Khamis, Julai 31, 2008

Atas Nama Cinta

Hairan!

Itulah perkataan pertama terlintas di fikiran saya sebelum mengajukan soalan.

“Awak cakap dia pukul awak, dia terajang awak, dia hempas awak ke lantai, dia baling awak ke dinding tapi awak masih lagi dengan dia?,” tanya saya kepada nya.

Usia gadis itu 23 tahun, bekerjaya dan cantik.

“Saya sayang dia,” jawaban saya terima.

Barangkali anda juga pernah mendengar kenyataan sama sebelum ini cuma dilontarkan gadis berbeza. Mereka sanggup menahan segala bentuk seksaan, menghambakan diri kononnya atas dasar cinta.

“Dia tak ada hak nak buat awak macam tu. Dia bukan tunang, bukan suami pun, cuma boyfriend,” hujah saya.

Dia termenung seketika.

“Mazidul, I dengan dia dah lima tahun. Susah senang bersama. Keluarga dah kenal,” ujarnya dengan wajah sedih.

“Awak tahan semua itu sebab awak dah serah ‘segala-galanya’ kepada dia kan?,” saya menjangka.

“Kan?,” tanya saya sekali lagi dalam nada tegas.

Dia mengangguk.

“Macam ni lah, kalau la dia betul-betul sayang kat awak sepertimana awak dakwa, pasti dia tak akan buat begitu. Pukul terajang tu ertinya sayang ke?,” saya memaksa dia berfikir.

“Percayalah, baru jadi boyfriend dah baran, naik kaki tangan, bayangkan kalau jadi tunang, jadi suami macamana?,” sambung saya lagi.

Ada kes, gadis dicerca, dimaki dan diherdik di hadapan ahli keluarga sendiri. Maruah bagai dilontar ke tongs sampah. Semuanya sanggup ditelan atas nama cinta.

“Tak apa lah, mungkin dia akan berubah,” antara alasan penyedap hati biasa kita dengar.

Walhal menyedari bermain dengan kemungkinan itu bukan tindakan bijak. Ramai perempuan terlupa, setiap kemungkinan ada 2 kebarangkalian. Mungkin dia akan berubah, mungkin juga tidak. Jika tidak, sanggupkah hidup terus-terusan berada di bawah cengkaman lelaki tidak berperikemanusiaan?

Ini saranan saya memandangkan dia masih mempunyai pilihan.

“Awak masih tak terlambat. Lima tahun dengan dia, haru biru. Carilah orang lain. Lelaki benar-benar tahu erti sayang. Marahnya berpada, barannya ada batasan, at least lima tahun akan datang awak lebih bahagia”

"Entah la," balasnya.

Saya juga pernah mendengar lelaki begitu gah melontarkan dakwaan dan memperjuangkan hak, kononnya.

“Dia tu girlfriend aku. Dia hak aku!”

“Sejak bila awak letak cop mohor kat dia?,” saya cuba mempersoalkan satu kepercayaan.

Memang lumrah perangai segelintir lelaki boleh dipertikaikan. Wanita juga mengakuinya.

“I perasan sangat. Bila mula kenal dulu, semuanya manis. Jarang marah. Bila dah lama ni, perangai menjadi-jadi. Salah sikit marah, macam I ni tak ada perasaan. Kalau dulu lepas marah, pujuk. Sekarang ni say sorry pun tak ada”

Sepanjang kerjaya, acapkali saya bertemu golongan perempuan didera suami sendiri. Dipukul sehingga hampir keseluruhan badan lebam, blue black.

“Saya dah buat police report,” katanya bersemangat.

“Biar padan muka dia, dia ingat dia boleh buat apa saja? Selama ni I punya la ikut perintah dia, ikut semua kehendak dia. Macam ni dia buat I?,” luahnya lagi.

Saya lebih suka mendengar.

“Dah banyak kali tahu benda ni jadi, bukan sekali dua. This time, I akan cari lawyer, bawa kes ni ke mahkamah. I’ll fight him and nail him down! I dah tak tahan lagi!”

Kurang seminggu ini kata wanita sama.

“I kesian lah kat dia Mazidul. Sejak kejadian tu, dia dah berubah. Dia pujuk I, minta maaf sampai menangis. Kalau I suruh dia sujud kat kaki I, sujud dia”

Saya sekadar tersenyum.

“Lagi pun, we all ada anak, kalau apa-apa jadi, kesian kat anak-anak,” ujarnya lagi.

“Maksudnya, masih sayang kat dia lagi la ni?,” soal saya.

Dia mengangguk.



4 ulasan:

  1. Abg Mazidul,
    kerana sayang perempuan memang akan cepat lembut memaafkan apa saja kesilapan lelaki laku kan.sama seperti saya, walau pun dia penah menyakiti saya tapi sehingga ke ari nie 12tahun menunggu cinta kami berakhir ke jinjang pelamin...abg Mazidul + member2 blog doa kan sekali ye untuk kami supaya cepat bersatu...tq

    BalasPadam
  2. Daripada pengamatan saya, kalau orang itu memang kaki pukul, the chance untuk dia berubah is very slim. Bukan apa, from my friend's real experience, masih berkahwin masa tu, bergaduh dan dll. Then the husband minta maaf. Tapi buat lagi. Now my friend is much happier bila dia dah berpisah from the ex.. We do not know the future, kalau the beater berubah baguslah. Tapi kalau tak????

    BalasPadam
  3. saya juga ada pengalaman seperti yang encik mazidul ceritakan tu.. kami dah berkahwin selama 7 tahun dan mempunyai 3 orang anak.. bila pertama kali dipukul, saya masih bersabar tapi bila perkara ini sampai ke pengetahuan abang dan emak, mereka ambil tindakan menyelamatkan saya dari neraka dunia itu.. sekarang, alhamdulillah saya lebih mengenali bahagia walaupun anak2 masih di tangan bekas suami tapi saya sedang berusaha untuk menuntut mereka di mahkamah.. buat kaum hawa, jangan bertoleransi dengan lelaki2 seperti ini.. sepatutnya sebagai lelaki yang bergelar suami, tunang ataupun boyfriend, mereka melindungi kita bukannya menghentam kita.. cinta biar berpada..

    BalasPadam
  4. 'Cinta' dan 'sayang' adalah nama lain bagi 'penderitaan'.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.