Sewaktu di Krabi, Thailand, saya rakamkan gambar akar kayu menyerupai tali gantung ini sebelum meneruskan perjalanan ke Emerald Pool.
Emerald pool, kolam air semulajadi, satu daripada tumpuan pelancong.
Melihat ‘tali gantung' itu saya terkenangkan jurukamera berbangsa India, Ghana pernah bertugas bersama saya membuat liputan di bilik gantung, Penjara Pudu Kuala Lumpur.
“Abang, ini bilik tempat simpan orang mati ke?,” tanya Ghana.
“Bukan. Ini tempat gantung orang salah,” jelas saya.
“Oyo yo! Betul ke?,” soalnya lagi.
“Betul la. Itu depan sana ada tali gantung. Saya ingat ramai orang mati dalam ini bilik. Orang salah la. Orang bunuh orang, orang edar dadah semua”
“Nanti saya berdiri belakang itu tali gatung, saya start cakap. You datang dari depan, jalan slow slow then saya pun jalan arah you. Bila sampai dekat itu tali, you stop, saya stop, bagi itu tali duduk tengah tengah,” arah saya.
Itulah kami lakukan.
“Ok bang. Satu shot sudah jadi,” katanya berpuas hati.
“I nak tengok balik. Let’s preview the shot,” ujar saya.
Lalu ghana menekan butang rewind di kamera.
“Apa fasal gambar tak ada?,” soalnya terkejut.
“Tak tau. You tak rekod kut?,” saya ragu.
“Saya rekod. Tak apalah, kita buat one more time,” cadang Ghana.
Lebih tiga kali, Ghana mendakwa dia merekodkan shot itu tetapi tiada visual terhasil. Saya tahu dia berdebar.
“Ghana, mari kita pergi luar sekejap. Saya ingat itu kamera takut dia kena gantung. Dekat luar you try to record again, tengok itu kamera rosak ke apa,” gurau saya.
Kami bergegas mencari pintu keluar. Langkah Ghana selaju langkah saya.
“Abang, saya sini record ok. Tengok, ini gambar penjara punya dinding, ok,” jelas Ghana.
“Mari kita masuk balik, ini kali saya ingat ok”
Kami sama-sama melangkah masuk ke bilik gantung melakukan aksi sama. Cuma waktu itu bulu roma meremang tanpa kawalan. Banyak persoalan bermain di minda. Tetapi saya enggan mencari jawaban.
“Ok! Ok!,” kata Ghana selepas melihat semula visual dirakam.
Ketika keluar dari Penjara Pudu, Ghana bertanyakan soalan boleh dijangka.
“Sebab apa first time, second time, third time kita record tak jadi. Lepas tu ok?”
“Ghana, kalau kita start kereta pun, kadang-kadang dua tiga kali juga. Satu kali tak jadi, kan?”
Saya tahu Ghana tidak berpuashati dengan jawaban diberikan. Barangkali sebab itu hingga kini, jika bertemu dan mengimbau kisah lalu dia pasti mengemukakan soalan sama kepada saya, biarpun peristiwa terbabit berlaku lebih sepuuh tahun lalu.

Salam bang Mazidul....
BalasPadamSeram pulak baca cerita ni....remang bulu roma aih!
bende2 camni memang tak mustahil terjadi. pengalaman saya dan rakan2 pergi camping di salah satu kawasan air terjun yang agak popular di selangor. punyalah excited mengambil gambar, waktu itu malam pulak tu. bila tengok balik memang gambar ok. lepas balik ke rumah masing2, tengok lagi sekali gambar tu. ada pulak watak tambahan yang ingin join sama bergambar. wallahualam.
BalasPadamSalam semua..Saya bukanlah admin ataupun orang dalam dari syarikat nie, saya cuma ingin berkongsi pandangan dan jugak idea daripada rakan-rakan sekalian tentang program yang dijalankan oleh syarikat bumiputera ini yang lebih dikenali dgn nama "Program Simpanan Bijak"...
BalasPadamKelayakan :
1) Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap (PR).
2) Tiada had umur.
3) Mempunyai akaun bank di Malaysia.
4) Simpanan minima RM 1000.00 dan tiada had.
Keistimewaan & Kelebihan & Keunikan :
1) Dividen 10% setiap bulan selama 24 bulan dan didebitkan terus ke dalam akaun bank anda (pada akhir bulan).
2) Tiada yuran pendaftaran, caj tambahan atau tersembunyi.
3) Setiap simpanan bijak diperakui dengan SIJIL serta SURAT PERJANJIAN yang telah dimeterai oleh Peguam Syarikat dan dimatikan setem hasil.
4) Boleh melakukan penambahan simpanan pada bila-bila masa.
5) Wang simpanan asal (principal) akan dikembalikan setelah 24 bulan.
6) Pendapatan secara berterusan walau sudah meninggal dunia (boleh diwarisi).
Potensi Simpanan Bijak :
Modal Simpanan X Dividen X 24 bln = Untung + Modal = JUMLAH PENDAPATAN!!!!
RM 1,000.00 X 10% X 24 bln = RM 2,400.00 + RM 1,000.00 = RM 3400.00
RM 10,000.00 X 10% X 24 bln = RM 24,000.00 + RM 10,000.00 = RM 34,000.00
RM 50,000.00 X 10% X 24 bln = RM 120,000.00 + RM 50,000.00 = RM 170,000.00
RM 100,000.00 X 10% X 24 bln = RM 240,000.00 + RM 100,000.00 = RM 340,000.00
RM 1,000,000.00 X 10% X 24 bln = RM 2,400,000.00 + RM 1,000,000.00 = RM 3,400,000.00
Alamat Pejabat :
Jazmeen (M) Sdn. Bhd.
29-5-1 Jln 3/101C,
Cheras Business Centre,
Batu 5, Jln. Cheras
56100 Kuala Lumpur
Sekian, terima kasih.
nota : - di harap pihak TV3 dapat siasat sebelum lebih ramai lagi orang melayu tertipu!!!!!!!!!!!!!!!!!!