Isnin, April 30, 2012

KENCING TERKEJUT

"Saya masuk ke dalam tandas, hendak kencing. Terkejut, melihat beberapa lelaki selamba berak di atas longkang berlapik kayu. Tandas tidak berbumbung, hanya berdindingkan zing sahaja. Tiada penutup langsung. Kalau hendak kencing sahaja di dinding," ujar Azhar.

Mohd Azhar Che Umar, juru teknik menyertai saya ke Beijing selama 10 hari bersama jurukamera, Rohaizat Roslan.

Untuk rekod, saya baru tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dan kini dalam perjalanan ke Gurun, Kedah.

Kejadian dilalui oleh Azhar itu ditempuh sewaktu kami tiba di kawasan berhampiran Tembok Besar China.

Kepada pembaca ingin ke China, pastikan mrmbawa bekalan air mineral di dalam beg kerana tiada air disediakan di dalam tandas awam.

Saya hendak makan nasi lemak dan minum teh tarik dahulu.

Arios!

Sabtu, April 21, 2012

MOTIF DI SEBALIK PENYEBARAN BERITA PALSU BOB MENINGGAL DUNIA?

Saya telah tiba di KLIA dan kemudian menghubungi kru 666, juga jururawat peribadi Bob Kuman, Mohd Farid Hamzah.

"Abang Bob tengah tidur selepas makan ubat," jelas bekas pelajar Kolej Segi itu.

Saya dimaklumkan wartawan Sinar Harian datang membuat kunjungan manakala Bernama dan Berita Harian menghubungi Bob mealui telefon bimbit.

"Mula mula saudara isteri dia menelefon untuk pengesahan berita. Selepas itu barulah kawan kawan lain menghubungi dia," ujar Bob.

Terlintas di fikiran, pihak mana dianggap beruntung jika Bob menghembuskan nafas terakhir? Apakah motif utama di sebalik penyebaran berita palsu melalui Twitter terbabit?

Jangan lupa menyaksikan kisah Bob di Melodi, esok.

Bob Kuman?

"Bob, berita dihebahkan awak meninggal?," soal saya.

"Itulah, macam macam bang, mulut orang," balas Bob Kuman.

Untuk rekod, rakan saya, kru 666, Farid dan Razali bersama Bob pada ketika ini.

Dia masih hidup dan semakin sihat.

Saya bertemu dengan Bob pada jam 5.30 pagi tadi. Dia sempat bergurau dan bertemu kru 666, setalah kami selesai menjalankan tinjauan di Kajang.

Sebagai rakan, pastinya saya tertanya-tanya, siapakah menyebarkan berita palsu itu?

Hebat, mereka cuba menentukan hidup mati manusia.

Durjana!

ENTRI TERAKHIR SAYA

"Betul ke Maybank berhak untuk menyekat wang daripada didepositkan ke akaun pelanggan?," soal kru 666, Razali Harun awal pagi tadi.

"Pesanan ringkas dihantar oleh wakil bank mencatatkan, bank bertindak sedemikian rupa untuk mengelakkan kes money laundering," balas saya.

Klik di sini untuk mengetahui takrifan money laundering.

"Tetapi tidak ke wajar jika pihak bank cuba menghubungi pemilik akaun terlebih dahulu sebelum membuat sekatan terhadap wang ingin didepositkan ke akaun mereka?," soal Razali lagi.

Perbualan itu tercetus berikutan 2 kes saya ketahui, akaun pelanggan Maybank disekat sewaktu orang ramai cuba mendepositkan wang untuk membantu mereka ditimpa bahana.

"Tahun 2010, rakyat Malaysia kerugian lebih 10 billion ringgit akibat kes penipuan melalui internet. Duit dimasukkan ke dalam akaun pelbagai bank milik warga Malaysia dan kemudian dikeluarkan oleh selalunya penipu warga Nigeria. Wang itu dihantar ke negara asal lazimnya melalui Western Union. Jumlah trasnsaki itu besar. Kalau RM5, RM10 didepositkan, barangkali lebih molek jika bank menghubungi pemegang akaun terlebih dahulu. Apapun itu hanya pandangan peribadi," celah saya.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian, ini adalah entri terakhir saya sebelum berangkat ke China pada jam 6 petang ini.

