Aliff kemudian dilapor cuba meminta penjelasan daripada pengurus bertugas namun dia enggan keluar dan mengarahkan juruwang merakamkan gambar.
Peringatan kepada pembaca, restoran dikunjungi ramai pelanggan beragama Islam tidak bermaksud premis terbabit memiliki sijil halal. Setakat ini tiada undang-undang mewajibkan semua premis menjual makanan dan minuman di Malaysia mendapatkan sijil halal kerana pengusaha berbeza agama.
Hemat saya, pengguna Islam boleh memilih untuk menjamu selera di premis diusahakan orang Islam. Jadi mengapa memperjudikan status halal haram dan terus mengunjungi gerai atau restoran diusahakan warga bukan Islam?
abang maz..itu la resepi rahsia mereka kot selama ni. Yang saya perasan kebanyakan tukang masak semua bukan Islam.
BalasPadamsiapa pemiliknya..? yang saya tahu mereka ada juga tampal sijil halal tp daripada majlis agama Islam Perak.
memang pemiliknya mungkin punya agenda busuk nak memperbodohkan Islam. Sudahlah Melayu diperbodohkan dalam politik..sekarang sekecil2 makanan pun nak diperbodohkan.
diarianaz.blogspot.com
Salam MAS..
BalasPadamoh.. OTWC rupanya.. semalam tengok berita cuma disebut nama Syarikat yang memiliki kopitiam itu. Macam tak pernah dengar je (mungkin kakcik yang ketinggalan).
Banyak lagi restoran yang boleh dimasuki untuk makan, tapi kenapa berbangga dapat makan di tempat 'sebegitu'?
eeeeyeark....tobat tak singgah dah old town..eeee....geli tekak
BalasPadamMengenai entri sebelum ini. Saya tertanya-tanya, jika kaki katak dijumpai, mana perginya badan katak tersebut? Ada yang dah termakan ke?
BalasPadamuwekkkk,
BalasPadamsib baik roti bakar takde perut katak
yakkkk.. mana pergi nyer badan katak tuh eks...
BalasPadamrasanya ramai yg suka mengunjungi kopitiam ni sbb ianya nampak classy gitu... halal haram dah tak tanya dah...
Iyarrkkkkkkkkkkkkk OLD TOWN WHITE COFFEE RUPANYA!!!! Dari awal2 tanak sebut nama kedai. Surat khabar ni memang kurang asam betul...
BalasPadameiii geramnya aku.. kena samak perut aku ni.
euuwww......taknak gi sana dah...sebelum ni takde plak sebut nama kopitiam tu...ish..
BalasPadammujur ternampak kaki sikodok tu..kalau tak yummi dan sodap serta berselera sungguh..lain kali pergi lah lagi...
BalasPadamSaya sempat baca di Kosmo. Mmg tertera OldTown White Coffee. Dulu masa heboh dpt email mee kaki katak tu pun ada juga disebut2 kopitiam, tapi apa lagi nama kopitiam yg famous...?
BalasPadamSaman, samanlah. Tak ada hal, saya fikir tentu tak jadi kes sebab mereka bukannya restoren Muslim pun. Silap2 memang tak ada halal Jakim, tapi cuma ada 'ha lam alif lam' aje.
Salah siapa sebenarnya? Yang menyediakan makanan berorientasikan keuntungan atau yang ada PILIHAN SENDIRI untuk menentukan halal/haram sesuatu yang dimasukkan ke mulut sendiri???
Sekarang nih banyak kes makanan halal dipermainkan oleh pengusaha..tindakan keras perlu diambil bagi megelakan kita memakan barangan yang tidak halal menjadi darah daging..denda sahaja tidak mencukupi..
BalasPadambegitulah kita manusia. yg terang2 halal takmau dimakannya... yg syubhah tu jugaaak yg ndak, atas alasan "ramai je budak2 pompuan bertudung keje kat kedai tu & mkn kat situ", mmg la bukan org islam yg buat, tp kan ada halal J***M", "baru la org pandang tinggi kat kita dpt mkn kat kedai2 high-class mcm ni...", etc etc.
BalasPadampadahal, kan ke lebih baik kita tinggalkan benda2 syubhah ni. lagipun apa salahnya kita gi mkn mee goreng kat kedai makcik kiah, atau minum kopi ais kat restoran ali, atau makan pizza kat kedai kak pah, kan?
mungkin ada orang yg boleh cakap, "ala... yg kedai org islam tu pun kita bukan tau dia dapat supply bhn mentah tu dari siapa, dapur kedai pun ntah2 kotor". ye betul tu, tapi si pengusaha makanan/kedai yg beragama islam, kalau dia betul2 mengamalkan islam, dia takkan mengkompromikan hal2 seperti ini, kalau tidak dapat dosa free le...
hadis kat bawah ni saya jumpa kat website hal ehwal islam brunei, cuma utk kita fikirkan sama2:
"Dari Abi Hurairah Radiallahu Anhu telah berkata ia : Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : Akan ada suatu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi memperdulikan apa yang diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah dari yang halal atau dari yang haram". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
apa2 pun, seperti kata Bawang Goreng, PILIHAN terletak di tangan anda sendiri...
:)
Bro
BalasPadamSaya pun pernah juga termakan kaki katak di Yangon, nak saman ke?
Besar, macam kaki ayam. masa nak bayar, baru orang tu cakap itu kaki katak, ceh...Lepas tu balik rumah kena bebel. ha ha ha Dah nasib ☺ ☺ ☺
p/s lemak manis macam daging burung ha ha ha
Bagi pandangan saya, baik makan dirumah sudah tentu halal sebab kita masak sendiri, setakat hendak makan/minum dekat OTWC semua kita boleh buat...setakat air coffee, roti bakar dan pelbagai menu disitu. Kalau hendak minum dan makan juga tempat macam itu...lihat dibahagian dapur, siapa yang masak, kebersihan dapur serta perkakas2 di dapur. Saya kalau pergi kat tempat mcm itu saya perhati/periksa dulu, kalau tukang masak dia bukan islam soryle saya nak makan walaupun tulis tanda HALAL...bukan buleh percaya...
BalasPadamsalam bro mazidul,
BalasPadammintak kebenaran nak publish link article ni ke wallpost facebook saya.