Ahad, Disember 14, 2008

1.12 Juta Penagih Dadah Di Malaysia

1.12 juta, statistik terkumpul penagih dadah berdaftar dan tidak berdaftar di negara ini. Statistik itu terhasil daripada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, sejak 1988 seramai 279,907 bilangan penagih direkodkan, setiap satu perlu diganda empat, anggaran bilangan penagih sebenar.

Kini Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam berbincang untuk membenarkan penagih pulih diambil bekerja di sektor awam. Menurut Syed Hamid, mereka perlu menjalani kehidupan seperti manusia normal sekaligus berkemampuan menyara diri dan keluarga.

Pandangan anda?

10 ulasan:

  1. pandangan teman yg tak seberapa ni...

    kebaikan
    - dema pun nak cari makan
    - elakkan dema terjebak semula

    ke tak baikan
    - leh percaya ke
    - ade ke jawatan kosong nak disumbatkan. teman menganggur dari tahun 2006 sampai sekarang takde keroje.
    - imej jabatan akan diperlekehkan

    ape ape pun setiap org yg insaf perlu dibantu.

    BalasPadam
  2. Pada pendapat saya, penagih yang dah pulih, harus diberi peluang bekerja dengan diawasi dengan ketat supaya mereka tidak terjebak semula.

    BalasPadam
  3. salam...

    Alhamdulillah ... itulah yang terbaik. ramai penagih tegar ni anak bangsa kita. dengan syarat, perkembangan penagih ni sentiasa dipantau.

    BalasPadam
  4. its true what some of u said...but the again..tho its hard for them to be given a second chance..this is also one of the reason why they always turns back to drugs...

    BalasPadam
  5. bagi peluang..xsemua bekas penagih akan kembali jadi penagih...

    ada ssetengah yg sedar.bagi yg xsedar tu..xleh nk ckp apa la..

    BalasPadam
  6. Teja, saya setuju ..

    Yatie, harap2 pisang tidak berbuah dua kali :)

    Sedingin, yup! Pemantauan, itu kata kuncinya.

    Kuding2,ha? Macamana tidak bekerja? Umur berapa ni?

    BalasPadam
  7. mgkn mereka benar2 ingin berubah
    so, apa salah nye bg mereka peluang utk baiki diri...

    BalasPadam
  8. Penagih2 ni sebenarnya diaorang ni tersilap dan kesilapan diaorang tu amatlah sukar nak balik ke pangkal jalan.

    Kalau takde strong will diri sendiri tu mmg payahlah nak cakap.Bagilah apa dorongan didikan sekali pun kalau diaorang sendiri tak nak berenti jangan cakap apalah.

    BalasPadam
  9. berikanlah mereka kesempatan dan peluang untuk memperbaiki diri,sekurang-kurangnya mereka merasakan bahawa diri mereka masih ada nilai dan harga diri

    BalasPadam
  10. Peluang memang diberi kepada penagih dadah supaya insaf, serik. Tapikan setelah keluar dari pemulihan mereka hanya bertahan for few yrs or few months, lepas tu buat lagi. Kerajaan kita memang perihatin no doubt. Terima kasih.
    Artis menjadi idola setiap remaja termasuk mak nenek, pak uncle, mak lang dan semua mak lah :)
    Harapan supaya mereka bagi contoh yang baik kepada masyarakat. Amat terkilan dengan sesetengah artis yang sudah pulih terjebak semula kekancah dadah. Masyarakat hilang kepercayaan kepada mereka. Kenapalah tak nak bertaubat!!! (Gerrrammmm nih!!!!)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.