Di China, laman sosial dan blog disekat.

Dalam tempoh 10 hari, saya ingin mendapatkan pandangan, terutama daripada pembaca berpengalaman atau pakar dalam bidang perbankan. 

Adakah bank di negara kita berhak menyekat wang masuk ke akaun individu tanpa memaklumkan pemilik akaun?

... biarpun tindakan itu ternyata menyusahkan pelanggan mereka.

Jumaat, April 20, 2012

SINGKIRKAN WAKIL RAKYAT ITU!

Ramai individu kepingin menjadi pemimpin di negara kita samada mewakili parti kerajaan, pembangkang mahupun bebas.

Mereka dicalonkan dalam pilihanraya. 

Sebilangan kecundang manakala sebilangan lagi berjaya diangkat sebagai pemimpin.

Desas desus didengari, mengatakan Pilihan Raya ke 13 akan berlangsung pada bulan Jun akan datang. Kini bendera beberapa parti telah mula kelihatan dikibarkan di tepi jalan utama. Ramai pengguna menggunakan jalan terbabit barangkali hanya sekadar memandang bendera dikibarkan. 

Sebahagian lagi mungkin melihat dan kemudian berfikir ...

Adakah wakil rakyat diwakili bendera itu akan terus dipilih oleh pengundi?

Sekaligus kita secara spontan mula mengenang kembali, bagaimanakah prestasi wakil rakyat dinobatkan sebagai wakil rakyat sebelum ini? Adakah mereka telah melaksanakan tugas diamanahkan oleh pengundi? Atau sebilangan langsung tidak mengambil pusing berhubung kebajikan orang ramai? 

Oh! Sebaik selesai menaip perkataan 'kebajikan' di atas, lantas saya teringat kepada Maybank. Dalam 2 kes sebelum ini, akaun pelanggan disekat lalu menghalang orang ramai mendepositkan wang untuk membantu pelanggan mereka ditimpa musibah.


"Bob, wakil Maybank sudah datang ke rumah?," soal saya kepada Bob Kuman semalam.

"Ada bang, datang pada waktu hampir senja, 19 April lalu," balasnya.

Untuk rekod, akaun simpanan Maybank Bob, mula disekat pada 16 April 2012. Kesannya, ramai pembaca blog ini berasa amat kecewa kerana gagal membantu pelawak terkenal itu. Masalah didepani kemudian diajukan kepada pihak institusi kewangan terbabit. 

Tiga hari kemudian barulah akaun itu diaktifkan semula. 

Itu pun barangkali setelah saya menghubungi pegawai besar mereka di Menara Maybank sekaligus membuat kunjungan tanpa diduga ke Maybank Cawangan Kota Damansara.

Tentunya, kita berasa gusar jika wakil rakyat kita undi bertindak seperti itu kerana lembab dan bersifat kurang prihatin.

Apapun terima kasih kepada Maybank kerana akhirnya bertindak menyelesaikan masalah pelanggan, biarpun sedikit terlewat. 

Berbalik semula kepada kisah wakil rakyat.

Pernahkah mereka berdalih, mengatakan masa diperuntukkan tidak mencukupi untuk mereka memenuhi janji ditaburkan sewaktu kempen pilihanraya? 

Itu tindakan lazim. 

Cuba congak, berapa kali sejak dilantik mewakili rakyat, kita melihat kelibat mereka? Adakah mereka muncul di majlis perkahwinan atau menghadirkan diri ke kenduri arwah di kawasan mereka? 

Atau mereka mendakwa sentiasa sibuk?

Kalau begitu dakwaan mereka, biarkan sahaja. Jangka waktu mereka sebagai wakil rakyat, hampir tamat kerana kita juga boleh berbuat sibuk dan tidak lagi perlu mengundi mereka dalam pilihan raya akan datang. 

