Rabu, Julai 23, 2008

Berdara?

“Dalam masyarakat India, ada dua kelas. Above average and below average people. For above average, dara mungkin tak berapa penting la. Below average, masih konservatif, dara penting,” kata pengadun audio, Vijay.

Saya temui Vijay, 28 tahun sewaktu dalam proses ‘memasukkan’ lagu paparan 360, ‘Di mana anak kita?, episod bakal disiarkan malam ini, jam 9 malam.

“How do you define ‘above average people’?,” soal saya.

“Those people who go for clubbing, mix around, drink and get drunk. Rich people to be exact. Tapi bukan semua. You tahu ceti? Itu bagi pinjam punya orang. They’re rich. Well-to-do, but they go for arranged marriages. Kalau nak cari menentu perempuan dia orang akan jumpa keluarga dia, kenal dulu. Kemudian tanya dengan kawan-kawan, perempuan tu perangai macamana,” jelasnya lebih terperinci.

Saya terdiam.

“Tapi ada juga girls pergi clubbing, enjoy themselves tapi bila disentuh, Oh! No! No!,” saya mengusik Vijay.

“Ada,” dia bersetuju.

“I have 20 to 40 friends, 28 years, 29 years old who don’t go for movies, don’t go for clubbing, don’t drink but I also have 60 to 70 friends who always go out of control,” katanya bersambung tawa.

“Tapi bukan nak tahu pun perempuan tu ada dara ke tidak?,” tanya saya.

“Yes, they’ will not tell you,” sambut Vijay.

“Kita sekarang punya orang Cina, no problem. Dara ke tak ada dara ke, no problem. Kalau mahu kahwin, janji ada wang ok punya,” ujar rakan wartawan, Loo Tung Seang.

Berbicara mengenai ‘dara’ barangkali dianggap perlakuan ‘taboo’ bagi sesetengah anggota masyarakat terutama pada masa lampau. Orang terdahulu gemar berbisik sewaktu bercakap berhubung subjek itu. Pernah saya ‘tercuri’ dengar perbualan orang tua sewaktu usia remaja ..

“Malam pertama tu, sebelum pengantin masuk bilik tidur, mak andam akan letakkan sehelai kain putih nipis di bawah cadar. Esok pagi tengok, kalau atas kain tu ada kesan darah, pengantin perempuan tu dara la lagi”

Sekarang ni kalau still pakai cara tu, bubuh sajalah darah ayam, hati berbisik. Dara, selaput nipis di bahagian dalam kemaluan perempuan. Jika pernah melakukan perhubungan seks, selaput terbabit koyak.

“Selaput tu senipis kulit bawang jer,” komen biasa saya dengar.

Dalam perjalanan menemui Vijay saya terserempak wartawan Wanita Hari Ini, Mohamad Husni Ab. Mahat.

“Alah bang, dara sekarang ni kan boleh buat balik,” kenyataan pernah saya dengar sebelum ini.

“Berapa?”

“Saya pernah dengar la, dalam tiga ribu kut,” ujarnya.

Barangkali anda pembaca pernah mendengar alasan ini ..

“I aktif sukan, berlari, kayuh basikal. Jadi tak pasti ada dara atau tak lagi”

Menghairankan, sejak dulu semua gadis belum mendirikan rumahtangga digelar ‘anak dara’. Begitu juga pada zaman ini. Mungkin panggilan itu kekal kerana setakat ni kita tidak mempunyai terma sesuai bagi golongan gadis bujang tetapi tidak berdara?

Akhirnya timbul persoalan perlu difikir bersama, pentingkah dara?

Anda jawab lah sendiri .. :)

8 ulasan:

  1. abg mazidul,
    saya penah tanya pada beberapa org kawan lelaki yg saya kenal.some of them yg tak penah ke club atau dlm erti kata hidup diaorg nie 'suci' memang mementing kan dara pd seseorg gadis@bakal isteri tapi yg sebahagian lagi yg sosial life nye boleh tahan le tidak penting kan sangat pada dara.pada mereka, semua org penah buat silap.x de manusia yg perfect.lagi pun banyak faktor penyumbang kepada kehilangan dara nie kerana wanita sekarang berbeza dgn wanita zaman dulu... ;)

    BalasPadam
  2. penting atau tidak dara pada seseorang bergantung pada individu kot..sebabnya ade yang tidak kisah..ade jugak lelaki jenis out of control tapi kalau nak kawin mesti nak suruh keluarga cari..sekarang ni nak cari perempuan yang ade dara hmmm...susah kot dengan keadaan sosial sekarang ni..dengan pelbagai aktiviti..sebab perempuan sekarang ni tak betah duduk di rumah..hmmm

    BalasPadam
  3. i'm not a genius but personally i think...

