“Kalau pakai meter berapa ringgit dari The Curve ke Palm Spring?,” soal saya.
“Lima ringgit,” jawab pemandu teksi berusia 40 tahun itu.
“Kalau tak pakai meter?,” soal saya lagi.
“Lapan ringgit,” jawabnya.
“Ok la tu, sebab dapat tiga ringgit lebih, you kena denda tiga ratus ringgit,” balas saya.
Pemandu teksi berasal dari Kampung Mubibbah, Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah itu ditahan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ dalam Ops Samaran di Damansara Spring pada jam 6.15 petang tadi. Dalam Ops itu, pegawai JPJ dari Putrajaya menyamar penumpang dan kemudian menahan pemandu teksi degil, tidak menggunakan meter.
“Saya sudah silap la bang,” kononnya berasa kesal.
Lelaki berketurunan Pakistan itu mendakwa mula memandu teksi sejak 2 tahun lalu. Berapa ramai lah penumpang dah kena ‘kencing’ dengan dia ni? Persoalan terlintas di fikiran saya. Misainya perang, mungkin seperang hatinya, tidak bersih. Apatah lagi jujur.
“Macamana boleh dapat mycard?,” tanya jurukamera sewaktu pegawai JPJ bertugas mencatat butiran diri pemandu itu.
“Saya sudah tinggal Malaysia, empat puluh dua tahun,” ujarnya bangga.
Saya bosan apabila dimaklumkan sikap segelintir pemandu teksi enggan menggunakan meter sepertimana ditetapkan undang-undang. Malah ada bersikap bongkak dan biadap. Majoriti menjadi ‘mangsa’, perempuan.
“Guna meter rugi. Mahu naik saya bawa, tak mahu naik, cari teksi lain,” antara kenyataan pemandu teksi pernah saya dengar.
Sebelum membenarkan pemandu itu beredar, dia diperingatkan pegawai JPJ bertugas.
“Dalam tempoh sebulan awak kena bayar denda, kalau tidak kena pergi mahkamah. Kalau tak datang mahkamah, kita tarik lesen awak”
Saya percaya masih ramai pemandu teksi sepertinya. Justeru, JPJ harus terus menjalankan operasi seumpamanya secara konsisten. Saya simpati setiap kali mendengar kes penumpang tertipu dalam kejadian berulang selama ini. Mereka bukan sahaja menipu pelancong asing malah pengguna tempatan.

Selalu terkena ngan pemandu teksi camni...tak nak guna meter..harga melebihi sepatutnya..ade jugak bila tahan tak nak ambik..ade jugak bila berenti tanya nak gi mana...beritahu nak pergi tempat sekian2 ..tak nak pi...apa laa...rezeki ade..tolak...tp yang best bila kita dan kawan2 cakap pasal kerja(kita kerja di salah satu jabatan bawah MOT) bro mesti tahunye...hehe...baru la takut sket bila cakap kerja kat situ...hehe..kadang2 ingat nak bawak pass card je naik teksi...hehe
BalasPadamabg mazidul, dulu saya pun selalu kena masa guna public trpt ni.. kadang da terdesak terpaksa jugak naik. bygkan dari stand teksi dpn bagunan MBJB di johor bahru ke HSA dikenakan rm5, sedangkan kalau guna meter, tak smp rm4 pun... tp skrg saya bw kenderaan sendiri tak pasti plak situasinyer...
BalasPadamdulu masa saya tak de kereta, saya pun penah terkena gak driver teksi nak guna meter.penah saya & kawan2 ugut driver tu nak lapor ke JPJ pastu dia mula angin...
BalasPadamtakut gak kitaorng nie..maklum le semua nye pompuan. buat nye dia lari kan kitaorang naya je...
terpaksa la bayar gak ikut harga yg dia minta...
3 jumaat yg lps saya n rakan2 tahan teksi dr KLCC nk ke IJN, 4-5 biji teksi x nk pergi, tension sungguh..!! rasanye diorang x nk sbb nak amik yg jauh2 je..kene teksi yg ke-4 driver chinesse, dia pun ckp x nk pergi IJN, then saya kata.."oo..u tak mau, nnt saya report..", ..."itu teksi dpn pun x mau pergi..u report la..."..bang!! saya hempas pintu teksi dia...geram btul!!...tahan lg teksi..kali ni pokcik melayu..."pakcik..IJN pergi?".."mana?..tak tau la..you tunjuk jln la"...tak tau??!! pelik..!! ada ke drebar teksi tak tau IJN??? bukan popular ke IJN tu??....ah..pakcik ni nak kelentong ni..."ok..kalu tak tau x pe..saya tunjukkan..."
BalasPadamni la dia sikap pemandu teksi ....rupe2nye...mmg kayo drebar teksi ni...kalu ari jumaat pergi la hentian teksi kat sogo @ klcc...mmg Q panjang cam ulau...sampai diorang plak yg boleh pilih pasengger...patutnye kita yg pilih teksi..ini terbalik plak.......
http://dewawang.blogspot.com
BalasPadamIngat Pakistan tahu jual karpet aje. Bawa teksi pun ada.
Itu belum tengok indo yang kaya.
pun ada yang jadi tokeh dan pengurus kepada syarikat security.
mereka semua ada i.c merah atau sudah lama dapat i.c macam kita.
salam..