Itu kuasa kita dan itu juga hak kita. Kita tidak perlu berdemonstrasi di jalanan untuk menyatakan bantahan terhadap wakil rakyat. Kita harus menggunakan kuasa diperuntukkan kepada warganegara Malaysia sebagai pengundi untuk memastikan kebajikan dan kehidupan masa hadapan anak cucu kita lebih terjamin.

Singkirkan wakil rakyat itu!

Saya sebenarnya enggan melontarkan komen berhubung wakil rakyat lain tetapi berhasrat menyentuh tindakan dan prestasi wakil rakyat di Kota Damansara.

Ketika nyawa rakyat terancam dek tindakan syarikat membenarkan driving range beroperasi tanpa menggunakan jaring keselamatan, di manakah wakil rakyat terbabit?

Sila baca entri ini dan entri ini.

Tidakkah beliau berasa bertanggungjawab memperjuangkan nasib rakyat? Apakah tindakan beliau laksanakan untuk membantu menjamin keselamatan orang ramai? 

Waima penyokong PAS, PKR atau BN. 

Entah!

Apakah pula beliau lakukan ketika laporan berhubung gangguan lalu lintas akibat sikap tamak sebilangan peniaga mengguakan banyak ruang parkir untuk meletakkan meja dan kerusi? Sedangkan sebilangan peniaga berbangsa Melayu dihambat dan disaman dek penguatkuasa kerana berniaga di tepi jalan demi mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. 

Entah!

Sila rujuk entri ini.

Sanggupkah beliau berdiri di belakang kedai berbau bak bangkai sewaktu sampah didakwa peniaga tidak dikutip pihak bertanggungjawab?

Entah!

Sila baca entri ini.

Untuk rekod, kes terbabit berlaku di Kota Damansara, BUKAN di London, Hamburg ataupun Beijing!

Wakil rakyat antaranya berfungsi menjaga kebajikan hidup rakyat, sebilangan besar pengundi mereka. Rakyat tidak meminta mereka mengeluarkan wang poket sendiri untuk dihulurkan tetapi cukup sekiranya mereka berada di samping masyarakat ketika mereka mendepani masalah tidak diduga.

Saya tidak pernah mengimpikan kehidupan sebagai wakil rakyat dan undi saya rahsia. Apapun, saya pasti tidak akan memilih wakil rakyat terkini dalam pilihanraya akan datang.

Itu janji saya.

Terkini, sebilangan peniaga di Up Town D'Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, merungut kerana terpaksa membayar sewa lebih mahal kepada PEMILIK premis perniagaan berbanding sebelumnya.

Milik siapakah sebenarnya premis itu?

Teringin saya untuk tahu.

Khamis, April 19, 2012

LE LAC

Pagi tadi saya berpeluang ke Shah Alam, Selangor untuk menjamu selera.

Untuk rekod, saya InsyaAllah akan berada di Beijing, Baoding dan Tianjin, China untuk membuat liputan Majalah 3 di antara 21 dan 30 April ini.


Pastinya, saya akan merindui masakan Malaysia terutama asam pedas Le Lac.

Apakah dia asam pedas Le Lac?

Sila klik di sini.


SIAPA DATANG? SIAPA BELUM DATANG?

Media cetak dan elektronik datang.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang datang.


Baca di sini.

Wakil UMNO datang.


Wakil SENIMAN datang.


Kakitangan Lembaga Zakat Selangor juga datang.



Tujuan mereka sama, untuk membantu Bob Kuman sedang ditimpa musibah.

BELUM DATANG  ...


... dan 


HEBAHKAN

90 MINIT BERSAMA MAZIDUL

Terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara, kerana sudi mengundang saya sekaligus berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam pada 15 April 2012.

Sesi selama 90 minit itu dianjurkan sempena Minggu Pemantapan Kualiti Komander Kesatria Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana Siri Ke-7.


Semoga sekelumit ilmu dikongsikan itu memberikan manfaat kepada semua pelajar terbabit.

(Sila klik imej di bawah untuk diperjelaskan)


Rabu, April 18, 2012

TANGAN BOB KUMAN DICUCUK (AKAUN BANK TERKINI DISERTAKAN)


Gambar di atas saya rakamkan pada jam 6 petang tadi. Bob Kuman, pada pengamatan saya kelihatan lebih sihat dan mampu mengukirkan senyuman.

