Rabu, Julai 21, 2010

Akhirnya 'Bahadur' Tewas

Lihat gambar di bawah.


Hairan? Mereka selama ini kelihatan tegas dan kelihatan berkuasa digari? Pengawal keselamatan berada di pelbagai lokasi, antaranya pintu utama kawasan perumahan, kilang dan pusat membeli belah.

Kita sering mengikut arahan mereka tanpa banyak persoalan kerana mereka pengawal keselamatan. Biarpun pada hakikatnya majoriti kita diperbodohkan mereka tanpa diketahui.

"Ramai warga Nepal, nama sama, 'Bahadur' maksudnya pejuang," jelas pegawai Jabatan Imigresen.

"Ha ha ha! Kali ini ada 'Bahadur' tewas," celah saya.

2 pengawal keselamatan digari berasal dari Nepal dan Indonesia. Mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ditahan di pusat membeli belah terkenal di Damansara, Petaling Jaya.


Bermula jam 3 petang semalam 999 menyertai operasi bersama sepasukan 22 pegawai dan penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, KDN dan Jabatan Imigresen Putrajaya. Lebih 30 pengawal keselamatan warga asing, majoriti dari Nepal diperiksa. Mereka didapati lengkap berdokumen dan layak bertugas sebagai pegawai keselamatan dibebaskan.

Jam 7 malam, pasukan sama menyerbu beberapa pos pengawal keselamatan di kawasan perumahan di Puchong, Selangor.

15 pengawal keselamatan warga Bangladesh dan India diberkas. Majoriti mereka memasuki negara ini sebagai pelancong dan menggunakan permit bekerja di ladang.

"Dulu kerja ladang, sekarang security guards. Setiap hari orang ramai sibuk angkat tangan menghormati mereka masa keluar masuk di pos pengawal. Walhal dia orang pekerja haram dan melanggar undang-undang negara secara terang-terangan," komen saya.


My dream has come true. Bukan mudah melihat senario sebegini berlaku. Jarang benar media membongkar kesalahan membabitkan pengawal keselamatan warga asing. Pengawal selama ini kononnya bertanggungjawab menjaga harta benda dan keselamatan warga tempatan.

Dilaporkan gaji pokok mereka di antara RM900 dan RM1200 sebulan namun peliknya sewaktu diberkas mereka mendakwa tidak mengenali majikan menggajikan mereka. Sebilangan didapati memiliki pasport tamat tempoh dan menyalahgunakan permit kerja sekaligus melanggar Akta Imigresen1959/63.


Bayangkan selama ini mereka kelihatan gah meminta orang ramai menyerahkan identiti sebelum tetamu memasuki kawasan perumahan sedangkan mereka sendiri tidak memiliki dokumen perjalanan sah sekaligus bekerja sebagai pengawal keselamatan haram di negara kita.

Untuk rekod, semua pengawal keselamatan TIDAK berhak menyimpan MyKad mahupun lesen memandu kita. Justeru, jangan sesekali menyerahkan 2 pengenalan diri terbabit kepada mereka.

Kepada pembaca, ingin saya peringatkan sekali lagi, HANYA warganegara Malaysia dan bekas tentera Nepal layak menjadi pengawal keselamatan di Malaysia, fullstop. Selain mereka pengawal keselamatan anda lihat di pelbagai lokasi, sebenarnya bekerja secara tidak sah, haram.


Sebilangan pengawal keselamatan warga asing diberkas barangkali selama ini berfikir mereka terlalu 'kebal' kerana berselindung di sebalik pakaian seragam melambangkan kuasa. Tambahan pula hampir kesemua arahan mereka keluarkan dipatuhi orang ramai.



Sewaktu operasi tamat pada jam 7.40 malam, 17 pegawal keselamatan asing berusia di antara 20 dan 32 tahun diberkas di dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya. Melihat mereka terduduk di lantai pejabat terlalu jauh bezanya dibandingkan dengan imej tegas mereka tampilkan ketika bertugas di pos pengawal di pelbagai lokasi.

Wartawan 999 menemubual pengawal keselamatan berasal dari Peshawar, Bangladesh berusia 29 tahun.

"Orang Bangladesh tarak kacau orang. Kita kerja juga. Dulu kerja potong rumput, sekarang security guard, gaji sama, saya ingat tarak salah," katanya.


"Macam itu senanglah, apa you ingat tak salah, semua tak salah? Ingat ini Malaysia tak ada undang-undang ke?," celah saya.

Dia mendakwa tidak pernah dimaklumkan majikan, menyalahgunakan permit kerja satu kesalahan. Well, ignorance of the law is not an excuse. Lebih menghairankan, majoriti pengawal keselamatan ditahan tidak memakai logo syarikat majikan mereka. Bagaimanapun saya percaya pasukan KDN akan mengenalpasti majikan terbabit dalam jangka waktu terdekat.