    1st of all, how can people tell the real cause of kehilangan dara or hymen. even sesetangah perempuan tu sendiri pun tak pasti dia ada dara ke tak unless dia betul2 pergi check.

    2ndly, to men / families yang pentingkan dara..isn't it unfair to virgin girls (yg betul2 suci) yang mmg born dengan tak ada dara / dia main sports yang ganas / tercedera yg menyebabkan dia tak ada dara...kesian derang...it's very hard to believe / terima, but what if it's true..?

    hmm...

    BalasPadam
  4. http://dewawang.blogspot.com

    saya selalu terbaca kisah macam nie.

    saya pernah mengenali seorang perempuan melalui emel dan berkenalan hampir setahun. dia memberitahu yang dia terlanjur dan berkahwin tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja. tapi lepas itu, dia janda dan kini dia menjadi hot. mungkin itu rezeki dan jodohnya.

    dara dikaitkan dengan peribadi, attitude, kejelitaan dalaman perempuan, agama, adab, sejarah keturunan dan keluarga. ada dara dicabul, ada dara ditipu..atau dara tiada semasa terjatuh, sukan..dilahirkan tiada dara?

    pasal dara, bukan isu utama kebahagiaan rumahtangga. cinta dan persefahaman tidak kira sebangsa atau berlainan bangsa(keturunan), agama dan negara menjadi intipati dunia perkahwinan. apa gunanya berkahwin ketika perempuan itu ada dara jika perkahwinan tidak bertahan lama?

    tapi saya begitu sedih sebab perempuan kini tidak tahu menjaga diri dan mudah memberi daranya kepada orang lelaki sesenang 'menghulurkan wang seringgit kepada peminta sedekah'.

    BalasPadam
  5. zaman sekarang ni remaja sudah terlalu bebas bersosial, jadi perkara2 sebegini bukan lagi menjadi keutamaan untuk dilindungi.. lelaki yang mementingkan 'dara' seseorang anak dara haruslah seorang lelaki yang juga 'baik'.. kalau diri sendiri pun dah terlalu bebas, janganlah nak cari anak 'dara'.. bukankah Allah ada berfirman, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya... tapi, pelikkan bila diri sendiri bebas, bila nak berumahtangga pandai pulak cari yang 'baik-baik'..

    BalasPadam
  6. salam..
    semua orang dari dulu sampai sekarang selalu membahaskan tentang dara.ini semua susah nak ditentukan kecuali dah terbukti perempuan itu dgn perangainya yang ntah ape2..mungkin org boleh cakap dia dah takde dara..tapi pernah tak kita membahaskan lelaki dgn terunanya??semua lelaki bujang boleh cakap dia masih teruna..tapi ape buktinya??kalau dulu dia pernah melakukan pelbagai perkara dah telah berubah..dia masih boleh mengaku teruna sbb takde org tau..betul tak??
    tak dinafikan dara dan teruna ni memang penting,tapi semuanya terpulang pada individu..tepuk dada tanya selera..kalau nak yang baik..kene jadi baik..macam beli barang..nak brand bagus..kene bayar harga yang tinggi..setuju dgn "nurdaniella"..lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik , begitulah sebaliknya.

    BalasPadam
  7. Terima kasih abang mazidul akmal.
    Seperti yang katakan, ramai golongan masa kini tidak mementingkan kewujudan dara pada anak2 mereka. Golongan yang saya maksudkan di sini adalah kaum melayu sendiri. Saya ada kenal seorang perempuan di mana keluarganya tidak mementingkan dara atau cakap mat salehnya 'virginity'. Mereka kononnya 'mat saleh melayu'. Mak dia pernah berkata, "Auntie tak kisah demel (nama anak perempuannya) nak tidur dengan siapa, virgin ke tak auntie tak kisah janji masa dia kawin nanti dia kawin dengan orang kaya. Apa punye fikiran daa! Dia ingat anak dia kawin dengan orang kaya boleh buat balik dara anak dia ke. Walhal anaknya si tunku demelza (bukan nama sebenar) ni dan berapa kali dah tidur dengan lelaki. Saya menulis ini sekadar untuk menyedarkan pihak2 yang tak sedar ini. Teruk!

    BalasPadam
  8. bro actually kene define dulu maksud anak dara tue...sebab saya rase cam dah salah tafsir jer ni..ekeke

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.