Biarpun tangannya dicucuk jarum berulang kali.

Sewaktu menziarahi Bob, saya bersama 3 rakan, kru 666, Razali, Adam dan Farid. Sebelum itu kami minum petang di Restoran Bestari Maju, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


"Sejak 15 April lalu, saya menerima purata 200 panggilan dan pesanan ringkas sehari bertanyakan perihal Bob. Satu kes paling menyentuh hati saya. Seorang pelajar tingkatan 3 menghantar kredit prepaid berjumlah RM5 melalui nombor telefon 016 saya. Katanya, nanti abang tolong berikan RM5 itu kepada abang Bob. Saya pelajar sekolah lagi, itu sahaja mampu saya sumbangkan kepada pelawak amat saya minati. Saya suka sebab selama ini, dia membuat ramai orang tertawa. Saya ingin dia juga gembira menerima sumbangan saya. Bob menitiskan airmata sewaktu saya menyerahkan RM5 itu kepadanya," jelas Razali.


Mewakili Bob, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada remaja terbabit dan semua pembaca sudi menghulurkan bantuan. 

Untuk rekod, petang semalam, sahabat saya, Razali, kini mendapat jolokan 'PA Bob Kuman', tergelincir di tangga sewaktu turun dari apartment artis terbabit dan terpaksa mendapatkan rawatan doktor.

"Macam mana keadaan Bob, Farid?," soal saya.


"Saya telah menghubungi doktor dia di Hospital Tawakal Kuala Lumpur dan kemudian pergi ke hospital terbabit untuk membelikan ubat atas nasihat doktor abang Bob. Ubat itu untuk merangsang supaya lebih banyak air keluar dari badannya. Doktor nasihatkan dia supaya jangan meminum terlalu banyak air," ujar jururawat ELS Healthcare Services  itu.


Sewaktu berada di rumah Bob, dia menunjukkan kepada saya katil baru, bersaiz lebih besar dibeli dari Ah Chai dengan harga diskaun lebih 30%.  Katil bersaiz King itu kelihatan sesuai untuk dia berbaring berbanding katil lebih kecil digunakan sebelum ini. 


"Gua petik nama lu lah bro, sebab itu dapat murah," celahnya bersahaja.

Sedang Farid menyuntikkan ubat dibeli ke tubuh Bob, saya merakamkan gambar pelawak dilahirkan pada 15 April 1971 itu.

Happy belated birthday Bob!


Alamat terbaru Bob, C1-4-4 Apartment Salvia, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara.

Biarpun gambar di MyKad miliknya kelihatan seperti ganas, hakikatnya Bob ternyata berhati lembut dan gemar bergurau biarpun sedang sakit.

"Urat sebelum ini sudah mengecut sebagai air berkurangan. Saya kena tarik jarum ini dan cucuk di tempat lain pula, boleh bang?," soal Farid kepada Bob.

Berikut reaksi wajahnya.


Ahah! Takut jarum rupanya. 

Macam baby.

"Berapa kali awak cuba untuk mencari urat darah itu Farid?," soal saya lagi.

"Dua kali sahaja bang. Pertama, saya mencuba di tangan kiri, gagal. Di arteri tangan kanan, berjaya. Alhamdulillah," jelasnya.


"Lazimnya kalau saya pergi hospital, mesti dalam empat kali cucuk baru boleh dapat. Kira awak lebih baiklah," puji saya.

Farid, jururawat untuk kru Penyingkap Fakta dalam setiap tinjauan kami jalankan selama ini.

Sebelum ke rumah Bob, saya sempat bertemu Naib Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, selepas beliau menziarahi Bob. Nantikan kupasan hasil temubual eksklusif saya bersama Zed mengenai kehadiran artis dari negara asing di Malaysia. 


"Sebilangan orang berasa tidak berpuas hati kerana Zed dikata mengeluarkan kenyataan mengenai Aaron Aziz selepas pelakon warga Singapura itu memenangi Anugerah Artis Paling Popular," kata saya.

"Tidak bang. Sebelum itu saya telah membangkitkan isu itu," jawab Zed.

