Ahad, Jun 08, 2014

RISIKO BERHIBUR ATAU BERURUT DI HO CHI MINH

Nampaknya kedai menjual seluar jeans milik rakan saya di Pasar Malam Ben Than semakin mendapat sambutan pelancong dari Malaysia. Hampir setiap malam, kedai kecil disewa dengan harga USD1,000 sebulan itu dikunjungi oleh ramai rakyat negara kita, bercuti di kota raya ini.

Sehelai seluar berkualiti tinggi dijual kepada pelanggan dengan harga di antara RM60 dan RM80 sahaja. 

Di Malaysia, harga seluar sama mencecah lebih RM200.


Saya mula mengenali Lyna, pada Mei 2013, klik di sini.


Kedai terbabit beroperasi di antara jam 7 dan 12 malam, setiap hari.  Lyna dibantu oleh suami dan dua pekerja, melayan ratusan pelanggan membeli jeans pelbagai jenama dengan harga berpatutan.


Ho Chi Minh sememangnya lokasi terbaik untuk orang ramai membeli-belah tetapi pada masa sama pelancong khususnya dari Malaysia harus lebih berwaspada tatkala berada di bandaraya dihuni oleh kira-kira 10 juta penduduk itu.

Pelbagai jenis tipu helah manusia terselit di tengah kesibukan kota. 

Semalam, 3 lelaki warganegara Malaysia, berkunjung secara berkumpulan ke bandaraya ini, disamun.

"Pelancong itu pada mulanya ditawarkan untuk berhibur oleh beberapa lelaki tempatan. Penjenayah terbabit kemudian membawa mereka ke karaoke. Pintu bilik dikunci, mangsa diugut menggunakan senjata tajam sebelum disamun 3 ribu ringgit. Jadi, khasnya kepada pelancong lelaki dari Malaysia, Ho Chi Minh bukan tempat berhibur sakan atau berurut badan. Penjenayah sentiasa mengintai ruang dan peluang untuk memperdaya kelompok pelancong tidak biasa dengan persekitaran di sini," ujar sumber saya menceritakan kes berlaku semalam.

4 ulasan:

  1. Salam Tuan Mazidul

    Itulah akibat kalau pergi melancong dengan niat yang tak baik. Kapok!

    P/S: Blog hebat Tuan telah kami pautkan. Mohon pertukaran link di blog hebat ini.
    Sila layari http://www.infoanda.net

    Terima kasih,

    Admin@Infoanda.net

    BalasPadam
  2. rasanya ada sampai ke kedai ni may baru ni. memang penuh customer masa tu.

    BalasPadam
  3. mohon sy share link utk publish di fb sy yer tuan..

    BalasPadam
  4. Pernah terdengar cerita ni suatu ketika dahulu. Tak sangka masih berlaku sehingga kini

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.