Ahad, Julai 18, 2010

Lagakan Madura Dan Flores!

"Ada perjudian laga ayam setiap malam Ahad dan Isnin," ujar pemberi maklumat.

Jam 1 pagi tadi saya ke kongsi penempatan pekerja pembinaan warga asing di Seksyen 2, Putra Height, Subang Jaya, Selangor.

Turut serta sepasukan polis diketui Inspektor Herman Yusof dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Saya sedar maklumat berhubung pemeriksaan bocor sejurus menyusuri lorong gelap di antara rumah didiami pekerja.  Gelanggang menyabung ayam ditemui namun hanya beberapa ayam sabung ditinggakan di dalam sangkar.


Kumpulan anda lihat di sebelah kiri gambar, pekerja warga asing dari Indonesia dan Bangladesh diperiksa pasukan polis sama. Di sebelah kanan, gelanggang ayam sabung.



Lelaki di bawah ditemubual. Menurutnya, dia baharu datang dari USJ Subang Jaya dan berasal dari Sumatera, Indonesia.


Rumah didiaminya terletak kurang 10 meter dari gelanggang laga ayam terbabit.


"Kamu tahu ada perjudian laga ayam di sini?," tanya wartawan 999.

"Tak tahu," jawabnya.

"Rumah kamu dekat dengan gelanggang, kamu tak tahu?," soal wartawan sama.

"Biasa malam minggu, saya hanya dengar bunyi bising, tak boleh tidur. Tetapi tak berapa tahu," ujarnya.

Saya kemudian mengajukan soalan sama kepada lebih 40 warga asing diperiksa namun jawaban mereka tetap sama.

"Tak tahu"

Memang itu sikap lazim pendatang asing, biarpun banyak mengetahui maklumat berhubung kegiatan melanggar undang-undang membabitkan rakyat senegara mereka, sedaya mungkin mereka cuba menutup mulut dan hanya menyalurkan informasi seminima mungkin bertujuan mengelak rakyat mereka ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Sewaktu berdiri di tengah gelanggang saya mengusik mereka.

"Selalu di sini orang laga ayam. Ayam cedera dan mati. Macam mana kalau kita lagakan orang Madura dan Flores di sini dan tengok apa jadi?"

Mereka tertawa.

Untuk rekod suku kaum Madura dan Flores bak anjing dan kucing, mereka tidak boleh tinggal di lokasi, pasti berbunuhan.

2 ulasan:

  1. Khabarnya, orang Madura dan Flores ini adalah jenis yang 'tak takut mati dan mematikan'. Janganlah kucar kacir negara ini kerana pertambahan mereka.

    BalasPadam
  2. Kisah 'kesamsengan' species Madura ini sudah lama saya dengar dari mulut kakak saudara saya yang bermastautin di Kg Baru awal 1990..

    Maknanya udah 20 tahun deme di sini...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.