Bukti dakwaan itu bakal saya dedahkan kelak untuk bacaan pelayar blog ini.

Untuk rekod, kira-kira jam 2 petang hari ini, saya berada di Maybank Cawangan Kota Damansara di PJU5.


"Saya datang ke sini untuk bertanya mengapakah akaun saving Bob Kuman disekat sedangkan orang ramai berhasrat untuk menyumbang, membantu dia?," kata saya.

Pada masa sama, saya menunjukkan kepada kakitangan terbabit, entri berhubung penderitaan Bob menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus saya.


"Dia telah menghubungi puan sebelum ini," kata saya lagi.

"Ini kali pertama saya bercakap dengan dia (Bob), sedang online," jawabnya.

"Kalau ini kali pertama, saya berasa amat hairan, bagaimanakah Bob boleh memberikan nama puan kepada saya dan cawangan Maybank dia hubungi?," soal saya.

Pegawai itu tidak mengetahui, sebenarnya saya meminta Bob menghubungi dia beberapa minit sebelum saya melangkah memasuki institusi perbankan terbabit. 

Jika berlaku kekeliruan sekalipun, tujuan saya ke bank itu jelas.


"Bob berada dalam kesusahan dan kita harus memikirkan cara untuk membantu agar dia tidak lebih disusahkan lagi. Akaun dia dibekukan pada 16 April, sehari selepas kisahnya saya paparkan di blog. Barangkali kerana terlalu banyak transaksi. Empat hari kami mencuba menghubungi Maybank supaya akaun itu diaktifkan semula tetapi tidak berjaya," ujar saya.

Pihak Maybank harus faham, Bob tidak mampu bergerak, jauh sekali untuk berkunjung ke Menara Maybank  untuk menyelesaikan masalah timbul, seperti disyorkan.

Saya kemudian duduk menunggu di kerusi di hadapan kaunter dan kemudian menerima panggilan dari Pegawai Perhubungan Korporat Maybank.

Tiada penjelasan.


Sebagai rujukan, sewaktu keluarga arwah Faris berhadapan dengan detik genting sebelum Faris menghembuskan nafas terakhir, akaun Maybank ayah arwah juga disekat oleh Maybank, sila klik di sini.

Saya dimaklumkan oleh pihak Maybank, tindakan menyekatkan akaun terbabit dilakukan bertujuan untuk mengelakkan kes penipuan.

"Sebab itu usaha dilaksanakan untuk memaklumkan pihak bank, ini bukan kes penipuan tetapi sampai ke hari ini, akaun terbabit masih disekat. Ratusan orang ingin mendepositkan wang tunai bertanya kepada kami dan kami tidak mampu memberikan penjelasan," kata saya.

Mujur petang tadi, isteri Bob dimaklumkan, akaun semasa dibuka oleh Bob melalui Maybank2u telah diluluskan oleh bank sama.

Berikut nombor akaun terbabit.


Husni Mohd Rawi 5627-5966-7936.

Orang ramai boleh menggunakan akaun itu jika ingin membantu Bob.

HEBAHKAN 

RESTORAN - PARANORMAL

Terima kasih kepada pengusaha gerai dan restoran menghubungi rakan saya, Eddy untuk mengundang saya membuat liputan blog.

Restoran PERTAMA bakal saya kunjungi terletak di Shah Alam, Selangor. InsyaAllah saya akan ke premis terbabit pada hari Khamis ini, kira-kira jam 11 pagi.

Jika pengusaha lain berminat untuk gerai dan restoran milik mereka dipromosikan secara percuma di blog Jom Libur!, sila klik di sini.


Manakala kepada peminat kisah paranormal, klik Nyanyian Di Banglo Bukit Darah Pada Jam 3 Pagi.

HEBAHKAN

Selasa, April 17, 2012

MAYBANK TOLONG AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK BOB KUMAN

Petang semalam beberapa wartawan dan jurugambar melawat Bob Kuman, 41 tahun, di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Turut berada di lokasi sama, Naib Ketua Biro Muda SENIMAN, Elyas Iskandar, 37 tahun. 

