Khamis, Julai 15, 2010

Hapuskan Pengawal Keselamatan Warga Asing Haram

Terbaharu, saya berhubung dengan pegawai Kementerian Dalam Negeri, KDN. Menurut beliau hanya pengawal keselamatan warganegara Malaysia dan bekas tentera warga Nepal sahaja layak bekerja di negara kita.

Dalam erti kata lain bekas polis Nepal dan warga Indonesia biarpun berstatus penduduk tetap TIDAK dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Hemat saya, ramai di kalangan anggota masyarakat memandang remeh berhubung status pengawal keselamatan warga asing bertugas di pejabat atau di kawasan perumahan mereka. Apabila sebilangan bersikap bongkak, kita tidak berani menyanggah kerana  mereka berseragam justeru kita menganggap semua bekerja secara sah walhal pengawal terbabit boleh diberkas kerana melanggar syarat ditetapkan KDN.

Terbaharu, saya mendapat maklumat berhubung syarikat tempatan menggajikan 40 warga India memiliki permit kerja di ladang tetapi bertugas sebagai pengawal keselamatan. Saya percaya pemilik syarikat cuba mengelirukan pihak berkuasa kerana agak sukar membezakan di antara identiit warga India berasal dari India berbanding India warga Malaysia.

Pada masa sama, pengawal keselamatan warga Indonesia juga dilaporkan bertugas di sebilangan kelab golf terkenal di Selangor. Jika diperhatikan dari jauh, penampilan mereka sama seperti pengawal keselamatan warga tempatan.  Lagak mereka bak pihak berkuasa, kononnya mengawal keselamatan dan memantau pergerakan keluar masuk ahli kelab terbabit. Saya pasti, ramai orang kenamaan melintasi pintu masuk kelab dan diberhentikan untuk pemeriksaan sedangkan 'si pemeriksa' tidak layak melaksanakan tindakan itu kerana mereka bekerja secara tidak sah. Namun, tiada siapa ambil peduli.

Pengawal keselamatan warga asing hakikatnya melanggar undang-undang di hadapan mata kita semua tetapi jarang mereka diberkas. Malah sebilangan kita akur dengan peraturan mereka laksanakan. Kita serahkan dokumen pengenalan diri kepada mereka sewaktu memasuki kawasan kilang atau perumahan tanpa sebarang persoalan hanya kerana mereka bergelar dan kelihatan seperti 'pengawal keselamatan'. Kita mengangkat tangan kepada mereka sebagai tanda hormat sewaktu keluar sedangkan mereka semua memperlekehkan perundangan negara.

Pembaca saya hormati, bermula dari saat ini mari bersama kita menghapuskan pengawal keselamatan haram. Jika pengawal keselamatan terbabit bukan warga Malaysia dan bekas tentera Nepal, sah mereka bekerja secara haram. Hubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03 88801556 dan sekiranya ditahan mereka boleh didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit kerja.Tindakan itu sekaligus membuka ruang dan peluang kepada warga tempatan meraih rezeki mengambil alih tugas mereka. 

14 ulasan:

  1. saya sokong usaha bro 100% pasal lambakan pengawal asing ni...

    dah naik muak dengan perangai diorang yang berlagak tak bertempat...

    BalasPadam
  2. Salam bro,

    Alhamdulillah, terima kasih atas info yang sangat berguna... Saya sering juga tertanya-tanya, kenapa ramai sangat warga asing jadi pengawal keselamatan. Bukan saja muka Nepal, malah Pakistan, Myanmar dan entah mana punya species pun BERLAMBAK!

    Insya Allah, weekend ini saya akan buat ops Bersih.. jeng.. jeng... jeng...

    BalasPadam
  3. Bro,

    Kompeni vic guna khidmat pengawal keselamatan dari syarikat SECOM Security. So far... dowang tak pernah plak hantar warganegara asing untuk jaga kompeni. Semuanya Malaysian.

    Tapi kalau mereka hantar juga orang Bangladesh contohnya, siapa yang kena ye? Security kompeni tu ke atau pun syarikat kami pun kena tempias juga?

    BalasPadam
  4. salam..

    di pasaraya banyak menggaji warga asing dari indonesia....

    rupa-rupanya tak layak pon jadi pengawal..

    BalasPadam
  5. satu isu yg dipandang remeh oleh banyak pihak.. tetapi sekiranya kita lakukan sedikit usaha bersama.. ianya akan memberikan banyak kebaikan utk kita..

    satu lagi isu, dikawasan perumahan saya, kerap berlaku kehilangan anak kucing.. suspek? pengawal keselamatan berbangsa nepal.. kenapa? kerana pada mereka ianya merupakan juadah lazat! namun sehingga kini belum ada bukti jelas.. sekadar suspek..