BalasPadamsaya teringat semasa menuntut di UPM serdang dahulu..
tambang teksi dari upm ke the mines lebih dari rm5 sekepala..
satu teksi kadangkala di sumbat hingga 5 orang. bermakna rm25 satu trip. dalam masa sejam, hampir 4-5 trip dapat di lakukan..bayangkan jika sehari..sebulan...setahun...
[mungkin hingga kini berlaku]
ada pemandu teksi "tanpa meter" ini yang pakai brabus di rumah barangkali...
fikir fikirkan...=]
i think 360 should reveal this problems.
BalasPadami live at subang jaya and i see that the taxi driver will always set the price without using the meter.so,what the sign "taxi bermeter" for??
they r also rude. trytake the cab from carrefour to taylors main campus(the very buzy road)..the driver easily said bodoh n xada otak to others even though they did the same mistakes..
sy pun ade pglmn dgn teksi ni..
BalasPadamsy prnh dr bukit bintang ke pudu kne RM 15...
sy prnh kne dr Pudu ke Pasar Rakyat Rm 10...
kedua2 mse tu sy mmg da x nk nek da...tp sbb rushing...nek jge!
Sy tau sumer tu x kan smpai RM 10...
sbb sy slalu nek teksi kat KL...
Prnh sorg abg teksi tu ckp zmn skrg x pkai meter.....igt sy bodoh ape?...
Sb tu sy prefer nek lrt!
Tp tpksa gak nek teksi ble xde lrt!
driver taxi ni pun manusia...jadi sukar utk mengawal perangai manusia ni jika ada benda yg dia tak puas hati....benda paling utama ialah kos operasi yg org tak terpikir pasal taxi ni...terlalu banyak pendapatan d habiskan kpd maintanance apabila taxi dah lepas 6bln onderoad....jadi nak cover trpaksa la pmandu ni pulak alih kos kpd pnumpang....satu soalan saya kpd para pnumpang budiman....siapakah tempat pemandu taxi nak harap jika spare part naik mendadak setiap awal tahun,lepas raya cina,lepas naik harga minyak,lepas naik harga tol dan lain2 kenaikan lagi...semua kedai spare part naik harga sesuka hati tanpa kawalan sedangkan tambang masih di takuk lama...5tahun skali baru nak d kaji utk naik atau tak....hanya 1 sykt taxi yg mesra pnumpang iaitu aportlimo service yg tak naik2 tambang sejak 10tahun klia beroperasi....itu pun masih ada penumpang yg menipu lokasi utk dpt tambang murah...driver nak mengadu kat siapa kalo "customer is always true".....pikirkan bersama....
BalasPadamsalam bro
BalasPadamminta didedahkan ttg perspektif seni
terutama sekali seni urban yg kontroversi, graffiti
biarpun diklasifikasi sbg vandalisme, ttp tidak boleh tidak kita akui apa yg ada di Malaysia merupakan salah 1 penarik pelancong sekitar asia tenggara..
slalo gak terkena bila amik teksi dr stesen komuter serdang..harga x tetap.pernah dulu ada pemandu yg berbaik hati bg rm10..ada yg smpi rm20..kdg2 klu waktu mlm kemungkinan jugala kan dia caj setinggi tu..tp ni siang2 hr..ade yg RM15. x tetap pdhal distance sama je. pernah sekali amik teksi dia ckp rm20..sy ckp la,biasa org amik rm15..dia tawar bg rm17. and maybe driver tu sendiri x perasan, yg meter dia berjalan.rupanya dr stesen komuter ke rumah sy klu harga mengikut meter = rm7.60. bygkan sy perlu membyr rm17...sdgkn sy boleh save rm10 dr situ..pihak berwajib perlu amik tindakan.kami nk wt report perlu refer pd siapa ye?klu ye pun nk naik harga beiarla berpada...ni smpi rm20..pd sy sgt x berbaloi dr KTM serdang ke Country Heights Kajang
BalasPadamdriver taxi ni pun manusia...jadi sukar utk mengawal perangai manusia ni jika ada benda yg dia tak puas hati....benda paling utama ialah kos operasi yg org tak terpikir pasal taxi ni...terlalu banyak pendapatan d habiskan kpd maintanance apabila taxi dah lepas 6bln onderoad....jadi nak cover trpaksa la pmandu ni pulak alih kos kpd pnumpang....satu soalan saya kpd para pnumpang budiman....siapakah tempat pemandu taxi nak harap jika spare part naik mendadak setiap awal tahun,lepas raya cina,lepas naik harga minyak,lepas naik harga tol dan lain2 kenaikan lagi...semua kedai spare part naik harga sesuka hati tanpa kawalan sedangkan tambang masih di takuk lama...5tahun skali baru nak d kaji utk naik atau tak....hanya 1 sykt taxi yg mesra pnumpang iaitu aportlimo service yg tak naik2 tambang sejak 10tahun klia beroperasi....itu pun masih ada penumpang yg menipu lokasi utk dpt tambang murah...driver nak mengadu kat siapa kalo "customer is always true".....pikirkan bersama....
BalasPadamRE:
mengapa pula jika kenaikan harga rokok tidak diendahkan??
tiada masyarakat pun yang membuat bantahan atas kenaikan itu......
ada pemandu teksi yang merokok...
tidak memikirkan pula kesan terhadap kewangan....
tambahan pula harga rokok naik setiap tahun.....
jika dikira purata sebulan perokok akan menghabiskan wang lebih dari RM50.....
tidak kisah.....
mengapa?????