Ahad, Julai 25, 2010

Orang Bukan Binatang

Berita baharu saya terima.

Majikan berusia 50 tahun ditahan semalam di Taman Perlis, Kangar disiasat mengikut Seksyen 12A Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara di antara 15 dan 20 tahun dan didenda 1 juta ringgit.

Majoriti 71 mangsa gadis Indonesia diselamatkan semalam akan dihantar ke rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Bukit Ledang, Kuala Lumpur malam ini. Mereka dijangka tampil di mahkamah sebagai saksi pendakwaan suspek dan kes wajib selesaikan dalam tempoh kurang 3 bulan.

Manakala, petang tadi 999 menghubungi Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar, Rosley Mat dan beliau bersetuju untuk meninjau rumah sebelum ini dijadikan penginapan pekerja syarikat jam 11 pagi esok. Tujuannya untuk mengesahkan status pengubahsuaian rumah milik majikan terbabit. Saya juga berpesan kepada penerbit 999 untuk memohon Rosli turut membawa bersama beliau Pasukan Bomba Dan Penyelamat bagi memastikan rumah terbabit selamat untuk diduduki di masa akan datang.

Kebanyakan mangsa mendakwa masih tidak menerima sebahagian besar gaji dijanjikan kepada mereka.

"Saya bayar," kata suspek ketika saya temui semalam.

Majoriti mangsa menidakkan kenyataan itu.

Saya berharap pihak pendakwaan akan dapat menyabitkan kesalahan suspek semoga mendatangkan pengajaran kepada pelbagai pihak. Hakikatnya orang bukan binatang dan hak mereka wajib dihormati. 

Pada masa sama, kejadian berlaku jika berulang akan memburukkan nama Malaysia. 

11 ulasan:

  1. Ramainya.... untuk bekerja di negeri Perlis ke mereka semua tu? Ingatkan Perlis takde kes pemerdagangan orang - almaklumlah negeri kecil... lagipun berdekatan dengan Siam... kilang pun tak banyak..

    BalasPadam
  2. kalau naik taraf menjadi Bandaraya kangar, bagaimana agaknya....

    BalasPadam
  3. Salam Sdr MAS...

    Mudah2an kes ini tidak menjadi seperti kes2 sebelum ini. Hangatnya bila dipaparkan di media sahaja. Bila senyap 'akarnya bertambah kukuh, pucuknya semakin menjulang'.

    BalasPadam
  4. bang MAS, kepada binatang pun kita tidak boleh berlaku zalim apatah lagi kepada manusia

    BalasPadam
  5. terkenangkan maid2 yang lari dari majikan....apa nasib mereka masuk mulut nagakah

    BalasPadam
  6. kena fikirkan macam mana lagu mano hukuman yang sesuai..nak bagi serik..

    BalasPadam
  7. Sedih sungguh rasanya apabila kaum wanita diperalatkan.

    Semoga tindakan pihak yg berkuasa dijalankan pada tiap2 hari. Diulangi : TIAP-TIAP HARI - 365 HARI SETAHUN-DI SELURUH MALAYSIA.

    BalasPadam
  8. tak sangka betul, kat Perlis yang kecil sekangkang kera ni pun ada kes macam ni.....

    BalasPadam
  9. terlalu mengajar kemewahan; bertuhankan duit buat manusia sikap kemanusiaannya...

    di mana jua kita temui kes begini cumanya tak didedahkan...

    cumanya jumlahnya taklah seramai ini mangsanya

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.