    BalasPadam
  6. Pengawal Keselamatan, dalam satu sudut tentunya menyekat peluang perkerjaan bagi warga tempatan; dalam satu sudut lainnya jika tidak dikawal pasti keselamatan sesuatu organisasi itu jua akan terjejas;

    Sedar tak sedar biarpun kalangan rakan mereka tidak mencuri atau melakukan jenayah tetapi dapatkah kita mengekang mereka dari tidak membawa teman untuk menggunakan kemudahan yang ada.

    Seperti di tempat kerja lama saya malam-malam mereka sering membawa rakan dari luar memancing di tasik yang mana staf sendiri pun tak sebebasnya berbuat demikian.

    BalasPadam
  7. Hukuman keras mmg patut dikenakan (sepanjang masa) kpd sesiapa yang terlibat. Bukan stakat kat pendatang tu je..

    Kalau boleh kita/penduduk/community/rela/polis sama2 n slalu2 aa spot check kat tempat tinggal diorg (bila x duk hotel, dah tentu bukan pelancong)

    Asal nampak jer, trus check! Biar diorg panas bontot. Nak lepak2 pun x syok. Abis permit je cepat2 nak balik. So, bila diorg dtg sini, niat diorg nak keje je.

    Okay x idea nie?

    BalasPadam
  8. barulah sy tahu hanya 2 kumpulan yg layak jd pengawal keselamatan..tp bagaimana nak pastikan yg mrk tu bekas polis nepal??

    BalasPadam
  9. kalau kita hubungi pihak berkuasa,adakah mereka akan bertindak menangkap?

    kalau perumahan tu ada 2 guard je,tangkapan tak lumayan

    lebih claim saja nanti

    bagaimana dgn pekerja2 kilang?tukang sapu,driver teksi?

    tengok saja

    pas ni mati aku tak angkat tangan kat guard nepal atau angkat kepala lagi

    biar kita biadab,jangan mereka pijak kepala anak2 kita

    aku rasa,malaysia akan ada etnikn tambahan lagi 50 tahun,bangla,nepal dll

    BalasPadam
  10. Saya sokong 100%

    Minta Saudara Mazidul dapat menyiasat berkenaan perkara ini :

    Najis Manusia Sebagai Pelaris Makanan di Kedai Mamak Famous |Memang Melampau dan Kurang AJAR!!!!!!!

    P/s :Sampai sekarang terasa loya dan tak berapa lalu nak makan

    BalasPadam
  11. Dah banyak kali dengar isu gini bro, tp tak habis2 warga asing kat sini, adakah kewujudan mereka turut menyumbang kepada kenaikan harga gula dan minyak?

    Saya dan mereka yang lain boleh mengiyakan je tapi tak tau apa yang boleh dibuat untuk menyumbang kepada penyeselaian masalah ni, kalau bro ada terpikir, harap bole post untuk dikongsi bersama.

    Risau bakal anak cucu saya nanti bakal merempat di negara sendiri....

    BalasPadam
  12. salam...
    bukan dalam sektor pengawal keselamatn je...wrganegara asing ni mana2 ada. tempt sy kt mersing ni bersepah dengan bangla, indon, nepal...mcm2 lglah...kes pecah rumah boleh dikatakan tiap malam ada...bukan semua kerja org kita...dorg nilah yang jadi dalangnya...tapi maslh skrg ni orga kita jarang yg nak keje mcm dorg 2....dorg lebih rela xkeje dari wat keje2 cam2

    The Dajjal Crimes

    BalasPadam
  13. Tak suka dengan warga Bangladesh yang jadi guard di some apartments or condo. Bukan nya faham kita cakap apa. Yang diorang nak, kita ada pass masuk, tu je. Let say kalau pass masuk tertinggal kat rumah, nak berjam-jam explain kat diorang. Benci dengan situasi ni

    BalasPadam
  14. Salam saudara Mazidul.Saya tertanya apa alasan disebalik kebenaran penggunaan bekas tentera nepal sebagai pengawal keselamatan di Malaysia? Mengapa Nepal?mengapa tidak bekas tentera dari negara lain pun dibenarkan?Kalau dari Nepal tapi bukan bekas tentera pun tak boleh jadi pengawal di Malaysia kan?Mohon perjelaskan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.