Khamis, Julai 08, 2010

Salsabila

Di bandar El Arish, Mesir, saya menghampiri gerai berwarna hijau di tepi pantai ini.


Menurut Khadijah Mustoufa, 70 tahun, gerai ini disewa dengan harga 600 Pound Egypt sebulan bersamaan kira-kira RM360.


"Khadijah kata, setiap bulan polis di daerah ini akan kutip duit 25 Pound Egypt sebulan, duit perlindungan," ujar penterjemah.

Ha ha ha ha ha ha!

Barangkali kegiatan itu lumrah dan berlaku di banyak tempat di negara dunia.

Semasa bersembang bersama Khadijah, mata saya tertumpu kepada cucunya, Salsabila, 6 tahun, duduk bersama ibunya, Aishah Mohamad, 30 tahun. Namun setiap kali gambar anak kecil itu dirakamkan dia akan menutup muka, merengek dan kemudian menangis.


Saya bagaimanapun tidak berputus asa. Anak bongsu daripada empat beradik itu tetap menjadi tumpuan lensa kamera. Waktu kunjungan kali kedua dan duduk berbual bersama keluargan Salsabila, akhirnya ...


... dan berikut gambarnya setelah rambut diikat wartawan Majalah 3, Nurul Fariha On.


Jika wajah jujur anak kecil ini sejujur kerajaan negara dihuninya, pasti penduduk Gaza akan terbela nasib mereka.

11 ulasan:

  1. memang benar..jika mereka sejujur kanak2 tersebut, pasti semuanya tidak akan sebegini...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian..

    saya bersyukur masih tinggal di malaysia..walaupun sesetengah kata undang2 malaysia ketat..penguatkuasa makan rasuah..

    saya masih boleh berjalan2 sorang2 di merata2 tempat..

    alhamdulillah

    BalasPadam
  3. Comel.. semoga perjalanan hidupnya akan lebih baik dari 'perjalanan hidup' negaranya... Tapi, kalau negara tak aman, akan damaikah rakyatnya?

    BalasPadam
  4. Bagaikan kerajaan Mesir sendiri dirasuah oleh Israel laknat...tak ingat azab akhirat tue nampaknya..

    BalasPadam
  5. Duit percuma... Jarang yg tolak, ramai yg hendak.

    BalasPadam
  6. mesir..sebuah negara yg byk hutang dengan amerika..tak hairan kalau mereka mengikut telunjuk uncle sam..disamping amalan rasuah (dgn bahasa sopannya baksis) yang berleluasa..apa sahaja dan siapa sahaja boleh dirasuah..serendah 'rubuk genih' (25 irsh/quarter pound mesir) segala masalah boleh selesai..

    BalasPadam
  7. Kerana rasuah(politik wang) pemimpin Mesir masih kekal memerintah.Pemimpin
    buat hutang negara terlampau banyak rakyat juga yang sengsara.

    BalasPadam
  8. polis kat sana ambik duit perlindungan jgk ke...sama cam sini kot..sini pn rumah urut yg byk dpt perlindungn...hahaha....SEKADAR PNDAPAT..TIADA KAITAN ANTARA YG HIDUP @YG TELAH MATI...
    the dajjal crimes

    BalasPadam
  9. Sebab itu perut abang POLiS muncit-muncit... kui kui kui...

    Alahai comelnya adil Salsabila... Orang sana lawa-lawa... awat bro tak cekup bawa balik sorang...? Hik.. hik..

    BalasPadam
  10. Contoh buruk bagi sebuah negara Islam... I mean...satu lagi contoh buruk bagi satu lagi negara Islam...

    BalasPadam
  11. Wajah Salsabila pasti seiras wajah Sharifah di negara kita;

    Generasi Salsabila yang boleh membetulkan semula kerajaan mereka; jika kerajaan yang sedia ada asyik boros & tidak menjaga kebajikan rakyat pasti satu hari nanti musibahnya akan jatuh kuasa.

    Kuasa hanya pinjaman, ada kuasa tanpa utuh pegangan agamanya pasti tidak akan ke mana.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.