Khamis, Julai 31, 2008

Sepandai-pandai Tupai Melompat ..

[ Pic: Jatuh ke tanah jua akhirnya ]

Tamat bersiaran Malaysia Hari Ini, MHI saya pulang ke rumah jam 10 pagi. Penat, saya tidur sehingga jam 2.30 petang. Terasa perut lapar, lalu saya ke Sunway Damansara untuk makan.

Alamak! Apa hal pula ni?, soal hati ketika melalui lorong PJU 5/4, Sunway Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Saya memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Kereta peronda polis menyekat lorong dipenuhi orang ramai. Dari dalam kereta saya terlihat cermin depan kereta BMW 7 series diletakkan di tepi jalan pecah sama seperti cermin sisi. Pantas saya menurunkan cermin tingkap di bahagian pemandu.

“Tu lah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,” kata lelaki berdiri berhampiran kereta saya.

Saya keluarkan kamera dari dalam beg galas. Gambar remaja terbaring berlunjur kaki saya rakamkan. Bibirnya kelihatan berdarah. Saya berdiri hampir dengannya.

“Apa jadi ni?,” soal saya.

“Kawan saya orang Indonesia, dia cakap dia tak ada duit. Saya bawa motor aje,” kata remaja Melayu itu.

Suspek kes ragut itu berusia 21 tahun itu diperhatikan orang ramai majoriti dalam perjalanan balik ke pejabat selepas makan tengahari.

“Orang mana?,” soal saya lagi.

Dia mengangkat sedikit kepala sebelum menjawab.

“Orang KL. Kawan saya tu dah lari”

“Malang nasib awak kali ni. Kawan lari, awak tertinggal,” respon saya.

Remaja itu dipercayai bersekongkol melakukan beberapa kes ragut sebelum ini. Modus operandi mereka seperti dijangka. Warga Indonesia rakannya berperanan meragut barangan berharga. Bukan sahaja lelaki, wanita dijadikan mangsa mereka.

“Saya baru kena ragut. Confirm dia, saya boleh kenal muka

“Dia ni tunggu tepi jalan. Kawan dia ragut, lepas tu naik moto terus lari. Tu tadi baru lepas ragut beg perempuan tu. Ada orang nampak, himpit moto dia pakai kereta. Dia terbabas, langgar kereta BMW,” ujar Ketua Balai Polis Kota Damansara.

Saya rakamkan lagi gambarnya. Pantas dia menarik jeket dipakai lalu menutup muka dengan tangan bergari. Motorsikal miliknya saya hampiri.

“Tengok lah tu, plat motor 4655 jadi 1655. Memang dia ada niat nak meragut sebab itu dia cat angka empat jadi satu,” bisik gadis berdiri berdekatan motosikal terbabit.

“Aduh! Sakit! Sakit!,” keluhnya sewaktu kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh membuat pemeriksaan badan.

“Kaki saya belah kanan patah! Aduh! Sakit!,” dia bersuara.

Tengkuknya dipercayai turut cedera. Bagi saya jika benar remaja itu patah kaki atau tengkuk sekali pun, dia masih bernasib baik. Ada kes terdahulu, peragut dipukul orang ramai sehingga maut!

2 ulasan:

  1. salam..


    saya pernah di pukau di bahu jalan..habis handphone yang baru di beli seminggu..
    [batt baru,topap rm100]
    haha lengkap..

    duit pulak 1k++

    berlaku dalam kampus upm sekitar 2003

    saya ada buat report polis.
    saya tanya pegawai tu..
    kalau saya jumpa lagi di bahu jalan,kalau saya tolak 'dia' kemudian dia maut dilanggar kereta..apakah salah perbuatan itu?
    beliau kata tidak.

    lepas ni..kalau jumpa mana2 penjenayah..saya x ragu2 lagi.
    kirim salam pada mungkar dan nangkir lah jawabnya..

    BalasPadam
  2. So far alhamdulillah sy x pnh kna ragut lgi (nauzubillah) .. tpi pnh lihat kes ragut kt depan ofis kt Jln Binjai tahun lalu.. mmg gerak depa pantas n sy nmpak pragut tu msukkn hndbag yg dragut tu kt dlm bju.

    Ringanknlh lidah utk brdoa mnta prlindungn stiap kali sblum kluar umah n ucapan Alhamdulillah bla smpai d umah lik .. insyaAllah. Allah swt itu maha brkuasa d antara langit dn bumi ..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.