Sabtu, Julai 17, 2010

Kamera Bak Senjata

Saya difahamkan 2 kumpulan dari Malaysia, ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia sedang berada di Mesir. Tujuan mereka sama, menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sekaligus cuba memasuki negara terbabit. Namun setakat ini mereka dilaporkan belum lagi berjaya 'menembusi' sempadan Mesir-Gaza di Rafah.

Saya kira masalah mereka hadapi sama. Dasar kerajaan Mesir dalam membuat keputusan berhubung kebenaran memasuki Gaza sentiasa berubah mengikut kehendak mereka. Dalam erti kata lain, Mesir sedaya-upaya cuba mengelakkan pertubuhan bukan kerajaan, NGO asing masuk ke Gaza. Peristiwa sama saya alami sewaktu bersama sukarelawan NGO, Aman Palestin berada di Mesir di antara 26 Jun dan 8 Julai lalu. Mujur dengan bantuan Arab Medical Union, bantuan dihantar berjaya disalurkan kepada penduduk di Gaza.


Sewaktu duduk berhampiran pintu masuk Rafah pada 3 Julai lalu saya rakamkan gambar di sebelah pagar sempadan.


Saya difahamkan, kawasan di kanan pencawang, Israel manakala di kiri, Gaza. Hakikatnya, kumpulan kami sudah terlalu hampir dengan Gaza namun sikap berdolak-dalik polis Mesir di pintu masuk Rafah menggagalkan misi merakamkan penderitaan penduduk 'penjara terbesar di dunia' itu.

Sebagai rakyat Malaysia biarpun gagal memasuki Gaza saya tidak berasa terkilan. Fakta, Malaysia negara bersaiz lebih kecil berbanding Libya. Misi kapal laut Amalthea membawa bantuan kemanusiaan dari Libya untuk berlabuh di Gaza, juga gagal. Barangan hanya berjaya dihantar ke pelabuhan di El Arish, Mesir, 42 kilometer dari Rafah bukan seperti dirancang pada awalnya.

Saya kongsikan beberapa gambar sempat saya rakamkan biarpun bagai mempertaruhkan nyawa di El Arish. Di bandar pernah ditakluki Israel 20 tahun lalu itu, kamera dianggap bak  senjata. 


Berikut petikan kenyataan duta Israel, Aharon Leshno Yaar berhubung aktivis kapal Mavi Marmara dalam perjalana ke Gaza diserang komando Israel di perairan antarabangsa 31 Mei lalu.

"Mereka bukan aktivis keamanan tetapi kumpulan yang sengaja menempah maut" 

Israel jelas bimbang dengan kehadiran NGO dunia cuba membantu penduduk Gaza manakala melalui pengamatan saya, kerajaan Mesir pula bagaikan sentiasa dihantui ketakutan untuk membenarkan negara Islam lain membantu meringankan penderitaan lebih 1.5 juta penduduk Gaza.

Justeru, apakah perbezaan di antara tindakan Israel berbanding Mesir?

3 ulasan:

  1. mesir memang bermasalah la..
    tapi kan abg mazidul, pengawal mesir tu dibayar oleh org israil rasanya..sebab tu dia tak bagi masuk..
    xpun, org israil yang jadi guard kat situ..hmmm

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah saudara selamat dalam misi ini. Apepun, kami rakyat Malaysia bersyukur kerana akhirnya bantuan dapat memasuki Gaza. Semoga Allah membalas usaha dan jihad kalian.

    Saya pun hairan dengan keengganan Mesir membuka sempadan bagi memberi laluan kepada bantuan2 yang tiba untuk jiran mereka. Sedangkan negara2 lain berhempas pulas utk ke Gaza, the least Egypt could do is to open the border.

    I still wonder.

    BalasPadam
  3. Semoga Allah bersama-sama orang yang benar...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.