Khamis, Julai 17, 2008

Kenapa Tak Tunjuk?

Ramai mengajukan soalan sama, mengapa tidak ditunjukkan wajah mereka terbabit dalam kegiatan jenayah semasa ditangkap atau dibawa ke mahkamah? Mengapa perlu wajah mereka di ‘mosaic’ atau ditutup?

Saya ingin menjawab persoalan itu agar jelas buat semua.

Mereka ditahan dianggap suspek. Suspek, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah. Justeru, jika identiti sebenar mereka dipaparkan dan kemudian dia didapati tidak bersalah, suspek itu pada bila-bila masa boleh mengambil tindakan undang-undang ( saman ) terhadap media, khususnya ke atas wartawan terbabit membuat liputan.

Bagaimanapun, apabila suspek terbabit didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, tiada masalah bagi pihak media menunjukkan wajah suspek untuk tontonan masyarakat awam.

Itu penjelasannya.

6 ulasan:

  1. oooo... begitu kisahnya.. saya dan emak selalu bising bila muka mereka di'blur'kan.. ingatkan sengaja nk 'cover line'... hehehe...

    BalasPadam
  2. kesian pakcik tu.... orang tua dan kanak2, OKU selalu diekploitasi.

    BalasPadam
  3. saya sangat bersetuju.. ini adalah soal maruah.. jika bersalah dan terbukti maka memang patut kita kenali.. dan jika sebaliknya maka kita mesti hormati si tertuduh.. terima kasih kerana menjelaskannya..

    BalasPadam
  4. oo.. baru le tau.. kalau camtu, kenapa lak photographer selalu jer akan kejar suspek sampai depan pintu keta. dah tu tak abih2 nak ambik gambar. bukan ke cukup kalau sekadar ambik 4-5 keping. sebabnya, bukan boleh tunjuk muka yang sebenar pun.. heran gak kekadang tu tgk photographer, ambik gambar beria2. kesian dekat diorang...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum. saya othman, 'silent reader' blog bro mazidul.tertarik dengan entry ni dan timbul pertanyaan.kalau kes liwat datuk seri anwar, kenapa media bersungguh-sungguh paparkan gambar dia.bro cakap 'Suspek, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah. Justeru, jika identiti sebenar mereka dipaparkan dan kemudian dia didapati tidak bersalah, suspek itu pada bila-bila masa boleh mengambil tindakan undang-undang ( saman ) terhadap media, khususnya ke atas wartawan terbabit membuat liputan'. dsai akan dibicarakan tahun depan kes liwat pulak tue,tak ke memalukan bangsa dan menjatuhkan maruah dsai. Apa komen bro pulak. sekadar nak tahu.terima kasih.selamat maju jaya untuk bangsa,agama dan tanah air.

    BalasPadam
  6. Othman, saya catatkan 'suspek' boleh mengambil tindakan undang-undang. Ya, itu benar tetapi terserah kepada suspek terbabit samada ingin mengambil tindakan terbabit atau sebaliknya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.