Ahad, Julai 06, 2008

Pelik Sungguh

Ahad, 6 Julai 2008

Dia mengemudi long tail boat membelah Laut Cina Selatan agak bergelora pagi itu. Berkulit gelap hanya mengenakan pakaian lusuh tanpa kasut, dia tidak banyak bercakap. Halangan bahasa jelas membataskan komunikasinya.

Jam di tangan menunjukkan pukul 11.50 pagi. Kami menuju ke destinasi ke tiga pakej lawatan 4-Island, Poda Island. Sebelum itu saya dibawa ke Chicken Island, lokasi saya dan rakan-rakan berpeluang berenang bersama ribuan ikan Nemo. Kemudian melawat ke Tup Island meninjau keindahan pantai berair jernih antara 2 pulau.

Selepas makan tengahari di Poda Island, saya menyapa Yee, 32 tahun, anak kelahiran Naratiwat, Thailand fasih berbahasa Melayu.

“Dah kahwin ke dia?,” soal saya kepada Yee merangkap juru bahasa.

Yee kemudian bercakap dalam Bahasa Thai.

“Dia kahwin tahun lepas, baru 3 bulan cerai. Bini dia tak tahan sebab laki kerja di laut, jarang balik rumah,” jelas Yee.

Saya terperanjat. Ip nama pemandu bot itu, berusia 24 tahun anak kelahiran Krabi.

“Gaji dia berapa bawa bot ni?,” soal rakan, Khairul Anuar Mohd Natar.

Yee bertanyakan soalan sama kepada Ip. Ip menundukkan kepala ketika menjawab soalan itu, barangkali dia malu mengimbas kisah kehidupannya.

“Kalau pelancong guna long tail boat ni, sewa 2500 bath. 250 ringgit Malaysia. Tolak duit minyak, duit tinggal tu dia bagi dua dengan tuan punya bot,” terang Yee.

Long tail boat itu dibeli dengan harga 100,000 bath dilengkapi enjin diesel mampu memuatkan 10 pelancong pada satu masa.

“Apa jadi dengan bini dia?,” tanya saya lagi.

“Oh! Bini dia lari ikut jantan lain,” balas Yee ringkas, Ip tersenyum.

Peliknya, bisik hati saya.

Biarpun bergelar duda pada usia muda, tiada kelihatan riak keresahan pada wajah Ip. Tetapi masakan ada tiada siapa mampu membaca pergolakan jiwanya.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Itulah kepercayaan kita.

Dari Poda Island, saya bertolak ke Phra Nang Cave. Pulau milik persendirian, indah dihiasi gua baru kapur berwarna-warni.

“Apa macam orang Islam pun mari sini sembahyang?,” tanya wanita tua pelancong Cina dari Malaysia datang bersama suami.

Saya terdiam tanpa jawaban.

Terperanjat. Pintu masuk gua, dipenuhi ukiran kayu pelbagai saiz berbentuk kemaluan lelaki, besar dan kecil. Kawasan sama turut dipenuhi pelbagai colok dan lilin berwarn-warni. Di tengah ukiran berserakan pandangan saya tertumpu kepada lukisan kanvas wajah wanita berhijab. Ada tulisan ayat cukup saya kenali pada wajahnya.

Saya rakamkan gambar itu untuk anda tatapan pembaca, memang pelik.

Satu daripada ayat lazim tertera dengan tulisan berwarna putih.
Apakah sebenarnya berlaku?
Anda boleh menjangka jawabannya?

6 ulasan:

  1. Seronok jadi wartawan. Syukur kepada Malaysia.

    BalasPadam
  2. Seronok jadi wartawan penyiaran, ke mana mana sahaja anda di kenali, laksana seorang bintang yang fofuler...

    BalasPadam
  3. pelik btul perenggan yg akhir tu. ape sebenarnye jawapan untuk ayat suci yg ditulis tu? tak dapat nak jangka...

    BalasPadam
  4. erm ape maknanya surah qul yg ada pada gmbr perempuan tu ye...
    musykil

    BalasPadam
  5. abang-abang wartawan tolong siasat blog ni... Ya Allah geli saya baca. Askar pulak tu. Tolong siasat kebenaran blog nie

    BalasPadam
  6. astagfirullahalazim...kenapa ayat qul tu ada disitu...dgn anu-anu tu...abg mazidul tak ke cuba cuba tanyakan kenapa gambarberserta ayat tu berada disitu..siapa empunya?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.