Saya kongsikan bersama pembaca beberapa gambar saya rakamkan di sepanjang operasi 5 jam terbabit.


Semua butiran lengkap bahan liputan akan disiarkan di dalam episod 999, Khamis, 22 Julai ini.

Adakah misi saya sudah selesai? Belum lagi. Hari ini kami akan menyerbu satu lokasi 'menarik', InsyaAllah perkembangannya akan saya kongsikan bersama pembaca.

17 ulasan:

  1. Syabas bro..
    Perkongsian yang baik sebab tak ramai orang kita yang tahu tentang hak sebenar kita ke atas pengawal keselamatan..
    Memang ada yang menyerahkan bulat2 kad pengenalan dan lesen memandu kepada pengawal keselamatan..
    tahniah sekali lagi..
    Semoga berjaya untuk serbuan ke tempat yang "menarik" tu bro..

    BalasPadam
  2. Beberapa tahun lepas syarikat kawalan keselamatan kata rakyat tempatan tak suka berkerja sebagai pengawal keselamatan.

    Sebagai penyelesaian, syarikat kawalan keselamatan mengambil pendatang tanpa izin sebagai pengawal keselamatan haram.

    Selama beberapa tahun senyap saja sampai bro mazidul buat kecoh. saya cadangkan bro mazidul pasang pengawal keselamatan jugalah. hahaha.

    BalasPadam
  3. Hahahaha... abg pakai baju biru tu posing maut la..
    Dulu masa kat kompeni lama ramai pekerja saya nama Bahadur.. rupanya makna dia pejuang. Memang berjuang betul nak datang Malaysia ye.
    Tak dapat jadi perajurit berjuang kat medan perang, dapat berjuang jadi pak guard pun jadi la... dapat gak pakai uniform... tak dpt pegang senapang... pegang belantan pun jadi la...

    BalasPadam
  4. bagus bagus...depa ni mcm berlagak..

    i nak masuk kawasan perumahan i kat USJ 20 tu pun kena tahan...ewahhhh kita nak masuk rumah kita pulak kena tahan..dia tu ada ker permit sah? kita ni spuluh kali ulang alik masuk pun dia tak cam plet kereta, geram jer rasa...len kali kalau dia tahan2 ai lagi, i nak tanya dia pulak samada ada permit ker idok...

    meh laa jengok2 kawasan perumahan area USJ 19, 20, 21 yang sekarang ni ramai sangat pakai security guard... entah hapa pesen pun tak tau sekrang ni...ingat dulu pindah dari apartment court 9 tu tak ada dah security bagai, rupanya kawasan perumahan biasa pun ada jugak... pastu kena bayar pulak depa2 ni RM300 for 6 months..share ramai2...

    BalasPadam
  5. syabas bro...teruskan usaha anda..jgn berhenti..

    BalasPadam
  6. Syabas! Saya sgt menyokong usaha ini. Mereka ini bukan setakat menjaga pintu masuk tetapi juga sbg front liner yang menyambut dan mendaftar visitor ke dalam sistem komputer. Masing2 muka tak friendly, senyum pun tidak, bila bercakap pun susah nak faham samada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Sepatutnya perkerjaan "front liners" seperti ini diberikan hanya kepada warga tempatan. Cubalah lihat contohnya di KLCC, Parkson, Isetan, bangunan-bangunan pejabat yang canggih atau tidak,restoran-restoran low class atau high class..didapati kebanyakan cashier, pelayan atau penyambut tetamu adalah warga asing...Sakit betul mata!

    BalasPadam
  7. LAGU mano nak bagi Majikan serik???..

    apa hukuman yang perlu.

    BalasPadam
  8. Bro, saya cadangkan penangkapan macam ni dilakukan dengan besar-besaran.

    Seluruh Malaysia ada pengawal keselamatan yang BUKAN warganegara Malaysia dan BUKAN bekas tentera Nepal.

    Myanmar, Bangladesh, India, Thailand, diorang ni la yang jadi pengawal keselamatan. Bila tanya itu ini, sepatah haram diorg tak faham. English tak faham, apatah lagi B. malaysia.

    Memang patut la kena tangkap.

    BalasPadam
  9. Tahniah! 999, saya musti tonton, insya Allah!

    Saya perasan, pak guard kawasan perumahan saya bernama 'Doffin'. Waa.. sedap namanya, silap baca, jadi dolphin. Esoknya, muka lain, tapi nama masih 'Doffin'. Esok yang lainnya juga begitu. Aik... ramainya nama 'Doffin'... Bila dirisik-risik, rupa-rupanya 'Doffin' itu nama syarikat security, tempat kerja mereka.