Saya kemudian menerima pesanan ringkas, SMS, dihantar Naib Presiden SENIMAN. 

Berikut antara kandungan utama SMS terbabit.

'Sazali anak Allahyarham P. Ramlee terjatuh basikal sewaktu balik dari kerja dan menurut doktor tisu lututnya koyak dan tulang lutut tercedera. SENIMAN melalui Biro Muda SENIMAN membuat surat sokongan kepada pihak kementeriaan  ... dana RM10,000 disampaikan kepada Sazali di The Curve, Mutiara Damansara, jam 11.30 pagi tadi'

Syukur.

Saya berharap, semua insan bergelar artis mampu dibantu jika mereka berada dalam kesusahan namun mereka harus mendaftar menjadi ahli SENIMAN terlebih dahulu. Suara persatuan tentunya lebih didengari berbanding laungan artis secara individu sewaktu ditimpa bahana.

Terfikir, jika artis itu Aaron Aziz, bagaimana? Oh! Barangkali Aaron bukan antara 5,000 ahli  SENIMAN justeru tidak timbul sebarang isu.


"Ramai orang beranggapan syarikat Nur Lizz, NL tidak membantu saya sewaktu susah. Sebenarnya NL menjelaskan bayaran rawatan hospital saya dan membelikan saya mesin oksigen tetapi mesin itu rosak," ujar Bob.


Kisah dikongsikan oleh Bob petang semalam bakal dipaparkan oleh program Melodi pada hari Ahad minggu ini. Pelbagai soalan dikemukakan wartawan bertugas dan dijawab oleh Bob dengan tenang. 


Hari ini, wajah Bob kelihatan sedikit ceria dan sesekali sempat bergurau bersama wakil media menemuinya. Namun saya percaya, banyak lagi hal terbuku di sanubarinya, hanya sebahagian diluahkan kepada media.


"Sudah dihubungi Maybank?," soal saya kepada isteri Bob, dinikahinya pada 8 April lalu.

Wanita berasal dari Mukah, Sarawak, berusia 28 tahun itu kelihatan tenang menyediakan makan malam untuk suaminya.


"Saya telah menghubungi Maybank pagi tadi tetapi setakat ini akaun masih disekat," ujarnya. 

Saya difahamkan, Bob juga bercakap dengan kakitangan institusi kewangan terbabit.

"Abang (Bob) tidak boleh berjalan, dia tidak mampu untuk pergi ke bank," tambah isterinya.

Jika kakitangan pengurusan atasan Maybank terbaca entri ini, saya memohon mereka membantu orang ramai menghulurkan sumbangan kepada Bob.

TOLONG AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANKNYA. 

"Bob, mungkin ada sebilangan peminat atau orang ramai hanya menghulurkan jumlah wang tidak seberapa melalui akaun awak tetapi itu bukti jelas, mereka sayang kepada awak," ujar saya.


"Tidak ada masalah bang. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua sudi membantu," celah Bob.

Saya difahamkan lebih banyak pihak berhasrat menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada Bob. Hanya Allah mampu membalas jasa mereka.

Di entri ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua kerana sudi menyebarkan maklumat berhubung musibah menimpa Bob. 

"Ini masa saya (susah), InsyaAllah kalau saya sihat, kita bersama akan membantu insan lain berada dalam kesusahan," kata Bob.

Selepas menziarahi Bob, kami semua membasahkan tekak di Restoran Bestari Maju.

Kru 666, Adam merakamkan gambar di bawah.


"Huh! Masuk blog abang Mazidul aku kali ini. Kali pertama dahulu sewaktu kami menunggu di lokasi kes bunuh," Gaddafi Musli berseloroh.

Gadaffi (kanan memakai beg silang), wartawan New Media, Harian Metro.

"Saya pun selalu menonton awak di laman Harian Metro online, ada kotak macam televisyen di sebelah kanan," usik saya.

Apapun, saya akui, blog picisan ini tidak begitu dikenali berbanding akhbar Harian Metro tetapi cukup memberikan ruang untuk saya berkongsi kisah hitam putih kehidupan bersama pembaca setia.