Sabtu, Julai 17, 2010

Televisyen Tanpa Iklan?

Saya sering menerima komen berhubung penyiaran iklan televisyen. Iklan didakwa mengganggu perhatian penonton terhadap paparan disiarkan. Malah sebilangan penonton begitu emosi sehingga sanggup memaki hamun dan melontarkan komen berbaur penghinaan.

Sebelum bertugas di syarikat televisyen, saya juga tidak menggemari iklan. Kenapa? Kerana seperti penonton lain saya terpaksa menunggu untuk mengetahui kesudahan paparan ditonton. Setelah berkhidmat lebih 15 tahun di syarikat penyiaran saya masih tidak menggemari iklan. Namun  kepentingan iklan kepada syarikat televisyen harus diperjelaskan.

Setiap iklan disiarkan televisyen, dibayar syarikat pengiklan mengikut kadar ditetapkan. Bayaran itu sumber kewangan utama khususnya kepada syarikat televisyen swasta. Bilangan dan durasi iklan pula bergantung kepada rating program. Maksudnya, jika program disiarkan pada waktu perdana dan mempunyai rating tinggi, harga iklan disiarkan lebih tinggi berbanding program mempunyai rating rendah dipaparkan pada waktu awal pagi.

Contohnya, Buletin Utama disiarkan pada waktu perdana ditonton purata 2.3 juta rakyat Malaysia mengikut rating dicatatkan AC Nielsen. Justeru setiap iklan disiarkan di antara jam 8 dan 9 malam itu dijangka disaksikan bilangan penonton sama sekaligus kadar bayaran iklan terbabit pastinya lebih mahal berbanding iklan disiarkan pada awal pagi dengan purata rating program kurang 500,000 penonton.

Wang dibayar pengiklan digunakan syarikat televisyen swasta untuk membiayai kos pengurusan dan operasi, membayar gaji ribuan kakitangan syarikat termasuk wartawan dan jurugambar. Wang hasil iklan juga antaranya digunakan untuk membiayai bajet pembikinan program disiarkan seperti tiket kapal terbang, hotel dan elaun krew bertugas di pelbagai lokasi samada di dalam mahupun di luar negara. Kekadang kos itu mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit biarpun durasi program disiarkan hanya 30 minit sahaja.

Dalam erti kata lain, tanpa iklan, sumber kewangan syarikat televisyen lumpuh dan program tidak mampu dihasilkan.

Namun hakikat itu jauh berbeza berbanding operasi syarikat televisyen berbayar, cable TV. Cable TV tidak banyak menyiarkan iklan kerana penonton membayar untuk menonton program ditawarkan sedangkan siaran televisyen swasta ditonton secara percuma.

Apapun, penonton mempunyai hak menentukan program ingin disaksikan. Jika ingin menonton program berkualiti secara percuma, penyiaran iklan is a price to pay. Sebaliknya, penonton boleh melanggan dan membayar perkhidmatan cable TV menyiarkan kurang bilangan iklan.

7 ulasan:

  1. Saya suka iklan, tp benci iklan yang membosankan, skrg banyak iklan yang pada saya kretif dan kita seronok dan tak jemu tengok. Iklan pun bagus gak, kalau2 rasa nak pegi tandas kejap, bleh pegi time iklan, kalo tak de iklan, berbelah bahagi jugak woo...

    BalasPadam
  2. tu la yg sirah selalu jawab kat mak bila mak sirah selalu bising "iklan ni lamanya.."huhuhu

    BalasPadam
  3. Nice blog you have here. I'm on a blog-raider mission. Looking for potential customers who would be getting married soon. No pun intended for those who are still looking...
    Sorry for using this method as I can't afford to finance my business ads on media prima Tv channels.

    http://videokahwin2.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. saya paham.
    cuma yang saya marah kenapa cable tv masih mahu beriklan?

    kalau sudah berbayar, dan bayaran dianikkan setiap beberapa tahun, kenapa perlu iklan lagi kan?

    pening saya....

    ps. saya cadangkan saluran2 media prima selaraskan iklan2 mereka supaya tidak serentak. contohnya kalau tv3 iklan dari 9.00 sampai 9.05, ntv7 iklan dari 9.05 sampai 9.10 dan 8tv dari 9.15.

    senang kami nak channel surfing. :)

    BalasPadam
  5. Iklan tu tak salah ditayangkan, tapi yang buat orang ramai tak puas hati ada beberapa sebab (ni cuma pendapat saya la):

    1) tayang terlalu lama. kadang-kadang tu sampai 10 minit. penonton jadi bosan.

    2) ini slalu terjadi kalo tayang movie waktu malam, then ada nightline, n sambung movie lepas nightline. yang slalu saya tengok, lepas je nightline, tv3 akan siar iklan dekat 20-25 minit, lepas tu baru la tunjuk ending movie tu. sepatutnye habiskan movie tu, baru la tunjuk iklan sejam pun takpe.

    3) banyak iklan merepek. naik menyampah tengoknya walaupun nak promosi produk. ok, itu salah tukang buat iklan la.

    4)tayang iklan waktu klimaks cerita. aduihh...org baru nak berdebar-debar, tiba2 iklan. trus jd tak best, tukar channel.

    haaa...itu la bebaper sebabnye.

    BalasPadam
  6. Saya setuju dengan KnowLee :

    Terlalu lama... Kut ye pun, cerita tu baru aje ditayangkan 5 minit, iklan sampai 10 minit. Goreng bawang pun sempat!

    Terlalu mendedahkan... Erk.. tu ari superman Msia kena banned dan kena buat kerja sosial sebab mendedahkan dada, tetapi BANYAK iklan yang mendedahkan dada, takde tindakan ke? (sama kes dengan cerita ikan duyung yang karut tu!)

    Terlalu lucah... 'dah potong?', 'saya suka lubang' semua keluar... Apa ke jadahnya diaorang nih?!

    Kui kui kui!

    BalasPadam
  7. tanpa Iklan mana mungkin kita dapat bajet untuk siaran yang baik & berkualiti; memang saya setuju,

    malahan mentiadakan iklan bagi saya satu yang tak mungkin buat RTM TV3 atau mana juga TV yang bukan kable TV..

    keuntungan yang berganda bilamana kable TV membuat rancangan realiti; penonton siap SMS bayar bulanan... & siap ada iklan lagi... saya tak pasti kerja siapa meluluskan lesen perniagaan yang terang-terang merompak duit rakyat lantaran teruja dengan siaran hiburan ini...

    isu ini elok kita fikirkan bersama; wajarkah iyer!...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.