    Ha.. ha.. ha...

    BalasPadam
  10. apa kata gi tgk kt Anggun Rawang ? byk gak pak guard yg tah ada permit tah tak.. ckp bahasa melayu pun tak faham..english lagi la tunggang terbalik..

    BalasPadam
  11. hahaha..bwg goreng ni kelakar la...rupanya doffin tu nama syarikat..huhu..ini pendapat saya berkenaan isu pengawal keselamatan warga asing.kebanjiran pendatang asing disebabkan sikap warga tempatan sendiri:

    1-tidak mahu bekerja terutamanya dalam sektor kerja begini contoh pengawal keselamatan,sektor perladangan etc..alasan pendapatan bulanan kecil dan tidak sebanding dengan kos sara hidup terutamanya hidup di bandar...mana x sakit mata sebab kekosongan dalam bidang ini jadi tumpuan warga asing walaupun ditawarkan gaji yang rendah.Warga asing hidup merantau tidak begitu mempersoalkan tentang gaji asalkan ada pekerjaan malah gaji yang diberi majikan di anggap setimpal malah lebih tinggi yang boleh ditawarkan di negara sendiri.(penyelesaiannya perlu ada kajian pendapatan dalam bidang-bidang kritikal tenaga kerja tempatan)
    2-Majikan yang ingin menurunkan kos tenaga kerja.Sudah tentu,warga asing sebagai alternatif penyelesaian masalah kerana tidak perlu membayar gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan warga tempatan.Alasan warga tempatan tidak berminat mengisi kekosongan dalam sektor sebegini tidak akan berlaku sekiranya terdapat kajian dan penyusunan semula pendapatan di sektor ini.
    3-polisi kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemasukan pendatang(hantar balik).Kalau sudah kurang,penguatkuasaan akan menjadi lebih cekap dan teratur.

    Apapun alasan kebanjiran warga luar ke Malaysia,bertitik tolak dari sikap kita sendiri.Negara kita,Tanggung jawab Kita.

    BalasPadam
  12. salam bro,

    Mykad saya pernah hampir hilang disebabkan mereka yg simpan krn ada satu bank di tpt saya ini memerlukan pelanggan meninggalkan mykad utk berjumpa pegawai mereka. so pakguard ni dah silap bagi mykad saya pd org lain.

    mujur org yg mengambil mykad saya itu belum berjalan jauh lagi. kalau tidak kenalah saya buat mykad baru.

    so lps ni mmg saya tak akan tinggalkan mykad or lesen memandu. terima kasih atas info itu.

    semoga sentiasa selamat semasa menjalankan tugas

    BalasPadam
  13. Thanks to abg mazidul kerana berjaya membongkar tentang aktiviti "pak guard" asing ni. Seronok dpt bertemu & menyertai operasi bersama-sama. Saya mewakili pihak imigresen Putrajaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak abg mazidul & krew2 tv3. Semoga dpt berjumpa di lain operasi :)

    -asrul @ si baju biru-

    BalasPadam
  14. ..tindakan lebih keras perlu dikenakan kepada majikan2 yang dgn selamba badak menggajikan pendatang2 tanpa permit ini!

    BalasPadam
  15. org tempatan tak nak jadi pengawal sebab gaji ciput..maka pihak majikan gajikan orang asing lah..salah sapa?

    BalasPadam
  16. dari dulu aku dah tau pasal undang2 utk jadi pengawal mesti warganegara dan ex army nepal.

    tapi aku tetap tak kesah coz dierorg nie taklah membahayakan sangat org ramai, malah kadang kala menjaga kerukunan sesuatu tempat.

    tapi SALAH TETAP SALAH..cuma pada aku, ada menda yg lebih penting dan bahaya dari guard nepal nie.

    BalasPadam
  17. Setuju dgn Tuah, masalah pencuri, perompak pecah rumah sekarang macam tak terkawal dan pihak polis tak boleh diharap. Kalau setakat curi,rompak boleh tahan lagi, tak masuk ikat penguhuni, rogol dan bunuh sangat berleluasa. Saya rasa itu lebih penting untuk diatasi. Setakat ini warga asing dari Nepal, Bangla boleh diharapkan untuk 'jaga' kita sewaktu sedang lena. Cuma kalau boleh majikan janganlah ambil yg pendatang haram!
    Disebabkan gaji pengawal keselamatan ni tak menarik pekerja tempatan, kenalah terima dulu kenyataannya bahawa kita mmg memerlukan pengawal keselamatan dari Nepal dan Bangladesh ini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.