Selasa, Julai 22, 2008

Di Mana Sama Saja

Warga India di India menggelar mereka ‘Vatti’, warga Indonesia memanggil mereka ‘Raintener’ atau ‘Tengkulak’. Di Malaysia, kita mengenali mereka sebagai ‘Ah long’. Kepada mereka tidak pernah meminjam, tiada masalah. Kepada peminjam, mereka bagai mengundang bahana berterusan.

“Sana India, kalau tarak bayar itu wang pinjam punya, nanti banyak susah. Itu barang mahal punya dia orang kasi angkat, kedai dia orang kasi kunci. Tarak bayar lagi, dia orang kapla potong!,” Ujar Velu, tukang gunting dari India.

“Betul? Potong kapla ka?,” soal saya untuk kepastian.

“Tarak lah, main-main saja,” rupanya dia bergurau.
"Saya dengar India sana kalau tak bayar hutang, itu pinjam punya orang boleh hilang itu macam saja. Polis cakap tarak kes," sampuk pelanggannya sedang digunting.

Apa pun hakikatnya ah long bakal bertindak di luar dugaan sekiranya peminjam gagal melunaskan hutang mereka. Biasa kita dengar kes rumah dan kereta peminjam dibaling cat berwarna hijau atau merah. Tidak cukup itu, gambar peminjam ditampal di tiang elektrik berhampiran rumah bertujuan menjatuhkan maruah.

“Dia tampal gambar, siap bubuh tanduk lagi selain tuliskan nama penuh dan nombor IC. Kalau saya sedar, saya akan koyak, malu kalau anak bini, jiran nampak,” rungut kawan peminjam wang ah long.

“Tapi aa .. sekarang jadi ah long pun manyak susah. Olang tak mau bayar, dia kasi buang sendili itu cat lekat dia punya lumah, dia punya keleta. Nanti dia kasi lipot sama polis, polis kasi tangkap sama ah long,” sesal respon ah long saya temui.

Terbaru, ada ah long menampal poster, saya rakamkan untuk dikongsi bersama anda semua.

‘Pinjaman bulanan .. Khas untuk golongan Islam sahaja’

Hebat!, detak hati saya.

Hemat saya, pihak berkuasa tempatan, PBT harus menanggalkan semua poster dan banting ditampal atau digantung ah long di pelbagai lokasi. Faktor pendorong, peminjam menjebakkan diri.

“Memang boleh ditanggalkan mengikut undang-undang kecil Iklan,” ujar rakan penguatkuasa PBT.

Terbaru, ramai ah long dikatakan mula ‘give up’ dengan kerjaya itu. Untung lambat, berkeras dengan peminjam, salah. Itu antara alasan mereka.

2 ulasan:

  1. Encik Mazidul,

    Sudah ramai penduduk serta peniaga yang perihatin telah membuat aduan beberapa kali kepada pihak yang berkenaan akan hal poster 'Ah Long' ini, tapi nampaknya speti tidak di endahkan.

    Saya dan jiran - jiran penah membuat operasi demikian di Jalan Mahogani dan Jalan Kenyalang. Akibatnya, Ah Long ah long ini, menampal dan menggantung lebih banyak poster di Kota Damansara.

    Malah mereka juga memasang 'kaki' atau 'tonto' untuk memantau kawasan yang mereka pasang dengan banner dan poster perniagaan mereka.

    Ada juga terdengar orang awam di tahan di tengah jalan kerana menurunkan poster dan banner ah long di Kota Damansara.

    Peliknya, kenapa pihak berkuasa bediam diri? Takut dengan ah long atau sedang merancang strategi?

    BalasPadam
  2. dulu saya ada juga kenal dgn insan yg b'gelar 'Ah Long' nie..pd pendapat saya, saya salah kan orang yg meminjam.kerana sikap peminjam lah yg m'buatkan ah long nie semua b'tindak kasar + kejam.masa t'desak, janji nye manis.sanggup terima apa saja syarat ah long tapi bila dah dapat duit..langsung tak nampak bayang.if bayar ikut seperti yg ditetap kan,tak akan jadi kejadian2burok nie..so,bak kata Nabil Raja Lawak..LU PIKIR LA SENDIRI... ;)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.